Thursday 25 May 2017

YouGov survey - Cara mudah mendapatkan AirAsia Big points [updated 26/10/2017]


Jadi harini aku nak ajar korang macam mana nak kumpul AirAsia BIG Points dengan cara yang mudah dan tak payah keluarkan duit walau satu sen dengan hanya menjawab survey questions. Yes, survey questions.

Tapi harus diingatkan, semakin banyak points yang ditawarkan bagi sesuatu survey, semakin panjang soalan dan masa yang diperlukan untuk menyelesaikan survey tersebut. Harap bersabar ya masa menjawab soalan-soalan survey tersebut. Jangan risau, setakat pengalaman aku menjawab survey ni, kalau tak silap paling lama pun 20-30 minit. Anggap je for fun, sambil-sambil boleh menambah ilmu pengetahuan. Dan masa jawab soalan survey tu, bagilah jawapan seikhlas dan sejujur yang mungkin. Survey ni sebenarnya agak penting jugak la.

Sesiapa pun boleh join asalkan korang ada talian internet (talian internet yang pantas merupakan bonus buat korang) dan telefon pintar/komputer/laptop di sisi.


Ada tiga langkah mudah untuk korang jawab survey dan dapat AirAsia BIG Points ni.


Langkah pertama (Daftar akaun YouGov Malaysia):

Mula-mula, korang tekan link di bawah. Link tersebut akan bawa korang direct ke laman web YouGov Malaysia.



Kemudian, korang create profile korang sendiri. Masukkan segala maklumat yang diperlukan. Alah, lebih kurang je cara macam nak buat akaun email, akaun facebook and so on.


Langkah kedua (Jawab Soalan Survey):

Jawab survey yang diberikan. Selalunya, pihak YouGov akan menghantar link survey ke akaun email korang. Jadi korang boleh directly klik link tersebut atau pun dengan log masuk ke website YouGov untuk menjawab survey tersebut. As for kekerapan soalan survey yang dihantar kepada korang, korang boleh tetapkan sendiri. Pilihlah nak seminggu sekali ke, sebulan sekali ke ataupun nak sekerap yang mungkin.



Macam ni lah lebih kurang email yang YouGov akan hantar kat korang each time ada survey yang available.


Macam aku, disebabkan aku nak kumpul points sebanyak yang mungkin, aku pilih nak jawab survey sekerap yang mungkin.

Antara surveys yang aku dah jawab.


Ingat! Lagi banyak survey yang korang jawab, lagi banyak points yang korang boleh kumpul.


Langkah ketiga (Reedem Reward):

Part yang ni lah yang paling best!

Once korang dah berjaya kumpul 5,000 points dekat akaun YouGov korang, bolehlah redeem reward!






Less than two weeks dari tarikh aku redeem, points BIG points AirAsia masuk dah. Yay!!


Sebenarnya, selain daripada boleh redeem 2,500 points AirAsia BIG Points, ada tiga lagi rewards yang ditawarkan; Zalora E-Gift Voucher worth RM75, SG$25 (or equivalent) Paypal dan UNICEF Donation 5,000 points.


Dah ada 5000 points, bolehlah redeem mana-mana items yang berkenan di hati.




Korang bolehlah pilih ikut mana yang korang nak. Macam aku, haruslah aku kumpul point untuk AirAsia BIG Points kan! Hehe.


[UPDATED 26/10/2017]

Kalau sesiapa yang baru daftar akaun YouGov tu, korang mesti perasan yang salah satu reward yang boleh korang redeem iaitu Zalora E-Gift Voucher worth RM75 dah tak ada seperti yang aku cakap di atas. Tapi, jangan risauuuu.! Ada reward lain yang ditawarkan, iaitu RM 60 Mobile Credit Topup. Best ke tidakkkk? Hihi.




Takde dah Zalora voucher, tapi ada mobile credit topup :)


*End of Updated 26/10/2017*



DANNNNNNNN…………


Bila korang dah daftar akaun untuk YouGov, korang akan dapat unique referral link sendiri (macam link aku kat atas tu). Apabila makin ramai saudara mara, kawan-kawan dan kenalan-kenalan korang yang daftar akaun YouGov menggunakan unique referral link korang, maka makin bertambahlah point YouGov korang.




Dengan syarat, diorang harus melengkapkan 6 surveys terlebih dahulu. Diorang dapat points, korang pun dapat points. Win win situation lah kan. Hehe.



Alhamdulillah. Bertambah points. Terima kasih dekat korang yang join YouGov ni by clicking at my unique referral link :)


So, amacam?
Taknak ke kumpul AirAsia BIG Points banyak-banyak? Dah banyak nanti, bolehlah travel merata. Redeem point je.  Ni bagi yang suka travel la (macam aku).

Hmmm siapa yang suka call orang tu, terutama pengguna prepaid macam aku, bolehlah redeem RM 60 mobile credit topup. Yang tak berapa suka call orang atau cakap dalam phone pun boleh redeem. bolehlah buat langgan internet bulanan. Jimat dah kat situ ;)

Give it a try, okay!

Selamat mencuba!





Okay, you made it through the whole long post. Now, there's something extra for you. Click here BigPay - Skip The Hassle, Enjoy More Benefits to find out. Now! Now! Now!  :)



5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Hi, nak tanya. I baru je sign up YouGov ni and i dah setting kan nak jawab sebanyak mungkin survey dia. But dah 3 hari i register tp i baru jawab survey dia sekali je. Mmg mcm tu ke? Nanti dia akan email kita utk setiap survey tu ke?

    ReplyDelete
  3. Hai :)

    Yup, dia akan email kita untuk setiap survey yang available. Survey tak available sepanjang masa, maybe once or twice dalam tempoh seminggu. Kadang-kadang dalam sebulan ada dua or tiga je survey yang available.

    ReplyDelete
  4. Hai ..nak tanya BigShotId tu apa ya? Sebab saya nak claim tapi tak dapat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai. Big Shot Id tu nombor Id untuk member AirAsia. Kalau tak pasti berapa nombor Id awak, boleh login account AirAsia dan tengok kat situ 😊

      Delete