Monday 25 October 2021

BigPay - 2x Bonus!!

Assalamualaikum wbt.


Huih berhabuk blog ni. Apa khabar korang? Semoga semuanya baik-baik saja, lebih-lebih lagi dalam zaman Covid-19 ni.


Just a quick update - on BigPay!


Sekarang ni BigPay tengah buat promotion 2x bonus for those yang sign up for BigPay. Untuk info yang lagi padat dan menyeluruh, boleh refer my previous post di sini BigPay - Skip the hassle, enjoy more benefits dan B.I.G.P.A.Y. 

Selalunya, for those yang guna any referral code untuk create account BigPay, akan dapat RM10 sahaja. Tapi dengan promosi kalini, boleh dapat RM20. Iya, dua kali ganda! Jadi, korang topup RM20 + RM20 rewards, total duit yang ada dalam kad BigPay korang adalah RM40.

Siapa je yang taknak extra RM20, lebih-lebih lagi dalam zaman ekonomi yang agak mencabar ni. So, lekaih pakcik makcik, abang, kakak, adik semua pakat mai register kad BigPay ni. Mudah dan menyenangkan!

Mai guna referral code kami ni, 3UQ47MK4D3, ampa dapat extra RM20, kami pun dapat extra RM20. Kita tolong sesama kita la kiranya. Heheh.

Okay, boss kami dah jeling dah tuh. Kami p sambung buat kerja dulu nah.

Ampa jangan lupa, referral code kami nih. 3UQ47MK4D3.


Jumpa lagi next post!



Thursday 9 April 2020

Travelogue: Melaka - Day 1


9 Ogos 2019

Lebih kurang 2 minggu lepas trip berdua dengan Kakchik, aku terbang lagi merentasi Laut China Selatan. Kali ni dengan tujuan untuk menyambut Hari Raya Korban dengan keluarga di Melaka, sekaligus untuk bercuti dan meluangkan masa bersama. Disebabkan semua ahli keluarga pergi, kami booked Grab untuk ke airport Kuching. Everything went well and smoothly, Alhamdulillah. Dari bergerak dari rumah sehinggalah sampai ke airport dan naik flight menuju ke Kuala Lumpur. Sampai di KLIA2, sekali lagi kami booked Grab untuk menuju ke Shah Alam, rumah adik. Eh, kenapa adik tak ambil di airport? Pertamanya, adik dan isteri masih bekerja masa tu memandangkan office hour belum tamat. Kedua, hari tu hari Jumaat. Hari yang kebanyakannya orang tahu jalan akan sesak yang amat berbanding hari-hari lain. Kalaupun adik datang ambil, pergi hadap jem, balik pun hadap jem. Huishh, penat! Kitorang yang menunggu di airport pun akan penat. Hahaha. Jalan selamat dan mudah, ambil Grab. Tak sampai 5 minit book Grab, pakcik Grab tu pun sampai. Then off we go!

Penat weh. Sebelum naik flight penat, duduk sepanjang flight penat, duduk dalam kereta sambil hadap jem pun penat. Perjalanan yang selalunya cuma ambil masa 30 minit, bertukar kepada hampir sejam. Sampai je kat rumah adik, rasa lega yang amat. Sebab tahu boleh berehat walaupun sekejap. 

Lepas Maghrib, kitorang sekeluarga pergi makan dekat kedai makan bawah apartment adik. Ambik dekat dan cepat sampai. Orang tak ramai masa tu, makanan agak cepat jugak sampai kecuali makanan ayah. Kitorang semua dah habis makan, tapi makanan ayah tak sampai-sampai. Tak tahulah diorang lupa order ke cemana. Banyak kali remind dekat pekerja kedai yang satu lagi makanan tak sampai, barulah finally makanan ayah sampai. 

Selesai makan, kitorang balik ke rumah adik. Bersihkan diri, solat, dan lepastu memasing rehatkan diri dan tidur untuk aktiviti esok pulak.



Thursday 23 January 2020

B.I.G.P.A.Y


Assalamualaikum wbt.

Tahun lepas aku ada berkongsikan tentang BigPay, kad prepaid yang sangat mudah digunakan di Malaysia, mahupun di luar Malaysia.

Korang boleh download apps BigPay ni dekat Apple Store (for iOS users) dan Play Store (for Android users).

Masa korang create account BigPay, nanti dia ada mintak referral code (kalau ada), korang masukkan referral code ni 3UQ47MK4D3. Bila korang dah create account BigPay sampaiiiiiilah ke final step which is topup kad bigpay dan masukkan cvc code tu, korang akan dapat RM10. Wahh. Seronok tu! Siapa je nak bagi RM10 tu free? Dan, empunya referral code tu (contohnya aku, kalau korang guna referral code aku lah) jugak akan dapat RM10. So, it’s a win-win situation, yes? :)

Actually, aku dah share dah cara untuk apply kad prepaid BigPay ni dalam entri sebelum ni dekat sini BigPay - Skip the hassle, enjoy more benefits. Korang boleh baca dekat situ atau boleh go through this post, sebab aku ada buat ringkasan sikit.

Jadi, meh aku ringkaskan cara nak apply kad prepaid BigPay ni bagi yang malas nak baca entri yang panjang ;)

  1. Pergi ke Apple Store (bagi Iphone users) atau Play Store (bagi Android users), cari bigpay dan download.
  2. Create account dan macam biasa, isilah maklumat yang dia minta tu dengan lengkap kalau boleh.
  3. Dah siap isi semua, tunggu emel pengesahan daripada BigPay (biasanya less than 24hrs)
  4. Topup minimum RM 20 ke dalam kad prepaid tu.
  5. Kad akan dihantar ke alamat korang once korang dah topup kad. Ambik masa 3-5 hari bekerja. Aku haritu lebih seminggu jugak, maybe sebab East Malaysia? Entah.
  6. Bukak apps BigPay dekat telefon korang, dan isikan cvc code yang ada dekat belakang kad prepaid bigpay korang.
  7. Kad  dah aktif, and there you go!

Sekali lagi nak bagitahu, kalau korang nak extra RM 10 secara percuma, jangan lupa masukkan referral code ni 3UQ47MK4D3 masa diorang mintak referral code. Percuma RM 10 guyssss! RM 10 tu boleh buat topup credit phone (bagi prepaid users), boleh buat topup duit untuk shopping, atau boleh jugak nak topup e-wallet korang. Macam aku, suka guna Boost. Jadi, aku akan topup account Boost aku guna BigPay. Tiap kali aku topup, AirAsia bigpoint aku pun bertambah. Let say aku topup RM100 dari BigPay ke Boost, aku dapat 10 points AirAsia. Nampak sikit je 10 point tu, tapi every time kau topup, point kau bertambah, lepas beberapa bulan ehhh dah boleh redeem flight dah. Seronok kan kalo dapat naik flight secara percuma?

Dan bagi traveler yang gemar bercuti di luar negara. Dah tak payah nak bawak sebeban cash bersama anda. Swipe sahaja kad BigPay tu di premise/kedai yang ada menyediakan perkhidmatan card untuk MasterCard. Rate dia dah terbukti lebih rendah atau lebih kurang sama dengan current rate. Tak percaya? Boleh tengok testimoni/review daripada traveler yang menggunakan BigPay card ni dekat group facebook Backpackers Buddies Malaysia (BBM)

Oh, aku baru perasan dalam entri BigPay - Skip the hassle, enjoy more benefits yang lepas, aku lupa mention pasal satu lagi sistem sekuriti BigPay ni. Selain perlu masukkan pin code untuk access akaun BigPay korang, tak kisah lah dekat apps atau guna kad dekat mesin atm, korang boleh immediately freeze kan account korang bila korang sedar kad BigPay korang hilang atau disalahgunakan oleh sesuatu pihak. Tak payah sibuk nak call call centre BigPay. Just bukak apps BigPay korang, pergi ke bahagian 'Card', dak aktifkan bahagian 'Freeze Card'. Automatik sebarang transaksi tidak akan boleh dilakukan lagi melainkan korang deactivate the function. Senang, bukan?

So gaisss, tunggu apa lagi? Silalah cepat-cepat buat account BigPay dan apply for BigPay prepaid card. Jangan lupa the referral code 3UQ47MK4D3, okay?

Yang terlepas post pasal cara nak dapatkan extra point for AirAsia Big point, boleh baca entri YouGov survey - Cara mudah mendapatkan AirAsia Big points.
Okay guys, till we meet again in the next entry :) Have a bless days ahead!



Tuesday 21 January 2020

Travelogue: Kaklong & Kakchik's Northern's trip - Day 8 in Penang (Final)



27 Julai 2019

Finally down to our last day of sister’s trip. Petang ni nak balik Kuching dah. Plan harini, nak ke Penang Hill dan buat small and short reunion. Seorang kawan baik nama Fida terbang dari KL ke Penang untuk spend masa sama-sama weh. Padahal dah jumpa dia masa dekat KL aritu. Terharu iols.


Penang Hill

Aku janji nak jumpa kawan aku Fariha dekat Penang Hill. Fariha ni duduk dekat Sungai Petani. Dah alang-alang ada dekat Penang ni, ingat nak jumpa lah kengkawan yang ada di sekitar sini. Elok pulak dia free weekend ni. Lagi dua orang, Asma dan Fida, kitorang akan jumpa lepas balik dari Penang Hill nanti. Oh, Asma ni memang duduk kat Penang. Fida, macam yang aku cakap tadi, terbang dari KL ke Penang untuk join kitorang.

Harini aku dan Kakchik gerak awal dari hostel. Sebab memula ingatkan nak catch up bas ke Penang Hill. Tunggu punya tunggu, dekat nak 20 minit bas masih belum sampai. Aku dah risau dah. Sebab kalau lambat sampai Penang Hill, lambat lah jugak gerak balik. Aku dan Kakchik tukar plan, naik Grab. Memang keputusan yang sangat betul! Kitorang sampai Penang Hill less than 15 minutes. Sampai-sampai je, whatsapp Fariha. Dia masih dalam perjalanan. Okay, pergi beli tiket dulu. Beli tiket kena bagi kad pengenalan sekali. Disebabkan Fariha tak sampai lagi, maka aku tak boleh beli tiket dia untuk sekali. Harga tiket untuk naik cable car ke puncak Penang Hill RM12.00/dewasa. Tapi, disebabkan kitorang beli tiket sebelum jam 8.00 pagi, kitorang dapat harga sunrise hour. RM3.00/dewasa. Jimat banyak weh. Dan disebabkan dekat tiket tu ada tertulis batch untuk naik cable car, aku dan Kakchik masuk dahulu untuk berbaris tunggu giliran naik cable car tu ikut batch. Jadi, aku whatsapp Fariha bagitahu situasi tu dan kitorang janji untuk jumpa dekat puncak Penang Hill. Yang nak beli tiket online tu, boleh ke sini ya Penang Hill. Kat website ni jugak, korang boleh dapatkan info pasal Penang Hill.


Entry batch n0 10. 


Sampai je kat puncak, perhh aii berkabus gila. Dan sejuk. Aku dan Kakchik terus je berjalan-jalan di sekitar sambil ambil gambar. Cantik pemandangan pagi-pagi cenggitu. Orang pun tak ramai je lagi. So, takdelah adegan ambil gambar lepastu ada orang photobomb dekat belakang. Haha. 




Berkabus gila masa ni









7 dwarfs!


Dalam 20 minit lepas tu, Fariha sampai ke puncak. Excited jumpa dia sebab lama dah since aku last jumpa dia. 2016 ke 2017 camtu. Sambil jalan sambil borak. Sambil berhenti dekat spot menarik untuk bergambar. Sambil gelak. 




Inilah Fariha :)


Cantik kannn view dekat belakang tu?
Indah sungguh ciptaan Allah S.W.T. :)



30 minit lepas tu, kitorang menuju ke kafe. Memula ingatkan nak breakfast, tapi terfikirkan kejap lagi jumpa lagi bebudak dua orang tu, better go for lunch terus je nanti. Fida pun dah pesan supaya kosongkan perut. So, skip breakfast, we go and grab dessert. Mix-fruit ABC. 


Mix-fruit ABC. Semangkuk ni RM12.00.



Beli satu je, sebab portion dia banyak. Cukup untuk 3 orang kongsi makan. Makan dan borak. Macam perempuan dan makanan. Mana boleh dipisahkan. Sambil-sambil tu, update lokasi terkini dengan Fida dan Asma. Sebab Asma ambil Fida dekat airport, pergi breakfast ringan kejap dan terus menuju ke Tan Jetty. Sebab kitorang janji nak jumpa kat situ untuk sesi photoshoot. Ececeh. Baju dah plan semua pakai warna hitam, sebab nak gambar cantik. Sis tak sabar okay!


Kiri: Asma
Kanan: Fida


Selesai makan, kitorang jalan-jalan kejap lagi sebelum turun ke kaki Penang Hill. Sedar tak sedar, dekat 2 jam jugak spend masa dekat Penang Hill. Kitorang naik kereta Fariha. Memula, balik ke hostel sebab nak ambil bagasi kitorang dan untuk check out. Lepas tu, terus gerak ke Tan Jetty sebab Fida dan Asma dah sampai dekat sana.


Otw turun ke kaki Penang Hill.

Dan ini try video time lapse. Huishh pening kepala bila tengok balik.




Setelah bersusah payah cari parking, sebab kereta banyak gila. Weekend, kan. Kitorang segera ke Tan Jetty untuk jumpa dua makhluk kesayangan tu. Dari jauh, nampak kelibat diorang berdua dok posing ambil gambar. Hahaha.

Sampai je ke tempat diorang, terus gelak. Dan disebabkan kawasan tu hotspot untuk bergambar, dan ada manusia-manusia lain yang dah menjeling nakkan tempat tu, kitorang terus masuk mod bergambar. 20 minit. Dalam 20 minit tu, banyak gila gambar kitorang, tinggal cantik dengan tak cantik je lagi. Nasib baik lah ada Kakchik, so dapatlah proper gambar berempat. Dan nasib baiklah ada kengkawan aku tu, dapatlah aku dan Kakchik ambil gambar proper berdua. Kalo idok, memanjang selfie.




Akhirnya, dapat proper picture berdua dengan Kakchik :)














Lepas tu, cepat je memasing berjalan keluar dari kawasan jeti tu. Satu, sebab hari dah mula panas terik. Dua, sebab memasing dah lapar so nak pergi cari makanan lah. Aku dah cakap, perempuan dengan makanan mana boleh dipisahkan. Asma cadangkan kitorang pergi makan laksa dekat Pantai Miami. Area Batu Ferenggi. Aku tengok jam. Sebab iyalah, flight aku jam 6.00 petang. Masa tu dah hampir 12.00 tengah hari. Aku risau jem je. Perasankan kegelisahan aku, diorang beri jaminan sempat je nak pergi melahap laksa. Aku terus setuju. Sebab Asma lagi arif kawasan di Penang ni. Jadi, bergeraklah kitorang berlima naik kereta Fariha untuk pergi makan laksa. Kereta Asma tinggal kejap dekat situ. Balik nanti, singgah ambil.


Laksa Pantai Miami, Batu Ferenggi

Sebab naik kereta kot, cepat je kitorang sampai dekat kedai laksa tu. Dan rezeki lagi, orang tak ramai masa tu. Jadi, sekejap je dapat laksa yang dipesan. Sambil makan laksa, kitorang bersembang lagi. Kakchik diam je, khusyuk makan laksa. Nak join bersembang, dia taktau dari mana nak mula. Sudahnya, makan je lah. Hahaha. Bersyukur jugak ada rezeki untuk makan laksa. Sebab kitorang tak jumpa laksa sepanjang 2 hari di Penang ni. Asma pulak, macam tau-tau aku dan Kakchik teringin nak makan laksa. Jadi, bolehlah tick-off list makan laksa.


Laksaaa! Finally!

View dari tempat duduk kitorang. 


Lepas makan laksa, kitorang balik Georgetown untuk ambil kereta Asma, sebelum sambung perjalanan ke Bayan Lepas. Dannnnnn…

Kitorang pergi makan lagi! Kalini, di restoran Tomyam Pak Hussin pulak. Another tomyam recommended by my friend.


Tomyam Pak Hussin

Padahal dah makan laksa semangkuk seorang, ni nak makan lagi? Again, kami semua suka makan. And will never say no to food. Hehe.

Kalini, kitorang ambil set. Banyak gila makanan, sampaikan bila semua makanan dah sampai, aku terus rasa kenyang. Tapi, jangan risau guys. Kitorang tak membazir, sebab semua makanan tu habis dimakan oleh kami berlima.


Nampak macam sikit, tapi sebenarnya banyakkk.


Paling tak boleh tahan tu, bebudak ni siap rancang nak pergi minum Tealive pulak lepas ni.

Sebelum apa-apa, kitorang singgah surau tak jauh dari kawasan rumah Asma untuk solat dahulu. Apapun, solat jangan pernah dilupakan. Okay?

Lepas solat, kereta Fariha diparkirkan di kawasan rumah Asma. Kitorang naik kereta Asma pulak. Tengok jam, dah 4.30 petang. Aku bagitahu diorang, aku dan Kakchik tak sempat join minum Tealive. Sedih nak balik, sebab tak puas lagi spend time dengan diorang. Diorang ni ada jugak suruh aku tukar tiket flight ke keesokan harinya. Kira suruh Kakchik balik Kuching dulu lah. Tapi, tak boleh jugak sebab ambil bagasi atas nama aku. Kalo aku tukar flight, means burn lah 20kg bagasi aku. Dan, takkanlah aku nak suruh Kakchik balik sendiri pulak. Nak tak nak, kena balik jugak haritu.

Dan kejadian kelakarnya, aku dah budget masa baik punya untuk sempat drop-off bagasi. Kan 45 minit sebelum penerbangan. Masa tu masih ada dalam 1 jam sebelum penerbangan. Bila aku tengok skrin departure time, masa penerbangan bertukar, 20 minit lebih awal. Gila kau! Rebut takde angin takde, notifikasi pun takde tetiba penerbangan diawalkan. Aku dah cuak dah. Gelabah weh. Ya, aku dan Kakchik masih boleh naik flight sebab kitorang dah check-in sesiap. Tapi beg ni cemana? Berlari pergi ke kawasan check-in dan drop-off luggage, barisan panjang gila. Lagi aku gelabah. Nak nangis rasa. Fida yang temankan aku masa tu bertindak macam penjaga aku. Dialah yang ke kaunter bertanyakan bagi pihak aku, defend aku cakap takde notifikasi dari pihak airline bagitahu flight dah diawalkan dan semualah. Aku dah speechless masa tu. Rezeki aku dan Kakchik, kitorang diberi keutamaan untuk drop-off luggage. Serius aku sangat berterima kasih dekat Fida. Kalo dia takde masa tu, tak tahu lah apa terjadi dengan bagasi kitorang. Either kitorang dedua tak naik flight, atau Kakchik je yang naik flight, atau bagasi tu ditinggalkan dengan Asma atau Fariha. 

Lepas selesai drop-off luggage, aku jumpa Asma dan Fariha yang baru sampai sebab diorang pergi parking kereta tadi. Kitorang berlima menuju ke balai pelepasan. Quick hugs with them, aku dan Kakchik terus masuk ke dalam balai pelepasan sebab dah boarding time. 


Menyempat je bebudak ni ambik gambar haih. Actually, ada video jugak.
Tapi tak jumpa pulak letak kat folder mana.


Masuk dalam flight, take-off, aku dan Kakchik tidur kepenatan. Sampai Kuching, parents aku ambil dekat airport dan secara rasminya berakhirlah sister’s trip kitorang kali ni. Alhamdulillah.


Goodbye Penang! Till we meet again :)


Budak bertiga tu? Meneruskan hari ni dan esok dengan hang out sesama diorang. Okay, a bit jealous sebab lama dah tak ber pillow talk dengan diorang. Tapi takpe. In sha Allah, ada rezeki lain nanti.


Side note: Alhamdulillah, setelah berbulan-bulan tertangguh, entri-entri berkenaan sister's trip ni berjaya jugak dihabiskan dan dikongsi. Perlukan mood yang baik untuk menulis entri ni. Maaf kalo ada tersalah bahasa atau ejaan. Hehe.