Thursday, 28 November 2019

Travelogue: Kaklong & Kakchik's Northern's trip - Day 3 in Kuala Lumpur



22 Julai 2019

Selamat Hari Merdeka, Sarawak!
Happy Independence Day, Sarawak!

Hari ni aku bangun awal. Eh, awal tak awal lah, pukul 6 pagi. Padahal set jam dari pukul 5 hahah. Bangun-bangun je, terus mandi dan solat. Gilir ngan Kakchik lah. Kakchik mandi dulu, manakala aku solat dan gosok baju. Pastu tukar pulak. Nasib baik barang dah siap packing semalam so tak gelabah sangat pagi ni. Adik dan isteri kan nak turun kerja, jadi kitorang kena gerak sekali lah keluar rumah. Oh, harini kitorang berdua check out dari rumah adik, sebab nak duduk dekat area yang dekat dengan stesen LRT. Senang sikit nak gerak tambahan pulak jimat masa. Dari rumah adik, kitorang ambil Grab untuk ke stesen KTM Batu Tiga. Lepastu ambil pulak tren ke KL Sentral.

Sampai KL Sentral, ambil LRT pulak ke Masjid Jamek sebab kitorang nak check in di Adya Hotel KL. Dalam 400-500 meter je dari stesen LRT Masjid Jamek. Sampai hotel dalam 7.50 pagi, masuk je terus check in sebab nak drop luggage dalam bilik. Normal check in hour sepatutnya lepas pukul 2 petang, tapi disebabkan kitorang nak check in awal, maka adalah bayaran tambahan sebanyak RM 30.00. Yang ni dah bincang dengan adik semalam masa survey bayaran tambahan, tolak atas tolak bawah akhirnya kitorang sependapat untuk check in awal je. Sebabnya, kalau simpan beg dekat loker di KL Sentral pun lebih kurang je harganya. Baiklah check in awal, dapat rest kejap sebelum bergerak ke lokasi seterusnya.

Dalam pukul 8.30 pagi, kitorang pun memulakan perjalanan untuk ke stesen Monorail Jalan Imbi untuk ke Berjaya Times Square. Kenapa awal pagi dah ke sana? Sebabnya, kitorang punya rancangan harini adalah untuk berjalan-jalan di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang. Semangat dedua bawak topi ala-ala pelancong tu. Iyelah, nak pergi jejalan dekat tempat yang cantik, haruslah pastikan prop untuk bergambar pun lengkap hihik.

Meredah pengangkutan awam pada waktu puncak orang turun kerja, memanglah bukan satu benda yang mudah. Dah macam ikan sardin terpadat dalam tin dah kitorang tumpang sekaki bersesak dalam lrt dan monorail. Tapi tu tak melunturkan semangat juang dalam diri kitorang dua. Gigih jugak bersesak berpadat dalam tu. Sampailah jugak akhirnya ke Berjaya Times Square. Nak dijadikan cerita, kitorang salah exit. Pusing-pusing cari exit tak jumpa pulak unless kitorang meredah jalan raya yang obviously tengah banyak kereta masa tu. Tak tahu cemana lah boleh salah exit masa tu. Pusing-pusing tu, nampak lah bas pertama yang nak ke Bukit Tinggi dah ready depan hotel. Tengok jam, masa tu dah 9.25 pagi. Kitorang masih di seberang jalan nak ke tempat bas. Aku memang dah pasrah tak sempat punya kejar bas tu. 

Akhirnya, aku dan Kakchik pun naik monorail berhenti dekat monorail Titiwangsa. Dah alang-alang tak sempat naik bas pukul 9, dan ada masa lagi untuk bas yang seterusnya, aku buat keputusan untuk cari balik Kamal Bookstore sebab Kakchik nak beli buku Medic dia. Alhamdulillah, rezeki agaknya harini, mudah je pencarian kitorang. Sekejap je dah sampai kat kedai buku tu. Kitorang spend dalam 30 minit jugak lah dan Kakchik berjaya carik buku yang diidamkan. Lepas dah selesai semua, kitorang keluar lah nak gerak ke monorail balik. Tak tau lah kenapa, apa yang difikirkan masa tu, kitorang pakai jalan yang jauh gila siap meredah highway bagai sambil jalan kaki untuk ke stesen monorail yang lain padahal, boleh je nak patah balik ke stesen monorail Titiwangsa tadi. Dekat nak 30 minit jugak weh. Tak taulah kegilaan apa yang melanda masa tu. Pelik je orang kiri kanan tengok kitorang. Dengan panasnya lagi. Sampai-sampai je stesen monorail (tak ingat stesen apa), terus naik monorail untuk balik ke Berjaya Times Square.

Sampai dekat Berjaya Times Square, terus cepat-cepat gerak ke tingkat 15 Hotel Times Square untuk ke pejabat jualan tiket ke Colmar Tropicale. Masa ni dah tahu kat mana pejabat ni, sebab kitorang dah buat tinjauan lokasi semalam. Eceh. Sampai-sampai kat pejabat, akak yang uruskan jualan tiket bas tu tanya berapa orang nak pergi dan bla-bla. Selesai bayar tiket, dan oleh kerana bas kedua yang akan bergerak ke Colmar Tropicale adalah jam 12.00 tengah hari, maka kitorang buat keputusan untuk makan tengah hari siap-siap. Jam masa tu hampir pukul 11.00 pagi. Maka bergeraklah dua ketul makhluk yang kelaparan ni ke medan selera Berjaya Times Square. Order Nasi Ayam Penyet, dan sementara tunggu pesanan siap, aku menyempatkan diri beli air Tealive. Kihkih. Dah namanya pun dedua penggemar Tealive, maka haruslah beli. Nasib baaik orang masih belum ramai, pesanan kami cepat disiapkan. 


Sedap jugaklah.

Pengaruh Kakchik lah ni. Terjebak jugak suka bendalah ni.


Tengah makan dengan perasaan excited nak ke Bukit Tinggi kejap lagi, tetiba dapat panggilan telefon. Aku tak jawab sebab nombor tu nombor yang tak dikenali. Dan memang dah jadi kebiasaan aku untuk tak jawab sebarang nombor asing. Dua kali jugak nombor tu telefon, still aku tak jawab. Tak lama kemudian, aku dapat satu whatsapp yang bertanyakan tentang pembelian tiket bas ke Colmar Tropicale tadi. Rupanya, akak yang jual tiket tu yang call dan whatsapp aku. Aku dah dapat bad hunch dah masa ni. aku tanyalah akak tu, kenapa eh kak. Tiket bas dah penuh ke. Dan yaaaa, sebenarnya tiket bas dah penuh sebab ada customers lain yang dah buat tempahan terlebih dahulu melalui online reservation. Kecewa kot adik aku masa ni. Adik aku memang teringin gila nak ke Bukit Tinggi, sebab tu dalam itinerary kitorang terselit jugak satu hari di Bukit Tinggi. Aku pulak, sebab dah pernah pergi dengan kawan-kawan few years back, tak berapa kisah sangat. Kira kalau pergi okay je, kalau tak pergi pun tak apa. Lepas makan kitorang naik balik ke pejabat jualan tiket bas tu untuk refund balik duit kitorang.

Selesai urusan refund, kitorang masuk balik ke Berjaya Times Square untuk decide aktiviti seterusnya. Disebabkan dah selalu jalan-jalan di KL, kitorang takde rasa nak pergi mana-mana dah. So, kitorang jalan punya jalan dan terjumpalah GSC cinema. Usha jap movies yang tengah ditayangkan dan untuk mengubat kekecewaan tak dapat pergi Bukit Tinggi, kitorang decide untuk tengok movie The Lion King. 


Pengubat hati yang kecewa


Nasib baiklah cerita best, terubatlah sikit rasa kecewa tu. Lepastu, sambung food hunting lah. Beli roti Auntie Anne (sebab takde dekat Sarawak) dan The Alley (masa ni belum ada cawangan di Kuching, sekarang dah ada). Kakchik lah, yang semangat try semua minuman-minuman pearl ni. Aku tumpang minum je ahahah.


The Alley, Berjaya Times Square

Macam biasa, harus ada gambar air ;)

Bila Auntie Anne nak bukak dekat Kuching wey?


Dah kenyang makan minum, jam pun baru pukul 3 lebih, dan kitorang takde rasa nak pergi mana lagi dah, maka kitorang buat keputusan untuk balik ke hotel dulu untuk berehat. Sebab petang karang nak pergi jalan-jalan lepak dekat Pavilion. Alah, nak jugak fefeeling budak hipster dekat sana. Join the hype kata orang hiee.

Dalam pukul 6.00 petang lepas siap solat jamak, aku dan Kakchik bergerak menuju ke Pavilion. Nak ke Pavi, kitorang naik LRT ke KL Sentral lepastu naik monorail ke Bukit Bintang. Sampai je Pavi, ramai gila manusia. Pening pulak kepala tengok crowd masa tu. Tapi, nak sangat joining the hype kan! Hamekk! Sebenarnya nak tunggu sunset dekat Pavi, sebab pernahlah tengok ada manusia yang ambik gambar dekat Pavi berlatar belakangkan langit merah. Lawa background dia, tu yang kekonon nak ambik gambar macam tu jugak. Sekali, tunggu punya tunggu, tak ada weh, tak ada. Hahah! Ambik gambar berlatarkan crowd je lah jawabnya. Lama jugak aku dan Kakchik buat sesi photoshoot kat situ. Memula cam eh malu jugak, tapi kiri kanan depan belakang orang dok bergambar, soooo. Dekat nak pukul 8 baru kitorang gerak dari situ untuk ke destinasi seterusnya. Ke mana pulak tu?


Sekitar Pavilion

Gambaq satuuuu

Dia nak jugakkk

Depan Pavilion

Semestinya Kakchik ada jugakk hewhew


Tadaaaa.! KLCC lah.

Sampai je kat KLCC, tempat pertama kitorang berdua jejak adalah food court. Sebabnya, nak makan my fav Spaghetti Milano dekat situ. Lamaaaa tak makan wei! Rasa maintain sama macam the last time aku makan dulu, errr dalam 3-4 tahun lepas? Heh. Tak kisahlah bila last makan, janji dapat hilangkan craving this time. aku ambil Spaghetti Bolognese, Kakchik pulak try Spaghetti Carbonara.


Zaman belajar dulu paling selalu datang KLCC.
Sebab nak makan nasi kandar dekat food court situ.
Dan satu lagi sebab ni lah. Spaghetti Milano.
Sedap terangkat baq hang!

Rasa maintain sedap macam 8-9 tahun lepas.


Lepas dah selesai makan, perut pun dah kenyang, mehlah sambung berjalan. Makanya, kitorang dua berjalan ke luar sebab nak ambil gambar KLCC waktu malam. Memula keluar dekat taman KLCC yang ada air pancut tu, cam eh susah pulak nak ambik gambar full bangunan ni. so kitorang pusinglah nak cari port cantik nak ambik gambar KLCC, sampailah jumpa satu tempat ni, ramai betul orang dekat situ. Kitorang join sekalilah, tambahkan lagi crowd dekat situ. View KLCC dari situ cantik. Dan kawasan tu pun cantik sebab ada air pancut jugak. Tapi idokler dapat ambil gambar kitorang berlatarbelakangkan bangunan KLCC dengan cantik. Sebab, kalau nak ambil full view KLCC, nampak bahagian muka (betul-betul dari dagu ke atas) je. Kalau nak at least nampak badan pulak, tak dapatlah full view KLCC. Lastly, dedua give up. Ambil gambar view KLCC je. Nasib baik dapat shot lawa.


KLCC; view dari kawasan taman

KLCC; ni view dari bahagian depan KLCC

Nampak kepala ja. Pun jadiiiiilah.

Meriah kawasan ni malam-malam. Penat selit sana selit sini nak bergambar.


Actually, boleh je kalau nak ambik gambar berlatarbelakangkan view KLCC dengan cantik dan perfect. Perfect di sini maksudnya, gambar nampak badan dan at the same time dapat full view KLCC. Nah, tips! Guna lensa yang fish eye tu. Ramai je orang yang jual lensa fish eye tu kat situ. Tapi, faham-fahamlah, harga yang kita boleh dapat RM 5 je dekat kedai boleh marked up lebih RM 15 dekat situ. Aku dengan Kakchik tak beli sebab tak penting. Heheh. Jimat kekonon.

Rasanya dekat sejam jugak lepak dekat situ. Tibalah masa untuk balik ke hotel. Badan dah penat even rest kejap petang tadi. Esok nak kena gerak awal ke TBS sebab nak catch up bas untuk ke Kampar pulak. Tiket bas dah beli online sesiap, biar tak berlengah. Sebab kalo belum beli, nanti eh tak sempat lah naik bas sekian sekian. Kita naik bas next lah. Last last nanti drag schedule yang lain. Takmo takmo. Tapi macam biasa, sebelum balik tu sempatlah menyinggah dekat kedai RotiBoy. Hihik. Kakchik tak pernah rasa RotiBoy yang sedap tuh. Kita bagilah dia rasa kan. Lagipun, aku sendiri craving RotiBoy. Ehh kata tadi nak jimat. Hmmm kalo pasal makan, selagi ada rezeki kita makan. Janji jangan membazir, okay?


Last but not least. Rotiboy satuuuu.!
And truee, one is never enough ;)


Macam biasalah, dah sampai hotel mandi sesiap. Kemas beg sikit-sikit biar esok tak gelabah sangat kalo bangun lewat sikit pun. Dah solat, selamat malam dunia lah jawabnya!



Wednesday, 27 November 2019

Travelogue: Kaklong & Kakchik's Northern's trip - Day 2 in Kuala Lumpur



21 Julai 2019

Aku bangun seawal 6.00 pagi. Kagum jap dengan diri sendiri. Kalau kat rumah ni, mahu masih lena. Mandi siap-siap, solat Subuh, pastu get ready untuk keluar. Destinasi pertama, memanjat Batu Caves! So, adik pun awal bangun, dia offer untuk hantar ke KTM Batu Tiga. Jaraknya dari rumah adik memang dekat kalau berkereta. Kalau jalan kaki, nangis jugaklah nak menapak. Elok je sampai kat KTM, topup kad touch and go siap-siap, gerak ke Platform 2, tren komuter pun sampai. Alhamdulillah, tak payah tunggu lama. Dari Batu Tiga, kitorang bergerak ke KL Sentral untuk tukar tren menuju ke Batu Caves. 30 minit jugak tunggu tren, tapi sebab ni hari pertama jelajah negeri kitorang bermula, jadi perasaan excited tu masih tebal. Cam, takde hal lah tren lambat. Hahaha.



Lengang lagi masa ni.

Kasi can lah. Lama tak naik tren weh hahaha


Matchy-matchy with Kakchik :)



Batu Caves

Tren ke Batu Caves sampai, maka bergeraklah tren menuju ke Batu Caves. Sampai dalam jam 9 pagi, ramai jugak dah orang yang menuju ke Batu Caves. 



Cantik kan

Kakchik



Kitorang pun join the crowd, dan sampai je kat depan Batu Caves, penuh gila manusia. Well, weekend kan. Ambil gambar kejap, dan kitorang pun mulakan memanjat 272 anak tangga warna warni Batu Caves tu. 



Menuju ke puncak Batu Caves

Ehh nak jugak



Dulu pernah lah sekali, masa wakil universiti untuk pertandingan dodgeball antara universiti, ketua pasukan kitorang bawak panjat Batu Caves ni jugak as part of the training. Nak kasi naikkan stamina lah. Tapi masa tu, tak tahu lah berapa banyak kali berhenti, ambil masa lebih setengah jam baru sampai kat atas tu. Dengan gayatnya, dengan asyik berhenti nya. Jadi kali ni aku expect lebih kurang camtu jugak lah. Cakap siap-siap kat Kakchik, ambil masa untuk kita sampai kat atas tu. Sekali kitorang panjat, eh less than 5 minutes dah sampai. Apenii apenii? Kalori terbakar pun cuma 26 kcal je hahaha. Tapi, mengah jugaklah sebab kitorang tak berhenti. Bila berhenti kejap kepala jadi pening yang amat lagi-lagi bila pusing pandang belakang. Tinggi. Gayat ceq! Belum lagi dengan keletah monyet-monyet yang berkeliaran dekat tangga tu. Ada yang tengah makan epal, ada yang makan roti. Aku pesan siap-siap dah kat Kakchik, sorokkan air 100 plus yang kitorang beli dekat stesen KTM tadi, sebab pernah jadi monyet pergi kat kawan aku sebab dia nampak air Twister oren yang kawan aku tengah pegang masa tu. Ingatkan selamatlah bila dah sorok air leklok dalam beg. Ada jugak benda yang menarik perhatian dia kat Kakchik rupanya. Sanitizer warna hijau yang tergantung dekat beg Kakchik! Hahaha! Kitorang tak perasan pun bila monyet tu menghampir dan dah siap tarik sanitizer Kakchik. Orang lain lah yang tegur tunjuk dekat beg tu. Kakchik muka dah cuak. Cepat-cepat kitorang cabut sanitizer tu dan sorok dalam poket seluar.

Sampai atas, kitorang jalan-jalan kejap, ambil gambar kejap. 30 minit lepastu, kitorang pun gerak turun ke bawah. Nak turun ke bawah pun banyak cabarannya. Monyet sesuka hati dia je melintas buat akrobatik kat depan kitorang. Dengan rasa gayatnya, dengan nak elak monyet lagi, manusia lagi. That was challenging. Hahaha.



The colourful stairs

Kakchik and friend. Eh? ;)

Le sisters at le Batu Caves


Selamat sampai kat anak tangga terakhir, perut pun dah berkeroncong lapar, kitorang pun menuju ke destinasi seterusnya, Ikea Cheras for their deli-yummy meatball!



IKEA Cheras

Kitorang naik MRT menuju ke Kajang. Memula nak ke IKEA Damansara, sebab dah biasa ke sana. Tapi bila check dan bandinkan transportation antara kedua-dua tempat, ke IKEA Cheras lagi senang. Jadinya, kita ambil yang senang je lah. Jarak dari KL Sentral ke stesen Cochrane cuma 5 stesen. Oh ya, kalau nak ke IKEA Cheras, sila turun di stesen Cochrane okay. Dekat jugaklah, plus tak lama tunggu MRT ni.



Meatballlll, mu tunggu aku datang!


Dah sampai, exit station ikut Linkway ke Mytown, dan berjalanlah ke pintu masuk IKEA Cheras-Cochrane. Masa kitorang sampai tu, waktu lunch hour. Dan hujung minggu. Memang ramai gila manusia, termasuk kitorang dua yang sibuk menyesakkan diri jugak hahaha. Matlamat kitorang satu je, nak makan meatball. So, memang direct ke tempat makan dan berbaris. Berbaris pun ambil masa lebih 30 minit jugak. Tapi takpe, demi meatball aku relakan ecece. Settle ambil makanan dan buat pembayaran, sementara Kakchik cari utensils, aku gerak cari meja kosong. Alhamdulillah, memang rezeki masa tu, ada satu pasangan ni dah selesai makan. Aku cepat-cepatlah pergi ke meja kosong tu dan duduk sambil tunggu Kakchik. Kakchik sampai je, ambil gambar (perkara biasaaa) dan apalagiii makanlah! Sebab dua-dua kelaparan, kejap je makanan habis. Kitorang makan sikit je (kononnn) sebab lepas ni nak pergi makan lagi. Kat mana? Teruskanlah baca :)



So much love for this meatball. And the garlic bread and mushroom soup. So sedap!


Selesai makan, kitorang pusing-pusing area MyTown kejap sebab Kakchik nak beli boba milktea dia tu. Daboba kot kalau tak silap. Pastu aku pulak sibuk nak try brown sugar Family Mart. Settle kat situ, kitorang gerak nak pergi ke Kamal Bookstore. Kakchik nak cari buku medic untuk rujukan dia.



Le Daboba

Semangat beratur sebab nak minum air Daboba ni. Aku? Tak kuasa nak berbaris sama.

Seronok dia dapat air ni weh.

Aku dapat bubble tea Family Mart ni pun dah okay.



Kamal Bookstore

Alkisahnya, kitorang naik monorail ke stesen Titiwangsa. Kakchik dah buat research sikit kat mana kedai buku ni, based on satu blog ni, dia cakap stesen terdekat ke Kamal Bookstore ni adalah stesen Titiwangsa, so kitorang turunlah kat sini. Pusing-pusing kat situ, tak jumpa weh kedai buku tu. Google map yang diharap pun tak membantu. Pusing sana, pusing sini. Still tak jumpa. Penat jangan cakap. Nasib baik hari tak panas sangat, redup just nice je masa tu. Tapi, hati panas jugaklah. Sepanjang berpusing tu, mulut pun tak berhenti bebel kat Kakchik. Hahaha kesian dia. Kena bertabah dengan kakak dia ni. Lastly, sebab tak jumpa jugak lepas 30 minit camtu berpusing, kitorang give up. Tak larat dah nak jalan tanpa arah tujuan lagi. Habis terhadam dah semua meatball yang dimakan tadi huhu. Kitorang pun ambil keputusan untuk ke KLCC terus. Hah! Apa cerita tetiba KLCC ni? Jeng jeng jeng! Kitorang nak ber K-Fry pulak! Ihiks.



K-Fry KLCC

Kenapa pilih nak makan K-Fry kat sini? Sebabnya, ni K-Fry terdekat dengan center kitorang, iaitu KL Sentral. Dan paling senang nak pergi kot. Kot la. Hehe. Pastu, berangan jugak nak jejalan area taman KLCC lepas siap makan apa semua.

Kitorang sampai KLCC, dan terus cari restoren K-Fry. Sebab, ni kan hujung minggu. Confirm ramai orang. Dan memang betul jangkaan aku. Penuh restoren tu. Tapi satu best dekat K-Fry KLCC ni, kau ambil nombor dekat mesin dan pastu bolehlah merayau mana-mana jap sementara tunggu giliran kau. Tapi janganlah kau pergi tengok movie pulak. Huuu. Macam K-Fry OU yang aku pergi Disember lepas, kitorang beratur lama weh. Sejam! Yang kat KLCC ni, rasanya dalam 30 minit jugaklah tunggu. Tapi tak terasa sangatlah masa tunggu, sebab kitorang siap masuk ke dalam Cold Storage supermarket cari air mineral.

Aku janji dengan Fida jumpa kat sini, ber K-Fry sesame. Dia, Sam (suami) dan Ameena (anak) lambat sikit sampai sebab pergi kenduri. Lepastu, faham-fahamlah jem dekat KL cemana. Makanya, aku dan Kakchik order dulu siap-siap. Makanan dah sampai, pun diorang bertiga tak sampai lagi. Kitorang mula makan. Sedar tak sedar, ayam kitorang yang boleh tahan banyak tu dan nak habis dan rupanya dah sejam since kitorang mula makan. Bebola nasi masih ada 2/3 kot. Kitorang dah mula kekenyangan yang amat masa tu, tu yang berhenti makan kejap. Still, bayang diorang tak kelihatan. Order lagi satu set ayam untuk diorang bertiga. Mula-mula plan nak makan satu set ayam share kitorang berlima. Sebab masa makan dekat K-Fry OU dulu, aku dan Fida makan set ayam yang sama, dan tak habis. Ada more than half ayam yang tak habis dimakan masa tu. Jadi, aku assume satu set ayam tu cukuplah untuk kitorang berlima. Sekaliiii, habis weh. Aku dan Kakchik berjaya habiskan satu set ayam tu. Hahaha nampak tak yang kitorang ni kelaparan?



Ni chicken yang dah dibalut dengan mozarella cheese yumsss!

K’RAZY SPICY CHEESY FRIED CHICKEN BUMBUK

Ni versi yang baru sampai ke meja. 

JU MEOK BAP: HAM AND CHEESE

Nanti adik K-Fry tu akan buat jadi bebola nasi.

Ni dah jadi bebola nasi. Sedapp weh serius. Cuma a bit oily. Mungkit terlebih letak minyak bijan kot.


Tak lama lepas set ayam kedua sampai, Fida, Sam dan Ameena pun sampai. Bebola nasi pun ada banyak lagi. So, aku dan Kakchik temankan diorang bertiga makan sambil sembang gossip. Biasalah, lama tak jumpa. Ada je benda nak cerita. Hehe.

Lama weh aku dan Kakchik melepak kat K-Fry. Adik-adik waiter/waitress tu pun pandang semacam bila kitorang berdua tak angkat-angkat pun lagi. Siap tambah pesanan. Adik yang sorang tu, masa hantar set ayam kedua, siap salah meja sebab dia tak sangka kitorang yang order. Pastu cakaplah kat adik tu, kawan dah sampai. Tu yang tambah pesanan. Heheh.

Lepas lebih 2 jam dekat K-Fry, barulah kitorang berlima gerak keluar sebab nak solat Maghrib pulak. Disebabkan aku boleh buat solat jamak dan kitorang pun nak gerak balik Shah Alam pulak, kitorang berpisah dekat depan Guardian KLCC hahah. Kenapa kat situ? Sebab ada nak beli barang sikit dekat Guardian tambah pulak dekat dengan Surau, makanya dekat situlah. Tapi macam biasa, ambil gambar dulu seketul dua.



Boleh kot noh gambar ni? Hiee


Dah selesai semua urusan dekat KLCC termasuklah beli Roti Boy kegemaran, aku dan Kakchik pun geraklah ke dari stesen KLCC ke stesen Subang Jaya. Dari Subang Jaya kitorang tukar naik tren KTM ke stesen Batu Tiga. Kitorang sampai tu dah 9 lebih dekat nak 10 malam, malas nak suruh adik ambik maka kitorang naik Grab je. Aku tak reti nak book Grab ni, maka serahkan je pada yang pakar haha. Nasib baik ada Kakchik. Sampai dekat rumah, tengok adik dengan isteri tengah relaks depan TV. Nasib baik tak kacau masa rehat diorang dengan suruh ambik dekat stesen KTM. Dahlah esok diorang kerja.

Macam biasa, dah sampai rumah, masuk bilik rehat kejap sebelum bersihkan diri dan solat jamak. Pastu, bersedia untuk tidur dan berehat untuk perjalanan esoknya pulak.


Friday, 27 September 2019

Travelogue: Kaklong & Kakchik's Northern's trip - Day 1 in Kuala Lumpur


2 bulan dah berlalu since the trip. MashaAllah, kemalasan apakah ini untuk mengemaskini post dekat blog?

Kita update slowly, okay. Let's go!


... ... ...



20 Julai 2019

Jadi, harini bermulalah perjalanan aku ke Kuala Lumpur untuk misi mengembara bersama Kakchik. Aku ambil flight Malindo yang terakhir, penerbangan pada jam 9.20 malam. Kakchik pulak dah terbang 3 hari lebih awal sebab dia nak melawat mak angkat dia masa belajar asasi di UITM Dengkil dulu.


Bismillahirrahmanirrahim.


Jumpa lagi Kuching Intl Airport in a week :)

Seronok dapat seat tepi tingkap yay!


Rancangan awal, aku akan overnight di KLIA dan akan ke rumah kawan pada awal pagi esoknya untuk gathering beramai-ramai dengan kawan seuniversiti yang lain. Yelah, dah alang-alang ada free sehari, kita manfaatkanlah sepenuhnya kan. Tapi, adik yang dah menetap di Shah Alam insisted untuk ambil di airport bawa ke rumah, so terpaksalah cancel plan asal. Nasib jugak belum ajak yang lain-lain, baru inform tuan rumah je.

Oh sebelum tu, plan kitorang bertukar jugak. Memula ingatkan nak cover KL – Selangor – Pahang – Melaka – Penang, tapi disebabkan ada rancangan keluarga untuk bercuti bersama di Melaka dalam masa terdekat, maka kitorang berdua pun tukar plan untuk ke Perak. Dah alang-alang di Perak, nak cover as many places as possible lah kan. Rombak punya rombak, kitorang berjaya finalize kan itinerary kitorang menjadi KL – Selangor – Pahang – Perak – Penang.

Selamat mendarat di KLIA around 11 malam, adik, isteri dia dan Kakchik dah tunggu dekat balai ketibaan. Hari pun dah nak lewat malam, kitorang cepat-cepat bergerak dari KLIA ke area rumah dia untuk dinner. Sempatlah melantak chicken chop malam tu haih hahaha.

Alhamdulillah, ada tempat untuk bermalam dan perut pun kenyang. Lepas settle everything, ready untuk tidur (around 2.30 pagi jugak) dan off we go to dreamland.



Saturday, 16 February 2019

BigPay - Skip the hassle, enjoy more benefits


Jadinya, sebelum ni aku dah tunjukkan cara-cara nak dapatkan free bigpoints AirAsia. 2,500 points.  Here's the link gaisss CaraMudah Mendapatkan AirAsia Bigpoints. Banyak tu! Sekarang, aku nak tunjuk cara untuk dapatkan discount bila nak buat payment masa beli tiket AirAsia, sekaligus takde kena caj processing fee guys. Trust me, memang takde.

How? How?? How???

Sabaq na. Teruskan pembacaan.

Mula-mula, korang pergi ke website ni BigPay. Nampak symbol download here tu? Yasss, klik mana yang applicable utuk korang (either; Apple Store untuk Iphone devices or Google Play Android devices), pastu download lah apps BigPay tersebut. Ataupun, just go straight to your Apple Store / Google Play dan search for BigPay. Then, download the apps. Atau jugak, masukkan nombor telefon korang dekat ruang yang ada, then button click BigPay for free tu. Nanti, dia akan bagi mesej yang mengandungi link untuk download apps BigPay. Lepas tu, boleh lah korang download :)




Dah download, register lah ye anak-anak. Nanti ada satu part tu, dia mintak gambar depan dan belakang kad pengenalan (ic) korang, ambiklah gambar ic tu, biar jelas dan terang okay? Pastu, ada part dia mintak gambar korang pulak, ambik le gambar yang molek-molek na. Hieee.

Dah settle semua, dia akan suruh korang tunggu emel pengesahan daripada BigPay untuk account korang. Selalunya less than 24 hours dah dapat. Dah confirm account korang nanti, topup lah RM 20 (minimum) then dalam 3-5 working days BigPay akan hantar kad prepaid BigPay tu dekat alamat yang korang kasi. Wajib tau masukkan RM20 minimum tu, sebab selagi tak masukkan duit, selagi tu kad korang takkan dihantar. Dan selagi kad tu tak dihantar, korang tak boleh lah nak gunakan kad bigpay tu sebab kad tak aktif lagi. Once korang dah dapat kad prepaid tu, dekat belakang kad tu kan ada cvc kod? Pergi bukak apps bigpay tu, then proceed with next step. Final step lah kira. Sebab once korang dah masukkan cvc kod tu, tadaaaa kad dah aktif dan korang dah boleh guna kad BigPay tu.

Dannnn……

Macam account YouGov jugak yang korang boleh earn something bila korang lengkapkan survey dan bila orang join YouGov dan lengkapkan survey through your unique referral link, BigPay jugak buat reward program yang hampir sama.

Haa. Curious tak?

Masa korang create account BigPay, nanti dia ada mintak referral code (kalau ada), korang masukkan referral code ni 3UQ47MK4D3. Bila korang dah create account BigPay sampaiiiiiilah ke final step which is topup kad bigpay dan masukkan cvc code tu, korang akan dapat RM10. Wahh. Seronok tu! Siapa je nak bagi RM10 tu free? Dan, empunya referral code tu (contohnya aku, kalau korang guna referral code aku lah) jugak akan dapat RM10. So, it’s a win-win situation, yes? :)

Sini aku ringkaskan cara nak apply kad prepaid BigPay ni bagi yang malas nak baca entri yang panjang ;)

  1. Pergi ke Apple Store (bagi Iphone users) atau Play Store (bagi Android users), cari bigpay dan download.
  2. Create account dan macam biasa, isilah maklumat yang dia minta tu dengan lengkap kalau boleh.
  3. Dah siap isi semua, tunggu emel pengesahan daripada BigPay (biasanya less than 24hrs)
  4. Topup minimum RM 20 ke dalam kad prepaid tu.
  5. Kad akan dihantar ke alamat korang once korang dah topup kad. Ambik masa 3-5 hari bekerja. Aku haritu lebih seminggu jugak, maybe sebab East Malaysia? Entah.
  6. Bukak apps BigPay dekat telefon korang, dan isikan cvc code yang ada dekat belakang kad prepaid bigpay korang.
  7. Kad  dah aktif, and there you go!

Sekali lagi nak bagitahu, kalau korang nak extra RM 10 secara percuma, jangan lupa masukkan referral code ni 3UQ47MK4D3 masa diorang mintak referral code. Percuma RM 10 guyssss!

Macam aku cakap tadi, bila korang buat payment to AirAsia bila beli flight tickets guna BigPay, korang takkan dikenakan processing fee langsung. Malah, boleh dapat discount RM 5 lagi. Huishh, jimat banyak tu. Sebab sebelum ni aku selalu bayar tiket flight guna online banking, aku kena caj RM 4.24 per booking. Kalau dah 10 booking, RM 42.40. Perhhh rugi banyak dah kat situ. Kalo idok,lepas dah nak beli bucket ayam KFC pastu makan ramai-ramai.

Lagi kelebihan kad ni? Adaaaa.

Korang boleh guna kad prepaid ni (Mastercard) dekat mana-mana merchant Mastercard di seluruh dunia, as long as they accepted it. Yup, you heard it right. Whole world! Seluruh dunia! Rate pun lebih kurang dengan rate semasa. So, why not?

Lagi satu, kalau lah korang takde cash kat tangan, and korang urgently need cash at that moment. Korang boleh buat pengeluaran duit dekat mana-mana mesin atm yang terima Mastercard. Rasanya, semua mesin atm terima kot. Ke ada yang terima visa je? Emmm. Tapi, pengeluaran duit through kad bigpay dekat atm machine akan dikenakan caj lah. RM 6 per transaction jika pengeluaran duit dibuat di dalam negara (local) dan RM 10 per transaction jika pengeluaran duit dibuat di luar negara (oversea). Tak payah nak call bank ke apa ke untuk aktifkan kad jika korang nak guna kad ni dekat luar negara. Korang terus boleh swipe swipe je kalau jenis yang malas nak bawak cash banyak-banyak kat tangan.

Kita kan dah masuk dunia digital. Senang go cashless je sekarang. Eh, tiber. Hahaha. I mean, if you don’t wanna go through hassle bringing money around, swipe je lah. Tapi, make sure dalam kad BigPay korang tu ada enough amount to do the swiping. Kalau tak, get ready enough cash in your wallet/purse lah. My style? I love to bring prepaid card/e-wallet and just little cash in case tempat yang aku nak beli barang tu tak accept card (credit,debit,prepaid). Yelah, nak beli kuih RM 5 hulur kad, kau nak kena penampor ke? Hahaha. Ikut logiklah kan kat mana nak guna kad, kat mana nak guna cash. Tapi kan, antara debit card dan prepaid card, aku lebih prefer prepaid card. Sebab boleh control perbelanjaan. Contoh, aku masukkan RM200 per month, so aku tau had perbelanjaan aku guna kad tu maximum RM200 je. Kalau debit, selagi ada duit dalam tu, selagi tu dok belanja dan belanja lagi. Tau-tau, kering dah balance dalam account. Huuu sedih. Don’t talk about credit card to me. So far aku memang tak berniat nak ada credit card langsung. Okay, dah panjang sangat melalut ni. Kita sambung balik.


Camne nak topup kad prepaid ni? Alah, easy peasy.

Korang boleh topup guna internet banking je, atau pairkan dengan debit/credit card korang. Aku lebih suka guna internet banking. Senang. Boleh track record transaction bila-bila masa.

Apa lagi kelebihan BigPay ni?

Korang boleh online shopping dan buat payment guna kad ni, dan korang akan dapat AirAsia bigpoint jugak tau. Kumpul-kumpul bigpoints, nanti boleh redeem free flight AirAsia. Seronok,seronok, seronok! Bukan online shopping je, everytime korang guna kad bigpay ni, korang akan dapat bigpoint AirAsia. What’s not to love about having this card for your own and people you loves? ;)

And talk about redeeming a free flight, I just redeemed myself return flight to Penang. Cuba tengok berapa harga tiket flight Kuching-Penang-Kuching kalau nak bayar cash? Menggeletar kepala lutut tengok harga. Kalau tak RM200+ per flight, jangan cakaplah. Pergi balik je dah cecah RM 400+ ke RM 500. Nangis tepi katil tengok harga tuh makaiiii. Aku redeemed return flight ticket, dalam 5580 point jugaklah. And those point mostly I collected through YouGov. Huiii serius tak rugi aku kerut-kerut kening jawab soalan survey YouGov tu dulu. Hehe.

Eh sebelum terlupa. Ada satu lagi kelebihan kad prepaid bigpay ni. Even if korang tak aktif guna kad ni for a long time, korang takkan kena caj maintenance fee ke apa bagai fee ke. Katalah this month korang tak buat apa-apa transaction through this card, next month pun sama, next next month pun sama, balance dalam kad korang maintain tak berubah. Bertambah, maybe! Kalau ada orang masukkan your referral code masa diorang apply for this BigPay card.

Pasal security pulak, don’t worry. Sebab kad ni pun boleh pakai dekat atm, of course lah kena ada no pin kad kan. Alahhh, macam kad bank yang lain tu. Dekat apps jugak, bila korang launch je app BigPay tu, dia akan mintak pin no yang korang dah set awal-awal masa register account BigPay dulu before korang dapat access your BigPay account. So, nobody can go through your BigPay apps except for yourself. Kecualilah, korang ada bagi pin no korang dekat orang lain cam your partner ke parents ke. Kalau boleh, keep it to yourself lah okay?

So, dah panjang-panjang point aku kasi ni, takkan taknak join?

Go, go what are you waiting for?

Grab your own BigPay card now and starts saving more and more!

Don’t forget to enter this referral code 3UQ47MK4D3. We both will get the benefit!

And wanna collect extra AirAsia bigpoint for free? Here’s how. Click this link Cara Mudah Mendapatkan AirAsia Bigpoints you can read everything here and feel free to drop me a comment if you have anything to ask.

Cheers and good day, everyone!