Aku bangun jam 4.30 pagi. Awal kan kan kan? Hahaha. Tapi
still baring sambil jenguk jap instagram, facebook dan twitter. Nak bersiap
pun, awal sangat lagipun roommate aku tengah tidur so taknaklah ganggu dia
dengan berbuat bising. Dalam jam 6.30 pagi baru aku bangun, mandi, bersiap,
packing barang semua. Dalam jam 7.30 pagi, aku dah bersiap nak check out. Turun
tingkat bawah nak bagitahu dekat staff hostel ni aku nak check out dah,
alih-alih kaunter tak bukak lagi. Aku pun hantar je email kat dorang cakap
terima kasih dan bagitahu aku dah nak check out. Lagipun memang masa check in
semalam dah bagitahu dorang aku check out awal harini.
So, aku pun bergeraklah ke Busan Station (KTX,ITX, Mugunghwa)
dulu sebab nak simpan beg dalam loker kat situ. Gila hape nak heret beg berat
tu ke sana sini huhuhu. Okay, bayaran loker tu ikut saiz loker yang kita pilih.
Disebabkan beg aku ni muat untuk loker saiz medium, so aku kena bayar KRW 3,000.
Tak payah pakai kunci weh, cukup dengan kau punya finger print je. Pastu, aku
patah balik ke Busan subway station sebab nak beli one day pass.
![]() |
One day pass Busan. Beli kat vending machine dekat subway station Busan, okay? |
Info:
One day pass Busan ni
berharga KRW 4,500. So, kau bolehlah naik tren subway ke mana-mana je dan
berapa banyak kali pun asalkan dalam hari yang sama kau beli tiket tu.
Sebenarnya aku tak pasti boleh guna untuk bas ke tak. Sebab aku cuba touch
tiket tu waktu naik bas tak dapat pulak (ke aku yang tak reti guna?). Jadi bila
naik bas, aku guna T-money.
![]() |
Busan Station |
![]() |
Vending machine yang terdapat di setiap subway station. Coffee ice dia sedap tau, KRW 400 je. |
![]() |
Hot coffee; KRW 300 |
Destinasi pertama untuk hari kedua di Busan adalah Taejongdae
Park.
To Taejongdae Park
Jungang Station --> Busan Station (KRW 1,200)
Busan Station bus stop --> Taejongdae Park --> Busan Station bus stop (KRW 2,400)
Exit Busan Station (the
subway station, not the KTX station) (Exit 7), walk straight until you reach
the 3rd bus station. You’ll pass by CU convenient store, Bonjuk 본죽 Porridge, BBQ Chicken Restaurant and a
pharmacy called Mibo미보
before reaching the bus stop.
Take bus no. 88 or 101.
It will take about 45 minutes to reach Taejongdae Cliff Bus stop (the last bus
stop on the route). Other buses bound for Taejongdae: No. 8, 13, 30, 88, or
101.
![]() |
Entrance Taeongdae Park. Cantik kan? |
Dari pintu masuk je Taejongdae Beach, agak jauh jugak nak ke
kaunter tiket / tempat permulaan untuk meneroka Taejongdae Park, mungkin dalam
10 minit berjalan bagi yang slow walker macam aku. Tambahan pulak, jalan tu
agak berbukit. Tapi yang seronoknya, kawasan sekeliling sangat cantik jadi
korang tak terasa penat sangat lah. Dah
sampai kat kaunter tiket, aku nampak ada seorang pelancong ni nak beli tiket
Danubi Tram. Aku pun pergi lah dekat sikit nak tengok. Tapi sedikit kecewa, tram
tak beroperasi pulak hari tu. Aku tak pasti sama ada tram tu memang tak
beroperasi hari tu je ke ataupun sepanjang musim luruh. Aku mula dua tiga; sama
ada nak berjalan kaki meneroka Taejongdae Park tu ataupun balik je. Dalam
fikiran memula, asalkan dah jejakkan kaki ke sini dah lah. Pastu terfikir lagi,
rugi lah kalau aku terus balik. Jauh kot perjalanan nak sampai sini.
Lagipun,dah alang-alang sampai sini kan. Aku pun kumpulkan semua tenaga dan
semangat untuk meneroka Taejongdae Park ni dengan berjalan kaki.
Danubi tram:
Danubi tram ni cam
keretapi kecil yang comel yang akan bawa kita mengelilingi Taejongdae Park. Ada
lima tempat menarik sepanjang mengelilingi Taejongdae Park ni. Jadi, apabila
kita naik tram ni, kita boleh berhenti kat mana-mana tempat yang kita nak dan
bila dah selesai berjalan-jalan di tempat tu, kita boleh naik tram ni balik
untuk ke tempat menarik yang seterusnya.
Danubi Train Course:
Platform→ Taejongsa
Temple → Yeongdo Lighthouse → Observatory → Gumyeongsa Temple → Taewon Jagal
Madang → Platform
![]() |
Map untuk Taejongdae Park |
Kalau ikutkan papan tanda yang ada di sekitar tempat
permulaan tu, jarak untuk ke Yeongdo Lighthouse hanyalah 1.9km. Yes, kalau
berjalan sejauh 1.9km kat jalan rata pun mengambil masa yang agak lama mungkin
sekitar 25-30 minit (slow walker plus menikmati pemandangan). Bayangkan pula
kalau berjalan di kawasan yang berbukit sejauh itu? Separuh perjalanan, aku
hampir mengalah. Tapi, apabila melihat ahjumma dan ahjussi yang sangat kuat dan
relaks je berjalan (lagi laju dari aku hokay!), aku terus bersemangat kembali.
Aku mengambil masa hampir satu jam setengah untuk ke lighthouse tu (termasuk
masa berhenti rehat dan menikmati pemandangan serta mengambil gambar).
Oh yea. Antara kelima-lima tempat menarik ni, ada dua tempat yang
sangat popular dan lebih diminati oleh pelancong. Observatory dan Yeongdo
Lighthouse. Aku sebenarnya plan nak pergi ke kedua-dua tempat ni, tapi
sayangnya masa aku pergi ni, Observatory ni dalam proses penambahbaikan. Jadi,
aku hanya berpeluang ke Yeongdo Lighthouse.
![]() |
View yang kau boleh tengok bila kau dalam perjalanan ke Lighthouse. |
![]() |
Observatory deck; tengah dalam renovation masa ni |
Salah satu sebab utama aku nakkkkk sangat pergi ke Yeongdo
Lighthouse ni adalah untuk pergi sendiri ke Sinseon Rock. Sinseon Rock ni
adalah salah satu tempat yang sangat cantik untuk mengambil gambar dengan
pemandangan laut yang menghijau.
![]() |
Sila jangan nangis tengok tangga ni hahaha |
![]() |
Famous spot untuk bergambar! |
![]() |
Yeoiudo Lighthouse |
Tapi, sekali lagi aku kecewa. Sebabnya, jalan untuk ke Sinseon
Rock masa tu ditutup. Aku tak pasti kenapa, berkemungkinan kerana angin yang
agak kuat serta hujan renyai-renyai. Bahaya mungkin, takut jalan licin. Yelah,
jalan nak ke Sinseon Rock kalau cuaca elok dan panas pun agak berisiko, apatah
lagi kalau tengah hujan renyai-renyai pakej dengan angin yang tidak
sepoi-sepoi bahasa.
![]() |
Sinseon Rock |
![]() |
Jalan ke Sinseon Rock ditutup masa ni |
Jadinya, aku duduk lepak dekat bawah lighthouse je. Lama
jugaklah aku duduk di situ sebelum hujan menjadi agak lebat. Sayang nak
tinggalkan lighthouse tu sebab pemandangannya Ya Allah, sangat cantik!
Breathtaking view!
Keluar dari kawasan lighthouse, aku pun teruskan perjalanan
untuk kembali ke platform permulaan. Jaraknya dalam 1.5km, rasanyalah. Tak
sampai sejam, aku dah sampai ke platform. Dalam perjalanan, aku jumpa lagi
ramai ahjussi dan ahjumma yang dalam perjalanan meneroka Taejongdae Park ni. Serius
kagum gila dengan semangat dan stamina dorang. Ada seorang ahjussi ni siap
berlari dan berjoging lagi kot. Kalah betul la aku yang muda ni.
Dah puas meneroka di sekitar Taejongdae Park ni, aku pun
melangkah berjalan ke bus stop bertentangan dengan bus stop masa aku mula-mula
sampai. Bus stop ni terletak betul-betul bersebelahan dengan tempat bas-bas
berkumpul dan berhenti rehat. Naik bas bernombor 88 atau 101 untuk kembali ke
Busan Station bus stop.
Destinasi aku yang seterusnya adalah Oryukdo Skywalk.
Busan Station bus stop --> Taejongdae Park --> Busan Station bus stop
(KRW 2,400)
Take bus No. 27 near
Exit 10. Get off at Oryukdo SK View Humun (Backgate) bus stop (total 25 stops).
Walk ahead about 275 meters to reach Oryukdo Skywalk.
Info: Takyah risau
kalau-kalau terlepas stesen ke apa. Sebabnya, selain announcement dalam bahasa
Korea, ada jugak announcement dalam English. Dan ada tunjuk kat signboard dalam
bas tu kita berada di stesen mana masa tu. Lagipun, stesen bas untuk ke Uryokdo
Skywalk ni adalah yang terakhir dalam course bas tu. Perjalanan mengambil masa
dalam 35 minit – 45 minit ikut keadaan traffic pada masa tu.
Sampai-sampai kat area Oryukdo Skywalk tu, hujan
renyai-renyai. Aku takde payung, apatah lagi baju hujan. Memang redah je lah. Nak
naik ke kawasan Oryukdo Skywalk tu, kena naik bukit yang tak berapa tinggi tapi
tetap buatkan aku terasa sedikit mengah. Hahahaha. Dah sampai kat atas tu, view
sekeliling memang cantik. Dikelilingi oleh laut kot. Memang terus hilang rasa
penat bila tengok pemandangan kat atas tu. Ambil gambar kejap sebelum cari
kawasan berkaca skywalk tu. Tapi sayangnya, kawasan tu ditutup. Mungkin sebab
hujan agaknya. Sedikit kecewa, aku hanya dapat mengambil gambar kawasan berkaca
skywalk je. Lepak-lepak kejap kat area situ sambil menikmati pemandangan indah
depan mata dalam 30 minit. Lagipun, kawasannya kecil je. 15 minit – 30 jam dah
memadai. Tapi, kalau kau jenis yang sangat sukakan pemandangan tepi laut, kau
boleh lepak lebih dari satu jam kat situ.
![]() |
Naik ke kawasan berbukit ni untuk ke Oryukdo Skywalk |
![]() |
Skywalk ni ditutup masa ni, maybe sebab hujan kot |
Sebenarnya berdepan dengan Skywalk Oryukdo ni ada Igadae
Park. Tapi disebabkan hujan, aku terasa malas nak menapak ke situ. Lagi-lagi
bila tengok ada bukit yang sangat-sangat tinggi kat situ. Memang terus tak
bersemangat. Hehehe. Jadi, aku terus menuju ke stesen bas yang bertentangan
dengan stesen bas yang aku turun memula tadi. Tak jauh, dekat je. Lagi dekat
dari stesen yang aku turun memula tadi.
![]() |
Tunggu bas kat sini untuk balik ke Busan Station balik |
Sampai kat stesen bas Busan Station, aku terus menuju ke
Busan subway station untuk naik tren ke Heundae Beach. Kau dah sampai Busan,
kalau tak jejakkan kaki ke Heaundae Beach, umpama kau tak ke Busan. Gituuu.
Hahaha.
To Heundae Beach
Busan Station (Line 1) --> Seomyeon Station (Line 1 & Line 2, tukar train kat sini) --> Heundae Station (Line 2) [Jangsan Line] (KRW 1,400, tapi aku guna one day pass)
From Heundae Station
(Exit 3), walk straight for about 500 meters until you see the beach. Kau
keluar je dari Exit 3, jalan terus sampai kau nampak pantai.
Dua hari sebelum aku nak ke Busan, berlaku Typhoon Chaba yang
melintasi South Korea. Tempat yang paling teruk kena adalah Ulsan dan Busan.
Memula aku tak tahu pun pasal ni. Mak aku la yang terbaca pasal ni dekat
Facebook, jadi dia bagitahu aku. Risau jugak, yelah dorang cakap dah macam kena
landa tsunami dah dekat Busan terutamanya dekat Heundae Beach. Air naik tinggi
dan deras melimpahi kawasan sekitar. Siap ada kejadian yang mengakibatkan
kehilangan nyawa, kecederaan fizikal dan kerosakan harta benda yang teruk. Aku
risau dah. Lagi dua hari flight aku. Aku pun sentiasa cari update terbaru
berkaitan Typhoon Chaba ni. Aku emel jugak dekat staff Mr Egg Original Hostel
Nampo, hostel yang aku dah tempah untuk penginapan di Busan untuk bertanyakan
status terkini keadaan di Busan. Dorang balas emel, mengatakan Typhoon Chaba
dah dalam perjalanan menuju ke tempat lain, dan kawasan di Busan kebanyakannya
tak terjejas kecuali di Heundae Beach. Aku rasa lega. Pastu, check pula update
rakyat Malaysia yang tengah berada di Busan dekat group Facebook. Dorang pun
cakap kejadian yang umpama tsunami tu dah reda, dan kawasan Heundae Beach pun
dah elok seperti biasa.
Jadinya, aku pun meneruskan niat di hati untuk ke Heundae
Beach. Sampai je kat stesen Heundae Beach, tengah hujan renyai. Aku malas nak
beli payung ataupun baju hujan, biarpun banyak je kedai yang jual payung dan
baju hujan di sepanjang perjalanan ke Heundae Beach, sebab rasa renyah nak
bawak payung ke hulu ke hilir. So, aku pasrah bermandikan hujan. Alah, sekali
sekali tak apa. Hehe. Sampai je kat Heundae Beach, aku nampak ramai orang kat situ
dan sudah semestinya mereka berpayung. Rasanya aku seorang yang tabah tak
berpayung kat situ, dengan baju yang dah mula basah.
![]() |
Map Heundae Beach |
![]() |
Heundae Beach |
![]() |
Sekitar Heundae Beach |
Keadaan sekeliling nampak okay. Adalah sedikit kesan dari air
yang naik tu, tapi tetap nampak okay. Pantai cantik beb! Ramai yang buat
aktiviti pantai masa tu, terutamanya mereka yang bermain jet ski. Kalau hari tu
tak hujan, rasanya lagi lama aku kat situ. Tapi, hujan mula turun dengan agak
lebat membuatkan aku terpaksa mencari tempat berlindung. Tapi, sempatlah jugak
aku menghabiskan masa dalam 30 minit di situ.
Dah alang-alang mencari tempat berlindung, aku pun terus je
bergerak ke subway station untuk ke destinasi terakhir di Busan iaitu Gwanggali
Beach, sebelum bergerak ke Seoul malam tu.
To Gwanggali Beach
Heundae Station
(Line 2) --> Gwangan Station (Line 2) [Yangsan Line] (KRW 1,200, tapi aku guna
one day pass)
Exit Gwangan Station (Exit 5). Anda akan
nampak satu lorong kecil di tepi kedai makan. Ikut lorong tersebut dan jalan
terus sampai anda nampak satu bangunan/kedai/bank yang berwarna merah di
sebalah kanan anda. Lintas jalan di hadapan anda dan anda akan melihat kawasan
apartment bernama The Ocean. Belok kiri dan teruskan berjalan sehingga ke
hujung jalan. Kemudian, belok kanan dan teruskan berjalan sehingga anda sampai
ke Gwanggali Beach. Anda akan nampak Gwangan Bridge sekiranya anda sudah sampai
di Gwanggali Bridge.
Gwanggali Beach ni pun salah satu tarikan utama di Busan ni.
Pemandangan Gwangan Bridge pada waktu malam sangat cantik. Sambil tengok
pemandangan Gwangan Bridge, dengar pulak bunyi ombak menyapa pantai, dengan
lampu bergemelapan dari bangunan di sekeliling, how great is that? Tak puas
rasanya ambil gambar kat situ. Sebab ambil gambar dari mana-mana angle pun
tetap cantik.
![]() |
Gwanggali Bridge masa hari tengah terang |
Masa memula aku sampai, hari masih terang jadi Gwangan Bridge tu
nampak biasa-biasa je. Jadi, aku tunggu sehingga hari sudah malam dan langit
betul-betul gelap. Masa tu baru nampak betapa cantiknya Gwangan Bridge tu
disinari cahaya lampu berwarna-warni. Aku siap duduk lepak di bangku berhadapan
dengan Gwangan Bridge tu sambil minum banana uyu dan makan biskut coklat Tiger.
Syok gila. Wifi pun available, so aku siap Whatsapp call mak ayah dan adik-adik
aku lagi sambil menikmati pemandangan yang indah itu. Ececeh.
![]() |
Sekitar Gwanggali Beach |
![]() |
Gwanggali Bridge waktu malam |
![]() |
Cantik kannn? |
Dalam jam 8 malam camtu, aku pun bergerak untuk ke Busan Station
semula. Sebabnya? Aku akan menaiki Mugunghwa train untuk ke Seoul jam 11 malam.
Mugunghwa train dah ada di platform jam 10.36 malam. Memula aku blur jugak nak
cari cabin dan tempat duduk semua. Lama jugak tenung tiket train baru aku faham
aku duduk di cabin mana dan seat nombor berapa. Kehkeh. Train bertolak
tepat-tepat jam 11.10 malam, and finally off we go!
![]() |
Departure's schedule untuk KTX, ITX dan Mugunghwa train |
![]() |
Dekat platform 1, untuk Mugunghwa train |
![]() |
Mugunghwa train dah tiba, apalagi jom masuk! |
Another adventure awaiting!