Saturday 28 January 2017

Travelogue: Korea – Post travel (Day 8 – Busan)


Hari terakhir di Korea. Aku sampai Busan Station dalam lebih kurang jam 4.40 am. Terus pergi stesen subway sebab nak naik tren pertama yang beroperasi. Risau jugak lambat sampai Gimhae International Airport walaupun aku dah budget masa baik punya.


To Gimhae International Airport

Busan Station (Line 1) --> Seomyeon Station (Line 1 & 2, tukar tren kat sini) --> Sasang Station (Line 2 & Busan Gimhae LRT, tukar tren kat sini) --> Gimhae International Airport (Busan Gimhae LRT) (KRW 1,900)




Aku sampai airport sebelum jam 7 am. Sampai je kat airport, aku terus ke 7E sebab nak beli banana uyu. Kehkeh. Nak bawa baliklah, nak bagi mak ayah ngan adik-adik rasa sedapnya banana uyu tu.

Pastu aku naik ke tingkat atas sebab nak check-in, rupanya kaunter check-in untuk flight aku tu tak bukak lagi. Memula risau jugak, sebab tak nampak mana-mana sign AirAsia kat kaunter check-in. Pastu tak jumpa pulak mana-mana rakan senegara yang sama naik flight AirAsia ni. Rupa-rupanya, diorang bukak kaunter check-in untuk flight-flight lain yang akan berlepas lagi awal terlebih dahulu. Flight aku jam 10.30 am, jadi diorang bukak kaunter check-in sekitar jam 8.45 am. Lambat jugak kan? Tapi tak apalah, janji dah selamat balik ke Malaysia. Hihi.









Jam 10.30 am, maka bertolaklah aku dari Korea untuk kembali ke Malaysia. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 6 jam setengah, dan aku touched down Malaysia hampir jam 5 pm.


Travel partner ;)

Ni je yang sempat grab bawak balik Malaysia

Souvenirs yang dibeli. Tak banyak pun, bersesuaian dengan budget. 


Saturday 21 January 2017

Travelogue: Korea – Post travel (Day 7 – Seoul)


Harini takde plan nak jalan-jalan sangat. Cuma nak shopping sedikit barang souvenier untuk keluarga dan kawan-kawan. Dan harini sengaja gerak lewat sedikit daripada guesthouse, alang-alang nak check out sekali. Jam 11 am, check out dan bergerak ke Seoul Station untuk simpan beg di dalam loker yang ada di situ. Senang sikit nak bergerak lepas tu. Aku pilih loker yang sederhana besar, dan sewa loker tu berharga KRW 3,000. Okay,lah tu.

Pastu, aku balik ke kawasan Itaewon sebab nak makan tengah hari dekat restoran Eid Halal. Baca review daripada Malaysians yang dah pernah pergi sini, semua cakap sedap. Aku mencari restoran tu di sepanjang jalan nak ke Masjid Seoul tu, tapi tak jumpa. Baru nak teruskan langkah cari restoran tu di jalan yang melepasi Masjid Seoul, aku encounter satu bad experience yang membuatkan aku membatalkan hasrat untuk mencari restoran Eid Halal. Masa ni rasa agak terkilan sebab aku dah save duit dalam KRW 30,000 kononnya nak makan makanan Korea yang sedap sebelum balik ke Malaysia. Kempunan di situ.


Walking Tour of Itaewon


Aku segera berpatah balik untuk menuju ke stesen subway. Dalam perjalanan, aku terjumpa restoran Mr. Kebab. Aku singgah untuk beli Jumbo Chicken Kebab yang berharga KRW 6,500 sebelum terus bergerak ke stesen subway. Sementara menunggu tren tiba, aku makan kebab tu sedikit demi sedikit. Kebab tu tebal dan besar. Payah jugak nak menghabiskan dalam sekali duduk je.


Jumbo Chicken Kebab yang besar dan tebal


To Nandaemun Market

Itaewon Station (Line 6) --> Samgakji Station (Line 6 & 4, tukar tren kat sini) --> Hoehyeon Station (Line 4) (KRW 1,250)

Exit Hoehyeon Station through Exit 5 to Nandaemun Market.

Destinasi aku yang seterusnya adalah Nandaemun Market. Masa aku sampai kat Nandaemun Market tu, aku blur kejap. Sebab kawasan market tu tersangat, sangatlah meriah dan penuh dengan pengunjung. Kes rambang mata tengok barangan-barangan yang dijual di situ takyah cakaplah. Murah-murah je barangan di situ. Kalau convert duit Malaysia pun masih dalam lingkungan harga yang agak berpatutan. Aku sebenarnya takdelah nak shopping sangat pun. Cuma nak belikan sedikit buah tangan untuk mak ayah, dan adik-adik sebagai tanda kenangan. Rasa bersalah jugak pergi seorang diri. Huhuhu.


Nandaemun Market

Meriah gila kat sini


Memula, aku jalan-jalan je dulu. Survey dekat kedai-kedai yang ada di situ harga untuk barangan yang aku dah aim nak beli. Semestinyalah, T-shirt Korea, nail clippers, fridge magnets and keychains. Itu bahagian untuk keluarga dan kawan-kawan. Aku pulak aim nak belikan diri sendiri spoon & chopstick. Hahaha yes! Itu je yang aku belikan untuk diri aku. Memang dah aim dari sebelum bertolak ke Korea haritu lagi.

Dah jumpa kedai yang menawarkan harga yang agak murah berbanding dengan kedai-kedai yang lain, aku terus beli semua barangan yang aku berkenan tadi (T-shirt Korea, nail clippers, fridge magnets and keychains). Selesai shopping, rasa sayang pulak nak tinggalkan Nandaemun Market ni, so aku buat satu lagi pusingan melawat setiap kedai yang ada dekat situ. Kehkeh.


Antara kedai termurah yang jual souvenirs yang aku jumpa 


To Myeongdong

Hoehyeon Station (Line 4) --> Myeongdong Station (Line 4) (KRW 1,250)

Exit Myeongdong Station through Exit 6 to Myeongdong shopping area.

Pastu, aku bergerak ke Myeongdong pulak sebab nak beli lagi mask muka yang tengah ada promosi tu. Hahaha sejak bila aku minat mask muka ni? Musykil kejap.. . . . . . . . . . . . . . . .

Dah selesai segala urusan membeli barangan untuk dibawa balik ke Malaysia, aku tengok jam. Eh, ada masa lagi ni nak jalan-jalan. Jam baru pukul 5 pm. Kebetulan street food stall dah bukak masa tu. So, aku pun usha lah apa yang ada. Ada yang jual buah-buahan dengan air jus, ada yang jual nutella banana crepe, ada yang jual fried shrimp and octopus, dan macam-macam lagi. Aku try satu je, fried shrimp and octopus yang berharga KRW 5,000 untuk satu cup sebab nampak menarik. Dan ternyata sedap. Tak sempat nak try nutella banana crepe, sebab ramai orang yang tengah tunggu giliran diorang.


Stall yang jual fried shrimp, fried octopus.

Ni lah friend shrimp and octopus yang aku beli. Sedap dan rangup.


Aku makan fried shrimp sambil duduk tepi jalan depan kedai ZARA (kot kalau tak silap) tengok orang lalu lalang.  Jangan risau, bukan aku seorang je yang duduk tepi jalan camtu, ramai je yang buat camtu. Memang meriah betul Myeongdong masa ni. Sentiasa meriah sebenarnya tak kira pagi ke malam. Tapi, rasanya malam lagi meriah kot sebab ada street food. Seronok untuk mereka yang tengah food-hunting.


Eh. Eh. Jumpa boyfriend pulak ;)
Awak buat pe dekat dinding Skin79 tu awak? Hahahaha.


Lepas dah makan semua, dah hilang sikit penat di kaki, aku pun bergerak pergi ke Seoul Station balik untuk lepak kat sana pulak sambil tunggu train Mugunghwa ke Busan sampai.


To Seoul Station

Myeongdong Station (Line 4) --> Seoul Station (Line 4) (KRW 1,250)

Aku sampai stesen ni dalam jam 8 pm camtu, dan ada lebih kurang 3 jam sebelum train Mugunghwa ke Busan sampai. Mereput 3 jam kat dalam stesen tu hahahaha. Padahal banyak je tempat dalam Seoul Station dan kawasan sekitarnya yang aku boleh jalan-jalan.


Tunggu tren Mugunghwa sampai



Dan bila train sampai, aku dan penumpang-penumpang lain dah masuk ke dalam perut train, and off we go to Busan!


Monday 16 January 2017

Travelogue: Korea – Post travel (Day 6 – Seoul)



Jadi hari ni aku plan nak back to history camtu la. Sebabnya, harini adalah hari melawat istana-istana dan muzium-muzium. Hehe.

Aku gerak dari Itaewon Inn dalam jam 8.45 pagi untuk ke Gyeongbokgung Palace.


To Gyeongbokgung Palace

Itaewon Station (Line 6) --> Yaksu Station (Line 6 & 3, tukar tren kat sini) --> Gyeongbokgung Station (Line 3) (KRW 1,250)

Exit Gyeongbokgung Station (Exit 5), you’ll see National Palace Museum of Korea. In front of this museum, there is Gyeongbokgung Palace.

Info: Changing of guards ceremony, 3 times a day; 10am, 1pm, 3pm. Close on Tuesday.

Elok je sampai kat depan Gyeongbokgung Palace, aku nampak ramai orang berkumpul kat kawasan lapang depan istana tu. Rupa-rupanya, dah hampir masa untuk ‘changing of guard’s ceremony’ dan mereka yang berkumpul tu semua tengah tunggu masa untuk melihat upacara pertukaran pengawal tu. Iyelah, jam pun dah pukul 9.50 am masa tu. Ada lagi 10 minit sebelum upacara bermula. Aku cepat-cepat pergi ke kaunter tiket untuk beli tiket masuk ke dalam istana. Kat kaunter tiket, tengok semua kaunter tutup. Rupanya kemasukan ke istana pada hari tu adalah percuma disebabkan ada Korea Festa Sale.


Gyeongbokgung Palace


Main entrance


Aku pun segera menuju ke tempat mereka berkumpul untuk mencari tempat paling strategik (kononnya) untuk melihat dengan jelas upacara pertukaran pengawal tu. Upacara pertukaran pengawal tu sangat mengujakan aku yang pertama kali melihat, dan mengambil masa selama 10-15 minit.


Changing guard ceremony; pengawal istana


Changing guard ceremony; pegawai istana


Selesai upacara pertukaran pengawal, aku sempat mengambil gambar di hadapan istana sebelum masuk dan meneroka kawasan di dalam Gyeongbokgung Palace tu. Rekaan di dalam istana tu sangat menarik. Pemandangan di dalamnya pun sangat cantik! Aku yang bukanlah penggemar historical drama ni pun boleh tertarik untuk menyusuri setiap penjuru di kawasan istana tu. Ada satu tempat di dalam Gyeongbogung Palace ni sangat lawa. Dikatakan tempat ni adalah kawasan berehat para putera dan puteri raja pada zaman dahulu. Tapi, tempat ni kena booking awal sebab ada kuota berapa orang yang boleh masuk pada satu-satu sesi. Jangan risau, takde bayaran yang dikenakan untuk masuk ke tempat khas ni. Aku tak tahu tentang kena booking awal ni, jadi aku tak berkesempatan untuk masuk kedalam kawasan tersebut. Aku hanya dapat melihat dari luar kawasan je. Sedar tak sedar, lebih dari 2 jam jugak aku berjalan-jalan di sekitar kawasan istana ni. Hampir setiap ceruk istana jugak aku pergi.


Takhta raja dulu - dulu


Ini la tempatnya yang nak kena booking in advance tu. Dapat ambil gambar dari luar je














Favourite view ;)


Dalam kawasan Gyeongbokgung Palace ni jugak terletaknya National Palace Museum of Korea. Dah alang-alang jumpa muzium ni, aku singgahlah masuk kejap tengok apa yang ada kat dalam tu. Tak lama pun aku kat dalam muzium tu, dalam 10-15 minit je. Keluar dari muzium, aku sambung pusing-pusing istana tu. Sebenarnya, bila kau dah jumpa muzium tu, kau dah berada hampir dengan pintu belakang istana (rasanya, lah tapi yang pasti bukan pintu yang kau guna untuk masuk istana memula tadi). Kau keluar je pintu tu, kau boleh nampak ada kawasan bas dan teksi kat situ.





National Folk Museum of Korea











Aku keluar je dari pintu belakang istana tu, aku belok kiri dan ikut laluan tu untuk kembali semula ke pintu masuk istana yang aku masuk memula tadi. Jauh ya ampun! Rasanya lebih daripada 30 minit jugak aku jalan. Banyak anggota polis yang aku jumpa sebab kawasan tu kira kawasan pejabat orang-orang besar di sana. Aku siap kena tahan dengan seorang anggota polis wanita. Dia tanya aku nak ke mana, dalam bahasa Korea. Nasib baiklah aku faham apa yang dia cakap (thanks to bunch of Korean dramas I’ve watched before!), cumanya tak reti nak balas balik dalam Korea. Jadi, aku just sebut Gyeongbokgung Palace. Dia angguk, pastu kasi aku lalu. Hehe. Nasib tak macam ayam dan itik. Aku pun jalan dan terus jalan sampailah jumpa main entrance Gyeongbokgung Palace.


Gwanghamun gate; Main entrance to Gyeongbokgung Palace


To Cheongdokgung Palace and The Secret Garden

Next, aku nak ke Deoksugung Palace. Aku tak jumpa details direction untuk ke sini. Aku cuma ada klu yang Deoksugung Palace ni terletak dalam walking distance dari Gyeongbokgung Palace. Jadi, aku redah je jalan yang aku rasa betul. Aku berjalan ke arah bertentangan dengan jalan yang aku guna untuk ke main entrance Gyeongbokgung Palace tadi. Kira kalau kau berdiri dekat main entrance menghadap ke arah Gyeongbokgung Palace, kau ikut laluan ke arah kanan kau la. Aku jalan terus je, takde belok belok. Even dekat traffic light, aku jalan straight je walaupun agak ragu-ragu. Lama jugak aku berjalan, secara perlahan la sebab aku dok usha signboard. Jangan risau, ada signboard palace something kat sepanjang kau jalan tu. Jalan je terus takyah belok mana-mana. Nanti kau akan jumpa Cheongdokgung Palace. Yes, kau tak salah baca. Cheongdokgung Palace! Aku cari Deoksugung Palace, tapi aku jumpa Cheongdokgung Palace. Hahahaha.

Tapi, kau takyah lah rasa kecewa ke apa. Sebabnya, kat dalam Cheongdokgung Palace ni ada Secret Garden. Lagipun, Cheongbokgung Palace ni lebih kurang je dengan Deoksugung Palace. Kot. Hehe. Tapi, reka bentuk istana kat sana lebih kurang je jadi takpelah kalau kau pergi istana yang mana pun. Cuma kalau kau nak pergi ke Secret Garden, kau kena pergi ke Cheongdokgung Palace ni la baru ada. Secret Garden ni kalau tak silap dari pembacaan aku lah, adalah tempat di mana putera raja, puteri raja, raja-raja, maharaja, maharani dan yang setaraf dengannya untuk beristirehat. Kira ni kawasan lepak diorang masa lapang la. Baca pengalaman mereka yang dah masuk ke Secret Garden, most of them cakap kawasan ni sangat cantik. Sesuai la sebagai kawasan beristirehat golongan raja. Bayaran masuk ke Cheongdokgung Palace ni adalah KRW 5,000 untuk dewasa. Kalau kau nak ke Secret Garden yang terletak di dalam kawasan istana ni, kau kena tambah another KRW 5,000. Sekali lagi aku masuk percuma sebab masa tu kan ada Korea Festa Sale. Cuma Secret Garden je la yang tetap kena bayar kalau nak masuk.


Information tentang bayaran masuk ke Cheongdokgung Palace








Aku tak masuk ke Secret Garden. Pertamanya, sebab aku dah penat berjalan pusing pusing di dalam kawasan Gyeongbokgung Palace. Kedua, sebab kaki aku dah sakit dan ada blister yang agak besar kat tapak kaki. Kalau takde blister kat kaki, aku rasa aku gagahkan jugak diri aku untuk masuk ke Secret Garden walaupun dah penat. Rugi kot kau datang dari jauh tapi tak masuk ke Secret Garden tu. Tapi terpulang dekat orang jugaklah, mungkin ada yang tak berapa suka untuk pergi ke kawasan historical macam ni.





Nampak tak ahjussi pakai baju biru tu? Dia lah yang jaga entrance ke The Secret Garden. Kat situ la terletaknya The Secret Garden


Walaupun aku tak masuk ke Secret Garden, kawasan lain di Cheongbokgung Palace tu tetap banyak untuk dilawati. Di sebelah Secret Garden, ada satu lagi istana kecil iaitu Changyeonggung Palace. Aku sempat jugak berjalan melawat istana tu. Cantik! Serius kawasan di sekitar Changyeonggung Palace ni cantik. Ada rumah yang kau boleh masuk. Aku pun masuklah satu dua rumah yang ada. Nak jugak tengok isi rumah zaman dulu macam mana. Hahaha.


Rumah - rumah yang ada di istana kecil Changyeonggung Palace


Add caption


To Gwanghamun Square and King Sejong Museum

Seterusnya, aku dalam misi mencari Gwanghwamun Square sebab sekali lagi, aku tak pasti di mana terletaknya tempat ni. Dari Cheongbokgung Palace, aku patah balik ke Gyeongbokgung Palace. Tak jauh dari main entrance Gyeongbokgung Palace, ada traffic light. Jadi, aku melintas traffic light tu untuk ke seberang jalan. Rupanya, Gwanghwamun Square hanya terletak bertentangan dengan Gyeongbokgung Palace. Ada dua sebab kenapa aku beria nak cari Gwanghwamun Square. Pertama, sebab aku nak tengok dengan mata sendiri tugu King Sejong dan Admiral Yi Sunshin. Kedua, aku nak masuk ke muzium King Sejong.


Tugu King Sejong


Princess Farah. Eh? Hahaha.


Aku jalan sikit ke depan, dan nampak tugu King Sejong tak jauh di depan aku. Aku teruskan berjalan, dan pergi ke depan tugu King Sejong. Ambil gambar kejap, macam biasa la. Pastu, pergi ke belakang tugu King Sejong untuk ke pintu masuk muzium King Sejong. Masuk dalam muzium ni, kau bolehlah belajar sedikit sebanyak sejarah tentang King Sejong. Yang bestnya muzium ni, kau boleh tulis nama kau dalam hangul. King Sejong kan pencipta tulisan hangul. Nanti ada kat satu sudut dalam muzium ni, kau akan nampak satu kawasan untuk tulis nama. Kat dinding tu penuh dengan kertas-kertas nama-nama pelawat/pelancong dalam hangul. Bolehlah kau rasa sendiri pengalaman tulis nama kat kertas guna berus dan dakwat hitam dalam hangul. Taktau macam mana nak tulis nama kau dalam hangul? Jangan risau! Ada Korean di situ yang akan bantu kau. And they can speak English too. Nanti diorang akan tanya nama dan negara kau, dan suruh kau tulis kat satu kertas kecil. Dan diorang akan tulis nama dan negara kau dalam hangul, pun dalam kertas kecil jugak. Pastu, diorang kasi satu kertas besar khas untuk kau tulis nama dengan berus dan dakwat. Kau tulislah ikut nama dalam hangul yang diorang tulis kat kat kertas kecil tu.


My Hangul handwriting; nationality (left) and name (right)


Di muzium yang sama, ada juga menempatkan sejarah tentang Admiral Yi Sunshin. Dah alang-alang aku ada kat situ, aku terus jalan kat situ. Baca serba sedikit sejarah yang tercatat di situ. Ada few photo zones, dan disebabkan aku satu-satunya pengunjung yang ada di muzium tu pada masa tu, aku pun seronoklah bergambar di semua photo zones yang ada. Muahahaha! Masa aku nak keluar dari muzium tu barulah terserempak dengan satu keluarga yang baru masuk ke situ.


Tugu Admiral Yi Sunshin


Keluar je dari Muzium King Sejong, aku mencari tugu Admiral Yi Sunshin. Tak jauh pun dari tugu King Sejong. Macam biasa, ambil gambar satu dua keping. Pastu, aku pun mencari subway station terdekat untuk balik. Dalam perjalanan mencari subway station tu, aku ternampak satu booth hanbok. Booth ni menawarkan perkhidmatan meminjam hanbok secara percuma. Haruslah aku tak melepaskan kesempatan yang ada kan? Lagi-lagi bila hanya ada dua orang yang kat booth tu. Seronok pulak rasa bila pakai hanbok. Rasa dapat menyelami sedikit budaya orang Korea. Gituuu. Betul-betul di sebelah booth hanbok tu ada booth takhta diraja, jadi bolehlah bergambar kat situ acah-acah kau berada pada zaman dulu la. Aku sempat berjalan-jalan di sekitar Gwanghwamun Square tu dengan hanbok dalam 15 minit sebelum pulangkan balik hanbok tu kat booth.


Cari booth hanbok ni okay, kalau nak try hanbok. Secara percuma. Booth ni terletak berdekatan entrance to Gwanghamun underground shopping mall


:)


To Seoul Station

Gwanghwamun Station (Line 5) --> Jongno 3(sam)-ga Station (Line 5 & 1, tukar tren kat sini) --> Seoul Station (Line 1) (KRW 1,250)



Since Gwanghwamun Station adalah stesen subway terdekat, aku naik subway dari situ untuk ke Seoul Station. Tujuan aku ke Seoul Station adalah untuk membeli tiket untuk balik ke Busan keesokan harinya. Boleh je aku nak beli on the spot esok malam (aku ambil tren malam ke Busan). Tapi aku taknak ambil risiko sekiranya tiket tren habis. Yes, tren KTX memang berlambak, setiap sejam atau dua rasanya KTX berlepas dari Seoul ke Busan. Tapi aku kan naik Mugunghwa train (nak jimat kos), kemungkinan untuk tiket habis tu tetap ada walaupun nipis. Dah selesai beli tiket Mugunghwa tren untuk esok, aku pun bergerak balik ke Itaewon Station untuk kembali ke guesthouse.




Tuesday 10 January 2017

Travelogue: Korea – Post travel (Day 5 – Seoul)


Sebab semalam dah jalan jauh ke Gapyeong, harini aku jalan-jalan dekat sekitar Bandar Seoul je. Gerak dari Itaewon Inn sekitar jam 9.00 pagi, destinasi pertama aku adalah Namsan Seoul Tower. Yessss, tower aka menara yang kerap muncul dalam drama-drama Korea tu.


To Namsan Seoul Tower

Itaewon Station (Line 6) --> Samgakji Station (Line 6 & 4, tukar tren kat sini) --> Myeongdong Station (Line 4) (KRW 1,250)

Exit Myeongdong Station (Exit 3), you’ll be able to locate 7-11 convenient store in front of you. Go straight into the street with 7-11 on the right and keep walking straight (going uphill at some part of the road) for about 5 minutes until a small junction where you need to slightly turn right (walk few steps) and turn left before continue going straight. Keep walking (the road getting more uphill) until you reach Namsan Cable Car Station located on your right.


Sila naik tangga ni untuk ke bangunan cable car

Bangunan cable car untuk ke Namsan Tower


Dah sampai kat Namsan Cable Car Station, pergi dekat kaunter tiket dan beli cable car round trip ticket dengan harga KRW 8,500. Masa aku pergi tu, ada sekumpulan kanak-kanak tadika diiringi oleh guru pengiring pun nak ke Namsan Tower tu. Comel okey adik-adik ni. Perjalanan ke Namsan Tower naik cable car ni tak lama, kejap je dalam lebih kurang 15 minit. Dan satu lagi, selalunya kalau kita naik cable car, ada bangku untuk duduk jadi kita duduklah kan. Tapi, cable car ni kita perlu berdiri di sepanjang perjalanan. Pastu ada seorang krew cable car yang akan berada dalam cable car setiap kali cable car beroperasi. Best jugaklah, lebih-lebih lagi kalau kau dapat berdiri dekat tepi cermin. Dapatlah tengok pemandangan Bandar Seoul dari atas udara.


Round trip ticket

Inilah cable car nak ke Namsan Tower tu


Aku tak naik pun Seoul tower, hanya berjalan-jalan di sekitar taman di situ. Duduk-duduk sambil tengok ragam orang, seronok jugak buat sekali-sekala. Tambah-tambah lagi kawasan situ cantik dan tenang, dengan sesetengah pokok dah pun berdaun merah. Bertambah cantik! Sesekali, aku menyibukkan diri di kalangan diorang yang tengah syok mengambil gambar di sekitar kawasan love-lock dan berselfie. Kehkeh. Banyak gila love-lock kat sini. Kau boleh pilih nak bergambar kat love-lock yang mana; love-lock berbentuk love, love-lock berbentuk pokok, dan love-lock dekat pagar-pagar. Aku? Semestinyalah bergambar dekat semua bentuk love-lock yang ada hahahahahaha.








Namsan Seoul Tower











Hampir sejam setengah di Namsan Seoul Tower, aku pun mula bergerak balik. Tak jauh dari kawasan cable car, aku ternampak beberapa orang berpakaian seragam seperti pengawal/pegawai istana zaman dulu-dulu. Rupanya, diorang ada pertunjukan masa tu. Tak ingat pulak pertunjukan apa. Ada jugak booth hanbok bagi mereka yang teringin nak cuba memakai hanbok (untuk perempuan) dan pakaian pengawal/pegawai istana (untuk lelaki). Disebabkan barisan di booth tu agak panjang, dan aku malas nak beratur sekali, aku pun gerak jelah terus ke cable car untuk kembali ke Myeongdong Station.





To Myeongdong; Busanjib Restaurant

Sampai di Myeongdong Station, aku mencari laluan untuk ke Exit 6. Exit 6 ni akan bawak kau ke kawasan membeli-belah Myeongdong yang famous tu. 






Tujuan aku ke sini harini bukanlah untuk shopping. Tapi, aku nak mencari kedai makan Asam Pedas yang sering disebut-sebut oleh rakyat Malaysia yang dah pernah ke Korea ni. Tapi, cari punya cari aku tak jumpa pulak kedai makan tu. Dan perut aku pulak dah lapar masa tu. Kebetulan, aku ternampak satu kedai ni yang ada tanda halal di pintu masuk kedai. Busanjib. Terus aku google pasal kedai makan tu. Alhamdulillah, memang kedai tu tersenarai dalam kedai makan halal di sekitar Seoul. Jadi, aku masuk kedai makan tu dan makan tengah hari di situ. Oh ya, kau tak payah nak order air pun. Once kau duduk, nanti ahjumma tu datang bawa sebotol air sejuk. Free je. Aku makan Hot Stone Pot Bibimbap yang berharga KRW 8,000. Ada few side dishes; ikan bilis, kimchi dan sayur. Kimchi dia sedap, serius. Bibimbap pun sedap, masuk dengan tekak aku.


First time rasa bibimbap. Sedapp! Kimchi dia terbaik!


Dah selesai makan, aku keluar jalan-jalan kejap dekat sekitar Myeongdong tu. Yelah, tengok banyak promotion gila-gila terutamanya dari kedai-kedai kecantikan; Nature Republic, Sea N Tree, Etude House, Skin Food, etc. Aku yang tak gila dengan barangan kecantikan ni pun boleh terpengaruh tau. Aku masuk jugak usha apa yang ada kat kedai-kedai ni, pastu ended up beli mask muka. Kehkeh. Aku beli 2 paket mask je dari kedai Sea N Tree harini, sebab masih nak pergi jalan-jalan kan. Malas nak bawak beg berat-berat. Setiap paket ada 10 pieces mask. 2 paket, jadi ada 20 pieces. KRW 6,500 je tau untuk kedua-dua paket tu. Sebenarnya, setiap satu paket tu KRW 6,500. Tapi sebab masa tu ada Korea Festa Sale, jadi ada promosi 2 paket (10+10 pieces) berharga KRW 6,500. Pastu singgah kat Nature Republic untuk beli Soothing AloeVera gel dengan harga KRW 4,400 setiap botol. Kulit aku mengalami tahap kekeringan yang agak teruk, jadi aku sangat memerlukan gel ni. Gel ni dijual dengan harga promosi masa ni. Harga asal tak pasti pulak berapa.

Takut terpengaruh dengan lebih dasyat, jadi aku segera beredar dari Myeongdong untuk ke KBS station yang terletak di National Assembly Station.


To Korean Broadcasting Station (KBS)

Myeongdong Station (Line 4) --> Dongjak Station (Line 4 & 9; tukar tren kat sini) --> National Assembly Station (Line 9) (KRW 1,250)

Exit National Assembly Station (Exit 4), you will see KBS signboard in front of you. Go straight for about 100m, then turn right at the junction. Walk straight until you see a KBS IBC building across the road. Cross the road into the entrance of KBS IBC, then turn left. Walk until the first junction (GS25 convenience store on your life), then turn right. Walk straight until you find the entrance to KBS Station. If you see yellow KBS mascot, then you are at the right place.


Cari bangunan ni kalau nak ke KBS Exhibition Hall

Kalau jumpa maskot kuning KBS ni, you are at the right place



Dekat sini kau boleh merasai sendiri pengalaman menjadi deejay radio dan penyampai TV. Aku sempat rasa menjadi deejay radio je sebab dekat tempat penyampai TV tu ada sekumpulan pelajar sekolah sedang membuat aktiviti sekolah. Malas nak tunggu, aku skip tempat pengacara TV tu. Ada jugak pameran peralatan broadcasting stesen KBS dari zaman datuk nenek dulu sampai lah yang terkini.

Ground floor – entrance masuk dan kaunter informasi. Terdapat pameran drama Descendants of the Sun dan tayangan tarian Park Bo Gum untuk cerita Moonlights in the Cloud. Oh ya, bagi peminat Song Joong Ki, ada life size cut actor tersebut tau. Bolehlah kalau nak bergambar dengan ‘Song Joong Ki’ di situ.


JoongKi oppa :)


First floor – segala yang berkaitan dengan TV broadcasting. Kat sinilah tempatnya kalau kau nak merasai pengalaman menjadi seorang penyampai TV. Ada peralatan TV kat situ.


Peralatan TV broadcasting


Second floor – segala yang berkaitan dengan radio broadcasting. Kat sinilah tempatnya kalau kau nak merasai pengalaman menjadi seorang deejay radio.


Acah-acah jadi Deejay kejap ;)


Dekat luar bangunan pulak, kau boleh tengok secara live deejay radio bertugas. Ada bangku yang disediakan so kau bolehlah duduk dan tengok. Ada juga disediakan TV dekat situ yang fokus dekat deejay radio dan tetamu mereka. Kalau-kalau ada artis yang korang minat tengah menjadi deejay atau jadi tetamu masa kau datang tu, bolehlah duduk dekat bangku tu dan tengok mereka.

Masa aku duduk kat bangku tu, kebetulan pulak sekumpulan pelajar yang dekat tempat penyampai TV tadi keluar. Mereka pun duduk memenuhi bangku di sebelah kiri dan kanan dan di hadapan aku (aku duduk di bangku belakang sekali). Sesetengah daripada budak-budak ni pergi dekat dinding kaca dekat dengan deejay bertugas. Nampak somebody ni, terus diorang menjerit-jerit. Aku tak pasti siapa yang diorang nampak masa tu. Tapi, diorang punya reaksi tu buat aku sedikit terkejut. Sebab aku dok syok online (ada free wifi kat situ), tetiba dengar orang menjerit-jerit. Kalau kau pun mesti terkejut kan? Hahaha. 

Dah hilang sikit penat di kaki, dah post gambar yang perlu (hahaha!) dan sebab makin ramai orang yang datang, aku pun segera beredar dari KBS building ni untuk jalan-jalan di taman pulak; Yeouido Park.


Kenderaan KBS


To Yeoiudo Park

Located just in front of the KBS Exhibition Hall.

Dekat traffic light di depan bangunan KBS Exhibition Hall, kau lintas je jalan tu. Make sure tuggu lampu hijau untuk berjalan dulu, tau. Yeouido Park ni memang betul-betul di depan KBS Exhibition Hall ni. Lepas lintas jalan, kau akan jumpa Exit 6 Yeoiudo Park. Kat sini kau boleh sewa basikal. KRW 5,000 untuk satu jam. Pemandangan di situ memang lawa. Masa aku pergi tu daun-daun dah banyak jugaklah yang bertukar kaler merah.












Kalau kau tak kejar masa, duduklah kat situ sambil menikmati pemandangan yang lawa dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Lagi best kalau kau sewa basikal dan pusing satu taman ni. Kalau nak jalan kaki, agak penatlah sebab taman ni besar gila.

Dah puas duduk lepak dan menghilangkan penat di kaki, aku pun bergerak dan berjalan kaki menuju ke Han River pulak.


To Han River

From Yeouido Park, find Exit 9 to go to Han River.

Yang bestnya di kawasan ni, semua attraction places (tempat wajib pergi untuk aku lah) terletak within walking distances je. Sangat memudahkan pelancong macam aku untuk pergi dari satu tempat ke satu tempat dengan hanya berjalan kaki. Keluar je dari Exit 9 Yeouido Park, kau akan terus jumpa Han River. Untuk ke sana, kau kena lintas jalan dulu lah, dan seperti biasa kena tunggu lampu hijau untuk berjalan dulu, okay? Jangan main redah je pulak.


Han River :)

Han River lagi ;)

Cantik gila pemandangan masa ni



Kawasan di sekitar Han River ni memang cantik. Petang-petang memang ramai orang yang beriadah dekat situ. Ada yang berjalan-jalan, ada yang jogging, ada yang berbasikal dan ada yang saja duduk kat bangku untuk menikmati pemandangan. Aku duduk di situ sampai sunset. Serius lawa sangat!

Aku strolling down the park dekat Han River, dan aku terjumpa stesen subway Yeouinaru Station, dan naiklah tren dekat situ untuk balik ke Itaewon Inn.