7 Oktober 2016, jam 1.30 pagi, maka bermulalah perjalanan aku
menuju ke Negara K-pop. Okay, I am so excited! First, this is my very first
oversea trip after I had to cancel my trips to Jakarta and Ho Chi Minh in
January and April, respectively. Second, it was like dream come true for me to
finally menjejakkan kaki ke Korea. Tempat yang kau selalu tengok dalam
drama-drama Korea atau dalam reality shows je selama ni, akhirnya kau akan
tengok dengan mata kepala sendiri. Siapa tak excited weh? Hehe.
![]() |
Gambar wajib ada kann hahaha |
![]() |
Another one ;) |
![]() |
Jam 5.30 am, pemandangan dari atas :) |
Tepat jam 8.23 pagi, kapal terbang mendarat dengan selamatnya
di Gimhae International Airport Busan. I am finally here! Happy lagi.
Keluar dari kapal terbang menuju ke balai ketibaan, aku baru
perasan sesuatu. Aku takde arrival card and traveler’s declaration form.
Penumpang-penumpang yang sama flight dengan aku semuanya ada benda alah tu.
Okay, panik kejap. Jumpa dengan dua orang travelers dari Malaysia, aku tanya
diorang mana dapat kad tu. Diorang cakap ada dalam poket kat kerusi depan
setiap penumpang. Ah sudah, mana pulak nak cari kad tu. Takkan nak pergi balik
kat kapal terbang kot. Panik, cuak, semua ada. Aku pun mundar mandir kejap kat
situ sebelum finally bergerak menuju ke kaunter imigresen. Dalam hati, pasrah
kalau kena marah dengan pegawai imigresen Korea. On the way nak ke kaunter
imigresen, aku nampak ada satu meja. Ramai orang tengah isi arrival card and
traveller’s declaration form kat situ. Aku singgah kejap untuk usha mana tau
kalau-kalau ada extra cards kat situ. Dan nasib nampaknya menyebelahi aku. Ada
banyakkkkk arrival cards kat situ dan aku pun dengan leganya terus mengisi kad
sebelum menuju ke kaunter imigresen. Alhamdulillah. Urusan di kaunter imigresen
berjalan lancar, begitu juga semasa melepasi kaunter kastam.
![]() |
Arrival card yang wajib diisi dan diserahkan kepada pihak imigresen |
![]() |
Declaration form untuk kaunter kastam |
Oh ya. Kalau korang mengalami nasib macam aku, terlupa nak
ambil arrival card and traveler’s declaration form semasa dalam kapal terbang,
jangan risau okay. Dekat balai ketibaan nanti ada satu meja, kat situ ada
banyak arrival card yang boleh korang isi. As for traveler’s declaration form,
pergi je dekat mana-mana pegawai kastam kat situ cakap korang takde form tu.
Nanti dia akan bagi.
Okay. Dah keluar dari arrival hall, aku pun terus cari kedai
7E untuk tambah nilai kad T-Money dan beli the famous banana uyu (susu pisang).
T-money tu, kalau korang takde kena lah beli sebab lagi senang bayar subway/bas
guna T-money daripada bayar tunai, plus dapat diskaun 100 won lagi bagi setiap
penggunaan T-money setaip kali naik subway. T-money tu fungsinya sama seperti
kad Touch&Go.
![]() |
Banana uyu yang sedap |
“Eh eh. Bong ni kan first time pergi Korea. Macam mana pulak dia ada kad
T-money tu?”
Okay, sabar semua. Aku akan terangkan tentang macam mana nak
dapat kad T-Money ni secara percuma dalam entri-entri akan datang.
Percuma?? Ya, kawan-kawan. Secara percuma.
So now, kita sambung cerita okay?
Dah lepas tambah nilai kad T-money, dah minum banana uyu, dah
call parents bagitahu dah selamat sampai di Busan, aku pun teruskan langkah
untuk ke Busan Station terlebih dahulu untuk beli tiket tren ke Seoul malam
esoknya. Aku call guna whatsapp call (airport ada signal wifi yang kuat &
free), sebab aku tak beli simcard Korea. Takyah beli simcard pun takpe unless
kalau korang wajib 24 jam ada internet.
To Busan Station
Gimhae International
Airport --> Busan Station (KRW 1,900)
Gimhae International
Airport (Busan Gimhae Light Rail Station) --> Sasang Station (BGLRS & Line 2 / interchange station) --> Seomyeon Station (Line 2 & Line 1 / interchange station) --> Busan Station (Line 1) [Sinpyeong Line]
Dah sampai kat Busan Station, korang kena keluar dari subway
station tu. Sebabnya, bangunan untuk KTX, ITX dan Mugunghwa train terletak
kira-kira 3 minit berjalan kaki dari Busan subway station.
Sampai je kat Busan Station, aku terus menuju ke kaunter
tiket untuk beli Mugunghwa train. Jangan risau, pekerja di kauter tiket boleh
berbahasa Inggeris dengan baik. Kenapa aku ambil Mugunghwa train dan bukannya
train laju KTX tu? Eh, eh. Aku kan budget traveler, so kenalah sedar diri
budget tak berapa banyak. Hehe. KTX memang laju, tapi agak mahal bagi budget
traveler seperti aku. Jadi, pilihan terbaik yang aku ada adalah untuk menaiki
Mugunghwa train untuk ke Seoul. Next time ke Korea aku mesti rasa naik KTX
pulak!
Selesai urusan pembelian tiket, aku bergerak menuju ke hostel
yang telah aku tempah siap-siap semasa di Malaysia; Mr Egg Original Hostel
Nampo. Tak jauh pun, hanya berjarak satu station dari Busan station.
To Mr Egg Original Hostel
Busan Station --> Jungang Station (KRW 1,200)
From Jungang Station
(Line 1) Exit 5, about 3-5 minutes’ walk to the hostel.
Waktu check in adalah jam 3.00 petang, dan aku sampai di
hostel dalam jam 11.00 pagi. Nasib baiklah staff hostel tu peramah dan sangat
membantu. Dia benarkan aku check in awal, dan semestinya aku berasa lega. Almost
2 hours flight from Kuching to KL, another 6 hours plus from KL to Busan, and
almost an hour from airport to the hostel really makes you feel tired and all
worn up. Selepas membersihkan diri, I’m all ready to start my little journey in
Busan. The first place in my long lists was Gamcheon Culture Village.
To Gamcheon Culture Village
Jungang Station --> Toseong Station (KRW 1,200)
Return bus to and from
Gamcheon Culture Village (KRW 1,800)
From Toseong Station
(Line 1) Exit 6, walk straight until you reach a junction, then turn right and
walk until you found Busan National University Cancer Centre. In front of the
hospital, there is a bus stop. Take mini bus Seogu No. 2 or 2-2. Signboard for
Gamcheon Culture Village is on the left.
Masa aku sampai kat bus stop tu, ada bas nombor 2-2 tu. Aku
macam confuse kejap, macam eh betul ke ni bas yang aku kena naik? Tetiba pakcik
dalam bas tu panggil aku, cakap ‘Gamcheon. Gamcheon’. Then aku tanya, ‘Gamcheon
Village?’ Dia angguk, so aku pun konfiden nak naik bas tu.
![]() |
Bas untuk ke Gamcheon Cultural Village |
![]() |
Tunggu bas kat bus stop depan hospital ni |
Perjalanan dalam 15-20 minit. Nanti bas akan turunkan korang
kat bus stop tak jauh dari entrance to the Gamcheon Culture Village tu. Nak
balik dari Gamcheon Culture Village, tunggu bas yang sama dekat bus stop bertentangan
dengan bus stop yang korang turun tadi tau.
Bagi aku, Gamcheon Culture Village is one of the must visit
places in Busan. Cantik betul pemandangan dekat situ. Dah macam kotak-kotak
yang bewarna-warni. Tapi! Untuk melawat semua tempat menarik yang ada dekat
sini, korang harus mempunyai stamina yang sangat tinggi. Kawasannya agak
berbukit dan kelihatan seperti maze. Aku ada tersalah masuk jalan, kononnya nak
pakai jalan pintas ke entrance village ni sebab kaki dah sakit-sakit time ni.
Bukannya jalan pintas yang aku dapat, rupanya aku dah sesat kat entah ceruk
mana kat village tu. Sana sini jalan mati. Lastly, aku patah balik jalan yang
aku mula-mula masuk tadi dan bermulalah kembali sesi memanjat bukit. Penat.
Serius penat tapi rasa berbaloi. By the way, aku tak habiskan pun route tu. Tak
larat.
![]() |
Nampak tak bangunan kat sebelah yang warna-warni ni, kat situlah nanti korang boleh collect postcard cantik secara percuma |
![]() |
Cam kotak-kotak warna warni kan? |
Tips: Korang boleh beli map Gamcheon Cultural Village yang
berharga KRW 2,000 dari kaunter information tak jauh dari entrance. Kalau
korang penuhkan semua stamp yang diperlukan, korang boleh dapat satu poskad percuma.
Cantik tau!
Trick: Kalau korang mampu berjalan jauh dan dapatkan semua
stamp yang diperlukan, syabas!! Tapi, kalau rasa-rasa tak mampu berjalan (macam
aku la) tapi nak jugak dapat poskad tu, just pergi dapatkan stamp di attraction
No.16. Dan ahjumma di situ akan kasi satu poskad percuma buat korang. Aku pun
secara tak sengaja discover pasal benda ni sebab mula-mula ingatkan nak singgah
di situ untuk duduk berehat kejap. Sekali, ahjumma tu cakap, stamp dulu kat
attraction No. 16, pastu dia akan bagi poskad. Aku pun on je lah. Hehe.
![]() |
Ni lah postcard yang aku dapat |
Dah pusing-pusing, dah puas ambil gambar, dah pergi dekat
tempat penggambaran Running Man, it’s time to go to other places. To Jagalchi
Market and BIFF Square we go!
![]() |
Lokasi penggambaran Running Man |
To Jagalchi Market and BIFF Square
Toseong Station --> Jagalchi Station (KRW 300)
Exit Jagalchi Station (Line
1) Exit 10, walk straight until simpang 4 yang kedua. At the second junction,
you can see Pintu Gerbang Busan International Film Festival on the left. From
that second junction, turn right and walk for about 300 meters until you
reached Jagalchi Market.
Sebenarnya niat untuk Jagalchi Market ni sebab nak makan
seafood fresh, sebab banyak review yang aku baca cakap seafood kat sini sedap.
Banyak yang amat kedai-kedai seafood sepanjang jalan menuju ke Jagalchi Market
tu. Belum lagi masuk ke bangunan Jagalchi Market. Perut yang lapar memang
membuatkan aku makin rambang mata. Ada jugak pakcik makcik yang panggil aku
pergi kedai dorang.
“Malaysia. Malaysia.” Sambil tunjuk menu seafood kat aku. Aku
mula-mula tergoda lah jugak. Tapi tetiba timbul rasa was-was dengan tahap
kehalalan makanan yang dihidangkan. Makanya, aku pun dengan rasa sedikit kecewa
sebab tak dapat makan seafood fresh pun melangkah pergi dari Jagalchi Market
untuk ke BIFF Square.
Dekat BIFF Square, tengah aku berjalan-jalan di sekitar
dataran tu, tetiba aku nampak ramai gila orang berkumpul depan aku. Siap ada
skrin besar lagi. Aku pun tetiba mengaktifkan mode busybody, dan terus bergerak
menuju ke arah orang ramai untuk tahu apa yang terjadi. Aku pandang ke arah
skrin besar depan aku, dan nampak muka yang agak dikenali. Rupa-rupanya, ada
perjumpaan actor-aktor Korea bersama peminat di Busan. Aku baru teringat yang
Busan International Film Festival 2016 akan berlangsung pada bulan Oktober ni.
So, no wonder la kalau jumpa ramai artis Korea masa ni.
![]() |
Junu and Junseo's appa |
Oh ya, dalam beberapa orang artis yang hadir masa tu, aku
kenal seorang je. Junu and Junseo’s appa! Kalau korang peminat rancangan ‘The
Return of Superman’ dari episod awal-awal lagi, korang mesti kenal dengan aktor
ni. Aku sempatlah jugak tangkap beberapa
keping gambar dia sebelum majlis tu bersurai. Takdelah clear sangat, dan
takdelah tak clear sangat. Just nice lah orang cakap, sebab ramai kot fans dia
dan aku pun sibuk menyelit di antara mereka-mereka itu.
To Busan Tower / Yongdusan Park
Exit Nampo Station
(Exit 7), turn left onto Gwangbok-ro Street then go straight for 350m towards
Yongdusan Park (escalator on the right).
Pastu, aku meneruskan perjalanan menuju ke Busan Tower dan
Yongdusan Park. Masa ni hujan turun renyai-renyai. Aku pulak takde payung dan
takde baju hujan. Tapi sebab nak pergi jugak ke Busan Tower tu, aku redah je
lah. Hujan renyai renyai tak mampu patahkan semangat aku. Ecece haha!
Nak dijadikan cerita, aku tak tahu jalan. Sebenarnya, aku ada
je map beserta direction untuk ke Busan Tower tu yang aku dah cari siap-siap
masa kat Malaysia. Tapi! Kena ikut Exit subway lah. Mula-mula ingatkan malas
nak patah ke subway dan keluar ikut exit yang betul, sebab ada blog yang aku
baca tu cakap Busan Tower tak jauh dari Jagalchi Market dengan BIFF Square. Aku
pun jalan je kononnya nanti jumpa jugak tempat yang dicari. Lebih dari setengah
jam berjalan tanpa arah, akhirnya aku give up. Okay, aku patah balik ke subway
dan cari exit yang betul untuk ke Busan Tower tu. Dan less than 10 minutes, aku
dah sampai depan escalator tinggiiiii yang amat untuk bawak aku ke Busan Tower.
Ada 4 tingkat escalator okay! Nasib baik ada escalator ni, kalau tak menangis
lah naik tangga kat situ. Peringatan untuk semua: Hanya ada escalator untuk
naik sahaja. Untuk turun, sila gunakan tangga huhuhu.
![]() |
Naik escalator ni untuk ke Busan Tower |
Aku lepak hampir sejam dekat Yongdusan Park. Tenang je rasa
duduk kat situ. Masa aku sampai tu, ramai jugak pakcik makcik tengah bersenam.
Kagum betul aku tengok. Lain benar dengan suasana di Malaysia. Oh ya, aku tak
naik ke observatory Busan Tower tau. Aku just tengok dari bawah je.
![]() |
Busan Tower |
Sepatutnya dalam itinerary aku ada satu lagi tempat yang aku
perlu pergi. 40-Step Culture & Tourism Theme Street. Alaa.! Tempat
penggambaran Running Man tu. Tak ingat pulak episod berapa. Tempat tu
sebenarnya tak jauh dari hostel aku. Tapi, disebabkan kaki ni dah sakit sangat,
maybe sebab terkejut tetiba banyak berjalan (hahaha nampak sangat rendah
stamina), aku pun terus je balik ke hostel untuk berehat.
Malam tu terus demam haa amek kau!
Untuk sesiapa yang nak pergi 40-step stairs tu.
To 40-Step Culture & Tourism Theme Street
Nampo Station --> Jungang Station (KRW 1,200)
Exit Jungang Station
(Exit 13). Walk in the direction of the Gwangsan Hospital (about 5 minutes).
Follow signboard ’40 stairs culture’ kaler coklat.
Salam. Utk arrival card tu, kalau kita stay dia 3 tmpt, kena isi ketiga2 alamat ke or salah satu shj?
ReplyDeleteIsi satu je. Boleh letak alamat hotel pertama yang awak duduk. Macam saya, first day duduk dekat MR Egg Hostel, so saya letak alamat hostel tu.
DeleteAssalammualaikum, pegawai imi di busan airport tanya banyak soalan ker?
ReplyDeleteWasalam. Masa sy pergi haritu, rasa cam takde kena tanya apa-apa. Bagi passport, dia check lepastu cop imi masuk Korea, then settle. Alhamdulillah.
Deletekalau bawa makanan dalam bagasi(ikan bilis,pek nasi goreng,pek rendang) nak kena declare tak?
ReplyDeleteSy haritu bawak biskut, chocolate, mi Indomie dan ikan bilis goreng. Tak perlu declare. Tak pasti sebab memang tak perlu declare ataupun pemeriksaan kastam masa tu tak ketat sangat. Tapi untuk lebih smooth untuk lepas pemeriksaan kastam, mungkin boleh listkan siap2 makanan apa yang dibawak and ingredients dia sekali. Just in case kena tahan dekat kastam, at least dah prepare sesiap list tu, senang diorang nak go through
Delete