Jadi hari ni aku plan nak back to
history camtu la. Sebabnya, harini adalah hari melawat istana-istana dan
muzium-muzium. Hehe.
Aku gerak dari Itaewon Inn dalam
jam 8.45 pagi untuk ke Gyeongbokgung Palace.
To Gyeongbokgung Palace
Itaewon Station (Line 6) --> Yaksu Station (Line 6
& 3, tukar tren kat sini) --> Gyeongbokgung Station
(Line 3) (KRW 1,250)
Exit Gyeongbokgung Station (Exit 5), you’ll see National Palace
Museum of Korea. In front of this museum, there is Gyeongbokgung Palace.
Info: Changing of guards ceremony, 3 times a day; 10am, 1pm, 3pm.
Close on Tuesday.
Elok je sampai kat depan Gyeongbokgung Palace, aku nampak
ramai orang berkumpul kat kawasan lapang depan istana tu. Rupa-rupanya, dah
hampir masa untuk ‘changing of guard’s ceremony’ dan mereka yang berkumpul tu
semua tengah tunggu masa untuk melihat upacara pertukaran pengawal tu. Iyelah,
jam pun dah pukul 9.50 am masa tu. Ada lagi 10 minit sebelum upacara bermula.
Aku cepat-cepat pergi ke kaunter tiket untuk beli tiket masuk ke dalam istana. Kat
kaunter tiket, tengok semua kaunter tutup. Rupanya kemasukan ke istana pada
hari tu adalah percuma disebabkan ada Korea Festa Sale.
![]() |
Gyeongbokgung Palace |
![]() |
Main entrance |
Aku pun segera menuju ke tempat mereka berkumpul untuk
mencari tempat paling strategik (kononnya) untuk melihat dengan jelas upacara
pertukaran pengawal tu. Upacara pertukaran pengawal tu sangat mengujakan aku
yang pertama kali melihat, dan mengambil masa selama 10-15 minit.
![]() |
Changing guard ceremony; pengawal istana |
![]() |
Changing guard ceremony; pegawai istana |
Selesai upacara pertukaran pengawal, aku sempat mengambil
gambar di hadapan istana sebelum masuk dan meneroka kawasan di dalam
Gyeongbokgung Palace tu. Rekaan di dalam istana tu sangat menarik. Pemandangan
di dalamnya pun sangat cantik! Aku yang bukanlah penggemar historical drama ni
pun boleh tertarik untuk menyusuri setiap penjuru di kawasan istana tu. Ada
satu tempat di dalam Gyeongbogung Palace ni sangat lawa. Dikatakan tempat ni
adalah kawasan berehat para putera dan puteri raja pada zaman dahulu. Tapi,
tempat ni kena booking awal sebab ada kuota berapa orang yang boleh masuk pada
satu-satu sesi. Jangan risau, takde bayaran yang dikenakan untuk masuk ke
tempat khas ni. Aku tak tahu tentang kena booking awal ni, jadi aku tak
berkesempatan untuk masuk kedalam kawasan tersebut. Aku hanya dapat melihat
dari luar kawasan je. Sedar tak sedar, lebih dari 2 jam jugak aku
berjalan-jalan di sekitar kawasan istana ni. Hampir setiap ceruk istana jugak
aku pergi.
![]() |
Takhta raja dulu - dulu |
![]() |
Ini la tempatnya yang nak kena booking in advance tu. Dapat ambil gambar dari luar je |
![]() |
Favourite view ;) |
Dalam kawasan Gyeongbokgung Palace ni jugak terletaknya National
Palace Museum of Korea. Dah alang-alang jumpa muzium ni, aku singgahlah masuk
kejap tengok apa yang ada kat dalam tu. Tak lama pun aku kat dalam muzium tu,
dalam 10-15 minit je. Keluar dari muzium, aku sambung pusing-pusing istana tu.
Sebenarnya, bila kau dah jumpa muzium tu, kau dah berada hampir dengan pintu
belakang istana (rasanya, lah tapi yang pasti bukan pintu yang kau guna untuk
masuk istana memula tadi). Kau keluar je pintu tu, kau boleh nampak ada kawasan
bas dan teksi kat situ.
![]() |
National Folk Museum of Korea |
Aku keluar je dari pintu belakang istana tu, aku belok kiri
dan ikut laluan tu untuk kembali semula ke pintu masuk istana yang aku masuk
memula tadi. Jauh ya ampun! Rasanya lebih daripada 30 minit jugak aku jalan. Banyak
anggota polis yang aku jumpa sebab kawasan tu kira kawasan pejabat orang-orang
besar di sana. Aku siap kena tahan dengan seorang anggota polis wanita. Dia
tanya aku nak ke mana, dalam bahasa Korea. Nasib baiklah aku faham apa yang dia
cakap (thanks to bunch of Korean dramas I’ve watched before!), cumanya tak reti
nak balas balik dalam Korea. Jadi, aku just sebut Gyeongbokgung Palace. Dia
angguk, pastu kasi aku lalu. Hehe. Nasib tak macam ayam dan itik. Aku pun jalan
dan terus jalan sampailah jumpa main entrance Gyeongbokgung Palace.
![]() |
Gwanghamun gate; Main entrance to Gyeongbokgung Palace |
To Cheongdokgung Palace and The Secret Garden
Next, aku nak ke Deoksugung Palace. Aku tak jumpa details
direction untuk ke sini. Aku cuma ada klu yang Deoksugung Palace ni terletak
dalam walking distance dari Gyeongbokgung Palace. Jadi, aku redah je jalan yang
aku rasa betul. Aku berjalan ke arah bertentangan dengan jalan yang aku guna
untuk ke main entrance Gyeongbokgung Palace tadi. Kira kalau kau berdiri dekat
main entrance menghadap ke arah Gyeongbokgung Palace, kau ikut laluan ke arah
kanan kau la. Aku jalan terus je, takde belok belok. Even dekat traffic light,
aku jalan straight je walaupun agak ragu-ragu. Lama jugak aku berjalan, secara
perlahan la sebab aku dok usha signboard. Jangan risau, ada signboard palace
something kat sepanjang kau jalan tu. Jalan je terus takyah belok mana-mana.
Nanti kau akan jumpa Cheongdokgung Palace. Yes, kau tak salah baca.
Cheongdokgung Palace! Aku cari Deoksugung Palace, tapi aku jumpa Cheongdokgung
Palace. Hahahaha.
Tapi, kau takyah lah rasa kecewa ke apa. Sebabnya, kat dalam
Cheongdokgung Palace ni ada Secret Garden. Lagipun, Cheongbokgung Palace ni
lebih kurang je dengan Deoksugung Palace. Kot. Hehe. Tapi, reka bentuk istana
kat sana lebih kurang je jadi takpelah kalau kau pergi istana yang mana pun.
Cuma kalau kau nak pergi ke Secret Garden, kau kena pergi ke Cheongdokgung
Palace ni la baru ada. Secret Garden ni kalau tak silap dari pembacaan aku lah,
adalah tempat di mana putera raja, puteri raja, raja-raja, maharaja, maharani
dan yang setaraf dengannya untuk beristirehat. Kira ni kawasan lepak diorang
masa lapang la. Baca pengalaman mereka yang dah masuk ke Secret Garden, most of
them cakap kawasan ni sangat cantik. Sesuai la sebagai kawasan beristirehat
golongan raja. Bayaran masuk ke Cheongdokgung Palace ni adalah KRW 5,000 untuk
dewasa. Kalau kau nak ke Secret Garden yang terletak di dalam kawasan istana
ni, kau kena tambah another KRW 5,000. Sekali lagi aku masuk percuma sebab masa
tu kan ada Korea Festa Sale. Cuma Secret Garden je la yang tetap kena bayar
kalau nak masuk.
![]() |
Information tentang bayaran masuk ke Cheongdokgung Palace |
![]() |
Aku tak masuk ke Secret Garden. Pertamanya, sebab aku dah
penat berjalan pusing pusing di dalam kawasan Gyeongbokgung Palace. Kedua,
sebab kaki aku dah sakit dan ada blister yang agak besar kat tapak kaki. Kalau takde blister
kat kaki, aku rasa aku gagahkan jugak diri aku untuk masuk ke Secret Garden
walaupun dah penat. Rugi kot kau datang dari jauh tapi tak masuk ke Secret
Garden tu. Tapi terpulang dekat orang jugaklah, mungkin ada yang tak berapa
suka untuk pergi ke kawasan historical macam ni.
![]() |
Nampak tak ahjussi pakai baju biru tu? Dia lah yang jaga entrance ke The Secret Garden. Kat situ la terletaknya The Secret Garden |
Walaupun aku tak masuk ke Secret Garden, kawasan lain di
Cheongbokgung Palace tu tetap banyak untuk dilawati. Di sebelah Secret Garden,
ada satu lagi istana kecil iaitu Changyeonggung Palace. Aku sempat jugak
berjalan melawat istana tu. Cantik! Serius kawasan di sekitar Changyeonggung
Palace ni cantik. Ada rumah yang kau boleh masuk. Aku pun masuklah satu dua
rumah yang ada. Nak jugak tengok isi rumah zaman dulu macam mana. Hahaha.
![]() |
Rumah - rumah yang ada di istana kecil Changyeonggung Palace |
![]() |
Add caption |
To Gwanghamun Square and King Sejong Museum
Seterusnya, aku dalam misi mencari Gwanghwamun Square sebab
sekali lagi, aku tak pasti di mana terletaknya tempat ni. Dari Cheongbokgung
Palace, aku patah balik ke Gyeongbokgung Palace. Tak jauh dari main entrance
Gyeongbokgung Palace, ada traffic light. Jadi, aku melintas traffic light tu
untuk ke seberang jalan. Rupanya, Gwanghwamun Square hanya terletak
bertentangan dengan Gyeongbokgung Palace. Ada dua sebab kenapa aku beria nak
cari Gwanghwamun Square. Pertama, sebab aku nak tengok dengan mata sendiri tugu
King Sejong dan Admiral Yi Sunshin. Kedua, aku nak masuk ke muzium King Sejong.
![]() |
Tugu King Sejong |
![]() |
Princess Farah. Eh? Hahaha. |
Aku jalan sikit ke depan, dan nampak tugu King Sejong tak
jauh di depan aku. Aku teruskan berjalan, dan pergi ke depan tugu King Sejong.
Ambil gambar kejap, macam biasa la. Pastu, pergi ke belakang tugu King Sejong
untuk ke pintu masuk muzium King Sejong. Masuk dalam muzium ni, kau bolehlah
belajar sedikit sebanyak sejarah tentang King Sejong. Yang bestnya muzium ni,
kau boleh tulis nama kau dalam hangul. King Sejong kan pencipta tulisan hangul.
Nanti ada kat satu sudut dalam muzium ni, kau akan nampak satu kawasan untuk
tulis nama. Kat dinding tu penuh dengan kertas-kertas nama-nama
pelawat/pelancong dalam hangul. Bolehlah kau rasa sendiri pengalaman tulis nama
kat kertas guna berus dan dakwat hitam dalam hangul. Taktau macam mana nak
tulis nama kau dalam hangul? Jangan risau! Ada Korean di situ yang akan bantu
kau. And they can speak English too. Nanti diorang akan tanya nama dan negara
kau, dan suruh kau tulis kat satu kertas kecil. Dan diorang akan tulis nama dan
negara kau dalam hangul, pun dalam kertas kecil jugak. Pastu, diorang kasi satu
kertas besar khas untuk kau tulis nama dengan berus dan dakwat. Kau tulislah
ikut nama dalam hangul yang diorang tulis kat kat kertas kecil tu.
![]() |
My Hangul handwriting; nationality (left) and name (right) |
Di muzium yang sama, ada juga menempatkan sejarah tentang
Admiral Yi Sunshin. Dah alang-alang aku ada kat situ, aku terus jalan kat situ.
Baca serba sedikit sejarah yang tercatat di situ. Ada few photo zones, dan
disebabkan aku satu-satunya pengunjung yang ada di muzium tu pada masa tu, aku
pun seronoklah bergambar di semua photo zones yang ada. Muahahaha! Masa aku nak
keluar dari muzium tu barulah terserempak dengan satu keluarga yang baru masuk
ke situ.
![]() |
Tugu Admiral Yi Sunshin |
Keluar je dari Muzium King Sejong, aku mencari tugu Admiral
Yi Sunshin. Tak jauh pun dari tugu King Sejong. Macam biasa, ambil gambar satu
dua keping. Pastu, aku pun mencari subway station terdekat untuk balik. Dalam
perjalanan mencari subway station tu, aku ternampak satu booth hanbok. Booth ni
menawarkan perkhidmatan meminjam hanbok secara percuma. Haruslah aku tak
melepaskan kesempatan yang ada kan? Lagi-lagi bila hanya ada dua orang yang kat
booth tu. Seronok pulak rasa bila pakai hanbok. Rasa dapat menyelami sedikit
budaya orang Korea. Gituuu. Betul-betul di sebelah booth hanbok tu ada booth
takhta diraja, jadi bolehlah bergambar kat situ acah-acah kau berada pada zaman
dulu la. Aku sempat berjalan-jalan di sekitar Gwanghwamun Square tu dengan
hanbok dalam 15 minit sebelum pulangkan balik hanbok tu kat booth.
![]() |
Cari booth hanbok ni okay, kalau nak try hanbok. Secara percuma. Booth ni terletak berdekatan entrance to Gwanghamun underground shopping mall |
![]() |
:) |
To Seoul Station
Gwanghwamun Station
(Line 5) --> Jongno 3(sam)-ga Station
(Line 5 & 1, tukar tren kat sini) --> Seoul Station (Line 1)
(KRW 1,250)
Since Gwanghwamun Station adalah stesen subway terdekat, aku
naik subway dari situ untuk ke Seoul Station. Tujuan aku ke Seoul Station
adalah untuk membeli tiket untuk balik ke Busan keesokan harinya. Boleh je aku
nak beli on the spot esok malam (aku ambil tren malam ke Busan). Tapi aku
taknak ambil risiko sekiranya tiket tren habis. Yes, tren KTX memang berlambak,
setiap sejam atau dua rasanya KTX berlepas dari Seoul ke Busan. Tapi aku kan
naik Mugunghwa train (nak jimat kos), kemungkinan untuk tiket habis tu tetap
ada walaupun nipis. Dah selesai beli tiket Mugunghwa tren untuk esok, aku pun
bergerak balik ke Itaewon Station untuk kembali ke guesthouse.
No comments:
Post a Comment