Monday 2 January 2017

Travelogue: Korea – Post travel (Day 3 – Seoul)


Train tiba di Seoul jam 4.40 pagi. Keluar je dari train, mak aiii sejuk gila! Suhu pagi tu adalah 8 ◦c. Suhu aircond di Malaysia paling rendah aku pasang pun 18 ◦c, tu pun dah menggigil. Aku pulak terlupa bawak sweater mahupun jaket. Terketar-ketar jugaklah menahan kesejukan. Cepat-cepat masuk ke dalam bangunan Seoul Station, baru lah rasa okay sikit. Itu pun masih terasa kesejukan.

Masuk dalam bangunan Seoul station, aku duduk sebentar memandangkan subway belum start beroperasi masa tu. Waktu duduk, aku terdengar satu bahasa yang sangat dikenali, bahasa ibundaku. Rupanya, ada tiga orang wanita senegara duduk di belakang aku sambil berborak. Tak lama lepas tu, mereka bertiga datang kat aku dan kitorang mula berborak. Beberapa minit sebelum tren pertama beroperasi, kitorang pun bergerak bersama-sama menuju ke platform menunggu. Disebabkan kami menginap di hostel yang berlainanan, maka kami turun di stesen yang berlainan juga.

Berbekalkan peta arah ke Itaewon Inn yang dah aku tempah awal-awal untuk penginapan selama 4 malam, aku memulakan tugas mencari guesthouse tu sebaik je tiba kat Itaewon station. Peta tu agak mudah difahami, dan Alhamdulillah aku tiba dengan selamat.


To Itaewon Inn

Seoul Station (Line 1 & Line 4) --> Samgakji Station (Line 4 & Line 6 / tukar tren kat sini) --> Itaewon Station (Line 6) (KRW 1,000)

From Itaewon Station (Exit 4), going down the street away from the main street and away from the Hamilton Hotel which is visible across the street. You’ll pass a lot of antique stores to your right before you come to a large green building. Enter the big glass doors and go upstairs to the reception.

Selesai check-in dalam jam 7.00 pagi, aku keluar balik menuju ke Itaewon Inn untuk ke Cheonggyecheon Stream. Tak boleh nak masuk bilik dulu sebab bilik tu masih ada penghuni, jadi aku mengambil keputusan untuk terus berjalan-jalan.


To Cheonggyecheon Stream

Itaewon Station (Line 6) --> Sindang Station (Line 6 & Line 2 / tukar tren kat sini) --> City Hall Station (Line 2 & Line 1) (KRW 1,250)

From City Hall Station (Exit 4), walk straight until you found Body and Wellness or Info Counter sign on your right. If you found Seoul Finance Centre on your way (on your right) then you are on the right path. Then turn right at the junction.  Continue straight unti you found the exit to the Cheonggyecheon Stream. Exit to the stream. Exit 4 berdepan City Bank. Exit 1 berdepan Foreign Exchange or Altax Free.

Aku pergi ke stream tu awal pagi dalam jam 8.15 pagi, dan masa aku sampai takde orang kat situ. Kalau ada pun, seorang dua ahjumma dan ahjussi yang lalu lalang kejap. Seronoklah, sebab tak crowded. Dan kau boleh bergambar macam-macam gaya kat situ. Hahaha. Aku cuba lah acah-acah cecah kaki ke dalam air stream tu. Mak aihhh! Sejuk gila. Terus tak jadi nak main air. Kalau kau jenis yang tak suka bersesak ramai-ramai, aku cadangkan pergi ke stream ni awal pagi. Tenang je rasa duduk kat situ pepagi. Tapi, kalau kau jenis yang tak kisah crowded or tak, kau boleh datang sini waktu malam. Cantik, sebab ada lampu warna-warni waktu malam.


Ada run masa ni. Rugi tak join ;)

Kepala stream

Cheonggyecheon stream

Masa ni ada payung-payung kaler hijau penuh kat atas stream. Cantik!

Jom main lompat-lompat :)

Map


Puas bergambar, puas lepak dan bila dah tak tahan cuaca sejuk, aku pun bergeraklah dari stream. Elok je aku nak gerak tu, sekumpulan kawan senegara pun datang ke situ. Disebabkan aku jenis yang introvert teruk, aku mempercepatkan langkah aku pergi dari situ (sila jangan ikut perangai tak semenggah ni okay).

Sepatutnya, destinasi aku yang seterusnya adalah ke Yeuido Park. Tapi, disebabkan tak tahan cuaca sejuk, kaki dan badan rasa penat, aku pun bergerak ke Hongik Station sebab nak makan tengah hari di BoA Guesthouse. Untuk pengetahuan, BoA Guesthouse ni ada restoran makanan halal. Harga dia berpatutan dan makanan dia sedap. Mereka yang menginap di sana ada keistimewaan dia tau, iaitu 10% diskaun untuk setiap makanan yang dia order.


To BoA Guesthouse

City Hall Station (Line 1 & Line 2) --> Hongik University Station (Line 2) (KRW 1,250)

From Hongik University Station (Exit 4), 5 minutes’ walk from the station to reach Boa Guesthouse. Go straight towards K2 store. Cross at the crosswalk in front of LG Electronics Inc. Keep walking around 30 meters for GS25 convenience store. Turn left at Bizeun (rice cake shop, The Premium Riceteria). Then, you’ll see BoA travel house on your left.

Ada satu kejadian masa aku dalam perjalanan ke BoA Guesthouse. Masa tu, aku dekat traffic light, tengah tunggu lampu berjalan bertkar hijau. Sambil tu, aku check balik direction nak ke BoA tu. Sebenarnya, aku dah tau roughly jalan nak ke sana, cuma nak kepastian je. Tetiba ada seorang ahjussi ni datang kat aku. Minta kertas yang ada kat tangan aku. Memula cuak la, dah kenapa ahjussi ni. Aku bagi la kertas tu. Pastu, dia bagi balik dan tunjuk pulak kertas yang ada kat dalam beg aku. Aku blur, tapi tetap hulur kertas yang ada dalam beg aku tu. Pastu, apa entah dia cakap dalam bahasa Korea, aku tak faham tapi dari bahasa tubuh yang dia tunjukkan, dia sebenarnya ingat aku sesat jadi dia nak tolonglah sebenarnya. Kebetulan pulak, ada satu couple ni pandang ke arah kitorang. Terus ahjussi tu panggil dorang suruh tolong aku. Ahjussi tu terus pergi lepas tu, tak sempat nak cakap terima kasih. Jadi, couple tu lah yang pulak membantu. Diorang boleh cakap English, jadi senang sikit nak berkomunikasi. Diorang tanya nak pergi mana, aku cakap lah nak pergi BoA. Pastu, dorang tengok map yang aku pegang. Aku cakap lah, aku tau sebenarnya kat mana BoA ni, sebab nampak muka dua-dua cam tak tahu kat mana BoA. Kiranya, aku nak cakap tak payahlah bawa aku ke sana. Tapi, yang lelaki tu terus search kat google, dan pastu terus lead aku jalan. Mula-mula, dia bawak ke arah yang bertentangan dengan jalan ke BoA, pastu aku tegur lah dia. Rupanya, dia salah baca direction. Aku sepanjang perjalanan berkali-kali gak sebenarnya bagitahu diorang yang aku tahu jalan nak ke sana. Tapi, dua-dua ni tetap nak assist aku sampai depan BoA. Sampai depan bangunan, okay! Terharu pulak rasa. Hahaha. Dah sampai tu, diorang cakap, ‘have fun in Korea’ dan pastu gerak.

Aku pulak, sebab restoran tu buka jam 12pm, dan aku ada setengah jam lagi, aku lepak lah kat luar bangunan kejap sambil online. 10 minit pastu, aku nampak dua kelibat yang aku kenali. Rupanya, dua orang wanita senegara yang aku jumpa pagi tadi. Kitorang borak-borak kejap sebelum sama-sama masuk kat dalam bangunan tu. Both of them friendly, jadi aku tak rasa awkward sangat. Almaklumlah, aku ni jenis yang tak reti bersosial sangat.


Kimbap tuna, tteokbukki, bulgogi dosirak. Sedap! First Korean meal yang aku makan kat Korea. Eh, ni share tiga orang ea 

Halal Dosirak Korean Food; interior dalaman



Tinggalkan kenangan sikit ;)


Lepas makan, kitorang berpisah dekat Hongik University Station sebab tempat yang kitorang nak pergi berbeza. Diorang ajak aku pergi Namsan Tower sama-sama, tapi disebabkan aku punya jadual nak ke Namsan Tower tu hari lain, aku tolak sebab malas nak kucar-kacirkan itinerari yang dah dibuat.

Aku bergerak ke Exit 9 Hongik University Station untuk pergi ke Hongdae Hope Market. Hongdae Hope Market ni buka pada hari Ahad je tau.


To Hongdae Hope Market

From BoA guesthouse, go back to Hongik University Station. Exit Hongik University Station (Exit 9), walk for 546 meters. Hongdae Market located at ground Hongik Children Park across Hongik University.

Aku berjalan and pusing-pusing kejap je kat situ, sebab orang ramai gila. Pening pulak tengok orang bersesak kat situ. Kat sini sebenarnya antara tempat yang best untuk shopping. Hasil kerja tangan student banyak juak kat sini. Kita pun boleh minta diskaun sikit so bolehlah beli dengan harga yang agak murah.

Tempat terakhir dalam jadual aku hari ni adalah Seoul Mosque. Memang sengaja aku letak sikit je tempat untuk jalan-jalan pada hari pertama di Seoul ni, sebab dah agak dah aku tak larat nak jalan jauh-jauh. Penat semalam tak hilang lagi tambah pulak bila tidur dalam train. Manalah dapat nak lena sangat, ye tak? Kalau korang jenis yang tak kisah tidur memana macam aku, bolehlah buat camtu untuk jimat penginapan. Kalau yang jenis kisah tu dan ada duit lebih, bolehlah ambil train awal sikit jadi korang boleh sampai awal kat Seoul dan check-in dekat mana-mana guesthouse atau hotel.


To Seoul Mosque

Hongik Station (Line 2) --> Hapjeong Station (Line 2 & Line 6, tukar tren kat sini) --> Itaewon Station (Line 6) (KRW 1,250)

Exit Itaewon Station (Exit 3). Go straight 100 meters and turn right onto Usadan-ro Road. Then, walk straight 150 meters and turn left onto Usadan-ro 10-gil Road. Continue walking 200 meters to arrive at Seoul Mosque on the left.

Dalam perjalanan, korang akan nampak banyak gila kedai makan halal kat kiri dan kanan korang. Masakan Melayu, India, Arab, Korea, semua ada. Siapa-siapa yang nak duduk kat area yang senang nak dapat makanan halal, Itaewon adalah antara pilihan yang terbaik.


Masjid Seoul :)



Sampai kat Seoul Mosque, aku duduk kejap sambil ambil gambar. Rasa tenang kat situ. Ramai rakan senegara kat situ, jadi bila cakap dalam bahasa Melayu rasa seronok pulak. Lupa kejap diri tu dekat tempat orang. Hehe. Dalam setengah jam lepas tu, aku gerak balik ke Itaewon Inn dan terus berehat untuk hari tu. 


No comments:

Post a Comment