Tuesday 21 January 2020

Travelogue: Kaklong & Kakchik's Northern's trip - Day 8 in Penang (Final)



27 Julai 2019

Finally down to our last day of sister’s trip. Petang ni nak balik Kuching dah. Plan harini, nak ke Penang Hill dan buat small and short reunion. Seorang kawan baik nama Fida terbang dari KL ke Penang untuk spend masa sama-sama weh. Padahal dah jumpa dia masa dekat KL aritu. Terharu iols.


Penang Hill

Aku janji nak jumpa kawan aku Fariha dekat Penang Hill. Fariha ni duduk dekat Sungai Petani. Dah alang-alang ada dekat Penang ni, ingat nak jumpa lah kengkawan yang ada di sekitar sini. Elok pulak dia free weekend ni. Lagi dua orang, Asma dan Fida, kitorang akan jumpa lepas balik dari Penang Hill nanti. Oh, Asma ni memang duduk kat Penang. Fida, macam yang aku cakap tadi, terbang dari KL ke Penang untuk join kitorang.

Harini aku dan Kakchik gerak awal dari hostel. Sebab memula ingatkan nak catch up bas ke Penang Hill. Tunggu punya tunggu, dekat nak 20 minit bas masih belum sampai. Aku dah risau dah. Sebab kalau lambat sampai Penang Hill, lambat lah jugak gerak balik. Aku dan Kakchik tukar plan, naik Grab. Memang keputusan yang sangat betul! Kitorang sampai Penang Hill less than 15 minutes. Sampai-sampai je, whatsapp Fariha. Dia masih dalam perjalanan. Okay, pergi beli tiket dulu. Beli tiket kena bagi kad pengenalan sekali. Disebabkan Fariha tak sampai lagi, maka aku tak boleh beli tiket dia untuk sekali. Harga tiket untuk naik cable car ke puncak Penang Hill RM12.00/dewasa. Tapi, disebabkan kitorang beli tiket sebelum jam 8.00 pagi, kitorang dapat harga sunrise hour. RM3.00/dewasa. Jimat banyak weh. Dan disebabkan dekat tiket tu ada tertulis batch untuk naik cable car, aku dan Kakchik masuk dahulu untuk berbaris tunggu giliran naik cable car tu ikut batch. Jadi, aku whatsapp Fariha bagitahu situasi tu dan kitorang janji untuk jumpa dekat puncak Penang Hill. Yang nak beli tiket online tu, boleh ke sini ya Penang Hill. Kat website ni jugak, korang boleh dapatkan info pasal Penang Hill.


Entry batch n0 10. 


Sampai je kat puncak, perhh aii berkabus gila. Dan sejuk. Aku dan Kakchik terus je berjalan-jalan di sekitar sambil ambil gambar. Cantik pemandangan pagi-pagi cenggitu. Orang pun tak ramai je lagi. So, takdelah adegan ambil gambar lepastu ada orang photobomb dekat belakang. Haha. 




Berkabus gila masa ni









7 dwarfs!


Dalam 20 minit lepas tu, Fariha sampai ke puncak. Excited jumpa dia sebab lama dah since aku last jumpa dia. 2016 ke 2017 camtu. Sambil jalan sambil borak. Sambil berhenti dekat spot menarik untuk bergambar. Sambil gelak. 




Inilah Fariha :)


Cantik kannn view dekat belakang tu?
Indah sungguh ciptaan Allah S.W.T. :)



30 minit lepas tu, kitorang menuju ke kafe. Memula ingatkan nak breakfast, tapi terfikirkan kejap lagi jumpa lagi bebudak dua orang tu, better go for lunch terus je nanti. Fida pun dah pesan supaya kosongkan perut. So, skip breakfast, we go and grab dessert. Mix-fruit ABC. 


Mix-fruit ABC. Semangkuk ni RM12.00.



Beli satu je, sebab portion dia banyak. Cukup untuk 3 orang kongsi makan. Makan dan borak. Macam perempuan dan makanan. Mana boleh dipisahkan. Sambil-sambil tu, update lokasi terkini dengan Fida dan Asma. Sebab Asma ambil Fida dekat airport, pergi breakfast ringan kejap dan terus menuju ke Tan Jetty. Sebab kitorang janji nak jumpa kat situ untuk sesi photoshoot. Ececeh. Baju dah plan semua pakai warna hitam, sebab nak gambar cantik. Sis tak sabar okay!


Kiri: Asma
Kanan: Fida


Selesai makan, kitorang jalan-jalan kejap lagi sebelum turun ke kaki Penang Hill. Sedar tak sedar, dekat 2 jam jugak spend masa dekat Penang Hill. Kitorang naik kereta Fariha. Memula, balik ke hostel sebab nak ambil bagasi kitorang dan untuk check out. Lepas tu, terus gerak ke Tan Jetty sebab Fida dan Asma dah sampai dekat sana.


Otw turun ke kaki Penang Hill.

Dan ini try video time lapse. Huishh pening kepala bila tengok balik.




Setelah bersusah payah cari parking, sebab kereta banyak gila. Weekend, kan. Kitorang segera ke Tan Jetty untuk jumpa dua makhluk kesayangan tu. Dari jauh, nampak kelibat diorang berdua dok posing ambil gambar. Hahaha.

Sampai je ke tempat diorang, terus gelak. Dan disebabkan kawasan tu hotspot untuk bergambar, dan ada manusia-manusia lain yang dah menjeling nakkan tempat tu, kitorang terus masuk mod bergambar. 20 minit. Dalam 20 minit tu, banyak gila gambar kitorang, tinggal cantik dengan tak cantik je lagi. Nasib baik lah ada Kakchik, so dapatlah proper gambar berempat. Dan nasib baiklah ada kengkawan aku tu, dapatlah aku dan Kakchik ambil gambar proper berdua. Kalo idok, memanjang selfie.




Akhirnya, dapat proper picture berdua dengan Kakchik :)














Lepas tu, cepat je memasing berjalan keluar dari kawasan jeti tu. Satu, sebab hari dah mula panas terik. Dua, sebab memasing dah lapar so nak pergi cari makanan lah. Aku dah cakap, perempuan dengan makanan mana boleh dipisahkan. Asma cadangkan kitorang pergi makan laksa dekat Pantai Miami. Area Batu Ferenggi. Aku tengok jam. Sebab iyalah, flight aku jam 6.00 petang. Masa tu dah hampir 12.00 tengah hari. Aku risau jem je. Perasankan kegelisahan aku, diorang beri jaminan sempat je nak pergi melahap laksa. Aku terus setuju. Sebab Asma lagi arif kawasan di Penang ni. Jadi, bergeraklah kitorang berlima naik kereta Fariha untuk pergi makan laksa. Kereta Asma tinggal kejap dekat situ. Balik nanti, singgah ambil.


Laksa Pantai Miami, Batu Ferenggi

Sebab naik kereta kot, cepat je kitorang sampai dekat kedai laksa tu. Dan rezeki lagi, orang tak ramai masa tu. Jadi, sekejap je dapat laksa yang dipesan. Sambil makan laksa, kitorang bersembang lagi. Kakchik diam je, khusyuk makan laksa. Nak join bersembang, dia taktau dari mana nak mula. Sudahnya, makan je lah. Hahaha. Bersyukur jugak ada rezeki untuk makan laksa. Sebab kitorang tak jumpa laksa sepanjang 2 hari di Penang ni. Asma pulak, macam tau-tau aku dan Kakchik teringin nak makan laksa. Jadi, bolehlah tick-off list makan laksa.


Laksaaa! Finally!

View dari tempat duduk kitorang. 


Lepas makan laksa, kitorang balik Georgetown untuk ambil kereta Asma, sebelum sambung perjalanan ke Bayan Lepas. Dannnnnn…

Kitorang pergi makan lagi! Kalini, di restoran Tomyam Pak Hussin pulak. Another tomyam recommended by my friend.


Tomyam Pak Hussin

Padahal dah makan laksa semangkuk seorang, ni nak makan lagi? Again, kami semua suka makan. And will never say no to food. Hehe.

Kalini, kitorang ambil set. Banyak gila makanan, sampaikan bila semua makanan dah sampai, aku terus rasa kenyang. Tapi, jangan risau guys. Kitorang tak membazir, sebab semua makanan tu habis dimakan oleh kami berlima.


Nampak macam sikit, tapi sebenarnya banyakkk.


Paling tak boleh tahan tu, bebudak ni siap rancang nak pergi minum Tealive pulak lepas ni.

Sebelum apa-apa, kitorang singgah surau tak jauh dari kawasan rumah Asma untuk solat dahulu. Apapun, solat jangan pernah dilupakan. Okay?

Lepas solat, kereta Fariha diparkirkan di kawasan rumah Asma. Kitorang naik kereta Asma pulak. Tengok jam, dah 4.30 petang. Aku bagitahu diorang, aku dan Kakchik tak sempat join minum Tealive. Sedih nak balik, sebab tak puas lagi spend time dengan diorang. Diorang ni ada jugak suruh aku tukar tiket flight ke keesokan harinya. Kira suruh Kakchik balik Kuching dulu lah. Tapi, tak boleh jugak sebab ambil bagasi atas nama aku. Kalo aku tukar flight, means burn lah 20kg bagasi aku. Dan, takkanlah aku nak suruh Kakchik balik sendiri pulak. Nak tak nak, kena balik jugak haritu.

Dan kejadian kelakarnya, aku dah budget masa baik punya untuk sempat drop-off bagasi. Kan 45 minit sebelum penerbangan. Masa tu masih ada dalam 1 jam sebelum penerbangan. Bila aku tengok skrin departure time, masa penerbangan bertukar, 20 minit lebih awal. Gila kau! Rebut takde angin takde, notifikasi pun takde tetiba penerbangan diawalkan. Aku dah cuak dah. Gelabah weh. Ya, aku dan Kakchik masih boleh naik flight sebab kitorang dah check-in sesiap. Tapi beg ni cemana? Berlari pergi ke kawasan check-in dan drop-off luggage, barisan panjang gila. Lagi aku gelabah. Nak nangis rasa. Fida yang temankan aku masa tu bertindak macam penjaga aku. Dialah yang ke kaunter bertanyakan bagi pihak aku, defend aku cakap takde notifikasi dari pihak airline bagitahu flight dah diawalkan dan semualah. Aku dah speechless masa tu. Rezeki aku dan Kakchik, kitorang diberi keutamaan untuk drop-off luggage. Serius aku sangat berterima kasih dekat Fida. Kalo dia takde masa tu, tak tahu lah apa terjadi dengan bagasi kitorang. Either kitorang dedua tak naik flight, atau Kakchik je yang naik flight, atau bagasi tu ditinggalkan dengan Asma atau Fariha. 

Lepas selesai drop-off luggage, aku jumpa Asma dan Fariha yang baru sampai sebab diorang pergi parking kereta tadi. Kitorang berlima menuju ke balai pelepasan. Quick hugs with them, aku dan Kakchik terus masuk ke dalam balai pelepasan sebab dah boarding time. 


Menyempat je bebudak ni ambik gambar haih. Actually, ada video jugak.
Tapi tak jumpa pulak letak kat folder mana.


Masuk dalam flight, take-off, aku dan Kakchik tidur kepenatan. Sampai Kuching, parents aku ambil dekat airport dan secara rasminya berakhirlah sister’s trip kitorang kali ni. Alhamdulillah.


Goodbye Penang! Till we meet again :)


Budak bertiga tu? Meneruskan hari ni dan esok dengan hang out sesama diorang. Okay, a bit jealous sebab lama dah tak ber pillow talk dengan diorang. Tapi takpe. In sha Allah, ada rezeki lain nanti.


Side note: Alhamdulillah, setelah berbulan-bulan tertangguh, entri-entri berkenaan sister's trip ni berjaya jugak dihabiskan dan dikongsi. Perlukan mood yang baik untuk menulis entri ni. Maaf kalo ada tersalah bahasa atau ejaan. Hehe.


No comments:

Post a Comment