Saturday 31 December 2016

Travelogue: Korea – Post travel (Day 2 – Busan)


Aku bangun jam 4.30 pagi. Awal kan kan kan? Hahaha. Tapi still baring sambil jenguk jap instagram, facebook dan twitter. Nak bersiap pun, awal sangat lagipun roommate aku tengah tidur so taknaklah ganggu dia dengan berbuat bising. Dalam jam 6.30 pagi baru aku bangun, mandi, bersiap, packing barang semua. Dalam jam 7.30 pagi, aku dah bersiap nak check out. Turun tingkat bawah nak bagitahu dekat staff hostel ni aku nak check out dah, alih-alih kaunter tak bukak lagi. Aku pun hantar je email kat dorang cakap terima kasih dan bagitahu aku dah nak check out. Lagipun memang masa check in semalam dah bagitahu dorang aku check out awal harini.

So, aku pun bergeraklah ke Busan Station (KTX,ITX, Mugunghwa) dulu sebab nak simpan beg dalam loker kat situ. Gila hape nak heret beg berat tu ke sana sini huhuhu. Okay, bayaran loker tu ikut saiz loker yang kita pilih. Disebabkan beg aku ni muat untuk loker saiz medium, so aku kena bayar KRW 3,000. Tak payah pakai kunci weh, cukup dengan kau punya finger print je. Pastu, aku patah balik ke Busan subway station sebab nak beli one day pass.


One day pass Busan. Beli kat vending machine dekat subway station Busan, okay?


Info:
One day pass Busan ni berharga KRW 4,500. So, kau bolehlah naik tren subway ke mana-mana je dan berapa banyak kali pun asalkan dalam hari yang sama kau beli tiket tu. Sebenarnya aku tak pasti boleh guna untuk bas ke tak. Sebab aku cuba touch tiket tu waktu naik bas tak dapat pulak (ke aku yang tak reti guna?). Jadi bila naik bas, aku guna T-money.


Busan Station

Vending machine yang terdapat di setiap subway station. Coffee ice dia sedap tau, KRW 400 je.

Hot coffee; KRW 300


Destinasi pertama untuk hari kedua di Busan adalah Taejongdae Park.


To Taejongdae Park

Jungang Station --> Busan Station (KRW 1,200)
Busan Station bus stop --> Taejongdae Park --> Busan Station bus stop (KRW 2,400)

Exit Busan Station (the subway station, not the KTX station) (Exit 7), walk straight until you reach the 3rd bus station. You’ll pass by CU convenient store, Bonjuk 본죽 Porridge, BBQ Chicken Restaurant and a pharmacy called Mibo미보 before reaching the bus stop.

Take bus no. 88 or 101. It will take about 45 minutes to reach Taejongdae Cliff Bus stop (the last bus stop on the route). Other buses bound for Taejongdae: No. 8, 13, 30, 88, or 101.


Entrance Taeongdae Park. Cantik kan?


Dari pintu masuk je Taejongdae Beach, agak jauh jugak nak ke kaunter tiket / tempat permulaan untuk meneroka Taejongdae Park, mungkin dalam 10 minit berjalan bagi yang slow walker macam aku. Tambahan pulak, jalan tu agak berbukit. Tapi yang seronoknya, kawasan sekeliling sangat cantik jadi korang tak terasa penat sangat lah.  Dah sampai kat kaunter tiket, aku nampak ada seorang pelancong ni nak beli tiket Danubi Tram. Aku pun pergi lah dekat sikit nak tengok. Tapi sedikit kecewa, tram tak beroperasi pulak hari tu. Aku tak pasti sama ada tram tu memang tak beroperasi hari tu je ke ataupun sepanjang musim luruh. Aku mula dua tiga; sama ada nak berjalan kaki meneroka Taejongdae Park tu ataupun balik je. Dalam fikiran memula, asalkan dah jejakkan kaki ke sini dah lah. Pastu terfikir lagi, rugi lah kalau aku terus balik. Jauh kot perjalanan nak sampai sini. Lagipun,dah alang-alang sampai sini kan. Aku pun kumpulkan semua tenaga dan semangat untuk meneroka Taejongdae Park ni dengan berjalan kaki.






Danubi tram:

Danubi tram ni cam keretapi kecil yang comel yang akan bawa kita mengelilingi Taejongdae Park. Ada lima tempat menarik sepanjang mengelilingi Taejongdae Park ni. Jadi, apabila kita naik tram ni, kita boleh berhenti kat mana-mana tempat yang kita nak dan bila dah selesai berjalan-jalan di tempat tu, kita boleh naik tram ni balik untuk ke tempat menarik yang seterusnya.

Danubi Train Course:

Platform→ Taejongsa Temple → Yeongdo Lighthouse → Observatory → Gumyeongsa Temple → Taewon Jagal Madang → Platform


Map untuk Taejongdae Park


Kalau ikutkan papan tanda yang ada di sekitar tempat permulaan tu, jarak untuk ke Yeongdo Lighthouse hanyalah 1.9km. Yes, kalau berjalan sejauh 1.9km kat jalan rata pun mengambil masa yang agak lama mungkin sekitar 25-30 minit (slow walker plus menikmati pemandangan). Bayangkan pula kalau berjalan di kawasan yang berbukit sejauh itu? Separuh perjalanan, aku hampir mengalah. Tapi, apabila melihat ahjumma dan ahjussi yang sangat kuat dan relaks je berjalan (lagi laju dari aku hokay!), aku terus bersemangat kembali. Aku mengambil masa hampir satu jam setengah untuk ke lighthouse tu (termasuk masa berhenti rehat dan menikmati pemandangan serta mengambil gambar).

Oh yea. Antara kelima-lima tempat menarik ni, ada dua tempat yang sangat popular dan lebih diminati oleh pelancong. Observatory dan Yeongdo Lighthouse. Aku sebenarnya plan nak pergi ke kedua-dua tempat ni, tapi sayangnya masa aku pergi ni, Observatory ni dalam proses penambahbaikan. Jadi, aku hanya berpeluang ke Yeongdo Lighthouse.


View yang kau boleh tengok bila kau dalam perjalanan ke Lighthouse.

Observatory deck; tengah dalam renovation masa ni


Salah satu sebab utama aku nakkkkk sangat pergi ke Yeongdo Lighthouse ni adalah untuk pergi sendiri ke Sinseon Rock. Sinseon Rock ni adalah salah satu tempat yang sangat cantik untuk mengambil gambar dengan pemandangan laut yang menghijau.






Sila jangan nangis tengok tangga ni hahaha

Famous spot untuk bergambar!

Yeoiudo Lighthouse



Tapi, sekali lagi aku kecewa. Sebabnya, jalan untuk ke Sinseon Rock masa tu ditutup. Aku tak pasti kenapa, berkemungkinan kerana angin yang agak kuat serta hujan renyai-renyai. Bahaya mungkin, takut jalan licin. Yelah, jalan nak ke Sinseon Rock kalau cuaca elok dan panas pun agak berisiko, apatah lagi kalau tengah hujan renyai-renyai pakej dengan angin yang tidak sepoi-sepoi bahasa.


Sinseon Rock

Jalan ke Sinseon Rock ditutup masa ni


Jadinya, aku duduk lepak dekat bawah lighthouse je. Lama jugaklah aku duduk di situ sebelum hujan menjadi agak lebat. Sayang nak tinggalkan lighthouse tu sebab pemandangannya Ya Allah, sangat cantik!

Breathtaking view!

Keluar dari kawasan lighthouse, aku pun teruskan perjalanan untuk kembali ke platform permulaan. Jaraknya dalam 1.5km, rasanyalah. Tak sampai sejam, aku dah sampai ke platform. Dalam perjalanan, aku jumpa lagi ramai ahjussi dan ahjumma yang dalam perjalanan meneroka Taejongdae Park ni. Serius kagum gila dengan semangat dan stamina dorang. Ada seorang ahjussi ni siap berlari dan berjoging lagi kot. Kalah betul la aku yang muda ni.

Dah puas meneroka di sekitar Taejongdae Park ni, aku pun melangkah berjalan ke bus stop bertentangan dengan bus stop masa aku mula-mula sampai. Bus stop ni terletak betul-betul bersebelahan dengan tempat bas-bas berkumpul dan berhenti rehat. Naik bas bernombor 88 atau 101 untuk kembali ke Busan Station bus stop.

Destinasi aku yang seterusnya adalah Oryukdo Skywalk.


Busan Station bus stop --> Taejongdae Park --> Busan Station bus stop (KRW 2,400)

Take bus No. 27 near Exit 10. Get off at Oryukdo SK View Humun (Backgate) bus stop (total 25 stops). Walk ahead about 275 meters to reach Oryukdo Skywalk.

Info: Takyah risau kalau-kalau terlepas stesen ke apa. Sebabnya, selain announcement dalam bahasa Korea, ada jugak announcement dalam English. Dan ada tunjuk kat signboard dalam bas tu kita berada di stesen mana masa tu. Lagipun, stesen bas untuk ke Uryokdo Skywalk ni adalah yang terakhir dalam course bas tu. Perjalanan mengambil masa dalam 35 minit – 45 minit ikut keadaan traffic pada masa tu.

Sampai-sampai kat area Oryukdo Skywalk tu, hujan renyai-renyai. Aku takde payung, apatah lagi baju hujan. Memang redah je lah. Nak naik ke kawasan Oryukdo Skywalk tu, kena naik bukit yang tak berapa tinggi tapi tetap buatkan aku terasa sedikit mengah. Hahahaha. Dah sampai kat atas tu, view sekeliling memang cantik. Dikelilingi oleh laut kot. Memang terus hilang rasa penat bila tengok pemandangan kat atas tu. Ambil gambar kejap sebelum cari kawasan berkaca skywalk tu. Tapi sayangnya, kawasan tu ditutup. Mungkin sebab hujan agaknya. Sedikit kecewa, aku hanya dapat mengambil gambar kawasan berkaca skywalk je. Lepak-lepak kejap kat area situ sambil menikmati pemandangan indah depan mata dalam 30 minit. Lagipun, kawasannya kecil je. 15 minit – 30 jam dah memadai. Tapi, kalau kau jenis yang sangat sukakan pemandangan tepi laut, kau boleh lepak lebih dari satu jam kat situ.


Naik ke kawasan berbukit ni untuk ke Oryukdo Skywalk



Skywalk ni ditutup masa ni, maybe sebab hujan kot



Sebenarnya berdepan dengan Skywalk Oryukdo ni ada Igadae Park. Tapi disebabkan hujan, aku terasa malas nak menapak ke situ. Lagi-lagi bila tengok ada bukit yang sangat-sangat tinggi kat situ. Memang terus tak bersemangat. Hehehe. Jadi, aku terus menuju ke stesen bas yang bertentangan dengan stesen bas yang aku turun memula tadi. Tak jauh, dekat je. Lagi dekat dari stesen yang aku turun memula tadi.


Tunggu bas kat sini untuk balik ke Busan Station balik


Sampai kat stesen bas Busan Station, aku terus menuju ke Busan subway station untuk naik tren ke Heundae Beach. Kau dah sampai Busan, kalau tak jejakkan kaki ke Heaundae Beach, umpama kau tak ke Busan. Gituuu. Hahaha.


To Heundae Beach

Busan Station (Line 1) --> Seomyeon Station (Line 1 & Line 2, tukar train kat sini) --> Heundae Station (Line 2) [Jangsan Line] (KRW 1,400, tapi aku guna one day pass)

From Heundae Station (Exit 3), walk straight for about 500 meters until you see the beach. Kau keluar je dari Exit 3, jalan terus sampai kau nampak pantai.

Dua hari sebelum aku nak ke Busan, berlaku Typhoon Chaba yang melintasi South Korea. Tempat yang paling teruk kena adalah Ulsan dan Busan. Memula aku tak tahu pun pasal ni. Mak aku la yang terbaca pasal ni dekat Facebook, jadi dia bagitahu aku. Risau jugak, yelah dorang cakap dah macam kena landa tsunami dah dekat Busan terutamanya dekat Heundae Beach. Air naik tinggi dan deras melimpahi kawasan sekitar. Siap ada kejadian yang mengakibatkan kehilangan nyawa, kecederaan fizikal dan kerosakan harta benda yang teruk. Aku risau dah. Lagi dua hari flight aku. Aku pun sentiasa cari update terbaru berkaitan Typhoon Chaba ni. Aku emel jugak dekat staff Mr Egg Original Hostel Nampo, hostel yang aku dah tempah untuk penginapan di Busan untuk bertanyakan status terkini keadaan di Busan. Dorang balas emel, mengatakan Typhoon Chaba dah dalam perjalanan menuju ke tempat lain, dan kawasan di Busan kebanyakannya tak terjejas kecuali di Heundae Beach. Aku rasa lega. Pastu, check pula update rakyat Malaysia yang tengah berada di Busan dekat group Facebook. Dorang pun cakap kejadian yang umpama tsunami tu dah reda, dan kawasan Heundae Beach pun dah elok seperti biasa.

Jadinya, aku pun meneruskan niat di hati untuk ke Heundae Beach. Sampai je kat stesen Heundae Beach, tengah hujan renyai. Aku malas nak beli payung ataupun baju hujan, biarpun banyak je kedai yang jual payung dan baju hujan di sepanjang perjalanan ke Heundae Beach, sebab rasa renyah nak bawak payung ke hulu ke hilir. So, aku pasrah bermandikan hujan. Alah, sekali sekali tak apa. Hehe. Sampai je kat Heundae Beach, aku nampak ramai orang kat situ dan sudah semestinya mereka berpayung. Rasanya aku seorang yang tabah tak berpayung kat situ, dengan baju yang dah mula basah.


Map Heundae Beach

Heundae Beach

Sekitar Heundae Beach





Keadaan sekeliling nampak okay. Adalah sedikit kesan dari air yang naik tu, tapi tetap nampak okay. Pantai cantik beb! Ramai yang buat aktiviti pantai masa tu, terutamanya mereka yang bermain jet ski. Kalau hari tu tak hujan, rasanya lagi lama aku kat situ. Tapi, hujan mula turun dengan agak lebat membuatkan aku terpaksa mencari tempat berlindung. Tapi, sempatlah jugak aku menghabiskan masa dalam 30 minit di situ.

Dah alang-alang mencari tempat berlindung, aku pun terus je bergerak ke subway station untuk ke destinasi terakhir di Busan iaitu Gwanggali Beach, sebelum bergerak ke Seoul malam tu.


To Gwanggali Beach

Heundae Station (Line 2) --> Gwangan Station (Line 2) [Yangsan Line] (KRW 1,200, tapi aku guna one day pass)

Exit Gwangan Station (Exit 5). Anda akan nampak satu lorong kecil di tepi kedai makan. Ikut lorong tersebut dan jalan terus sampai anda nampak satu bangunan/kedai/bank yang berwarna merah di sebalah kanan anda. Lintas jalan di hadapan anda dan anda akan melihat kawasan apartment bernama The Ocean. Belok kiri dan teruskan berjalan sehingga ke hujung jalan. Kemudian, belok kanan dan teruskan berjalan sehingga anda sampai ke Gwanggali Beach. Anda akan nampak Gwangan Bridge sekiranya anda sudah sampai di Gwanggali Bridge.

Gwanggali Beach ni pun salah satu tarikan utama di Busan ni. Pemandangan Gwangan Bridge pada waktu malam sangat cantik. Sambil tengok pemandangan Gwangan Bridge, dengar pulak bunyi ombak menyapa pantai, dengan lampu bergemelapan dari bangunan di sekeliling, how great is that? Tak puas rasanya ambil gambar kat situ. Sebab ambil gambar dari mana-mana angle pun tetap cantik.


Gwanggali Bridge masa hari tengah terang


Masa memula aku sampai, hari masih terang jadi Gwangan Bridge tu nampak biasa-biasa je. Jadi, aku tunggu sehingga hari sudah malam dan langit betul-betul gelap. Masa tu baru nampak betapa cantiknya Gwangan Bridge tu disinari cahaya lampu berwarna-warni. Aku siap duduk lepak di bangku berhadapan dengan Gwangan Bridge tu sambil minum banana uyu dan makan biskut coklat Tiger. Syok gila. Wifi pun available, so aku siap Whatsapp call mak ayah dan adik-adik aku lagi sambil menikmati pemandangan yang indah itu. Ececeh.


Sekitar Gwanggali Beach

Gwanggali Bridge waktu malam

Cantik kannn?


Dalam jam 8 malam camtu, aku pun bergerak untuk ke Busan Station semula. Sebabnya? Aku akan menaiki Mugunghwa train untuk ke Seoul jam 11 malam. Mugunghwa train dah ada di platform jam 10.36 malam. Memula aku blur jugak nak cari cabin dan tempat duduk semua. Lama jugak tenung tiket train baru aku faham aku duduk di cabin mana dan seat nombor berapa. Kehkeh. Train bertolak tepat-tepat jam 11.10 malam, and finally off we go!


Departure's schedule untuk KTX, ITX dan Mugunghwa train

Dekat platform 1, untuk Mugunghwa train

Mugunghwa train dah tiba, apalagi jom masuk!



Another adventure awaiting!


Friday 30 December 2016

Travelogue: Korea – Post travel (Day 1 – Busan)



7 Oktober 2016, jam 1.30 pagi, maka bermulalah perjalanan aku menuju ke Negara K-pop. Okay, I am so excited! First, this is my very first oversea trip after I had to cancel my trips to Jakarta and Ho Chi Minh in January and April, respectively. Second, it was like dream come true for me to finally menjejakkan kaki ke Korea. Tempat yang kau selalu tengok dalam drama-drama Korea atau dalam reality shows je selama ni, akhirnya kau akan tengok dengan mata kepala sendiri. Siapa tak excited weh? Hehe.


Gambar wajib ada kann hahaha

Another one ;)



Jam 5.30 am, pemandangan dari atas :)


Tepat jam 8.23 pagi, kapal terbang mendarat dengan selamatnya di Gimhae International Airport Busan. I am finally here! Happy lagi.

Keluar dari kapal terbang menuju ke balai ketibaan, aku baru perasan sesuatu. Aku takde arrival card and traveler’s declaration form. Penumpang-penumpang yang sama flight dengan aku semuanya ada benda alah tu. Okay, panik kejap. Jumpa dengan dua orang travelers dari Malaysia, aku tanya diorang mana dapat kad tu. Diorang cakap ada dalam poket kat kerusi depan setiap penumpang. Ah sudah, mana pulak nak cari kad tu. Takkan nak pergi balik kat kapal terbang kot. Panik, cuak, semua ada. Aku pun mundar mandir kejap kat situ sebelum finally bergerak menuju ke kaunter imigresen. Dalam hati, pasrah kalau kena marah dengan pegawai imigresen Korea. On the way nak ke kaunter imigresen, aku nampak ada satu meja. Ramai orang tengah isi arrival card and traveller’s declaration form kat situ. Aku singgah kejap untuk usha mana tau kalau-kalau ada extra cards kat situ. Dan nasib nampaknya menyebelahi aku. Ada banyakkkkk arrival cards kat situ dan aku pun dengan leganya terus mengisi kad sebelum menuju ke kaunter imigresen. Alhamdulillah. Urusan di kaunter imigresen berjalan lancar, begitu juga semasa melepasi kaunter kastam.


Arrival card yang wajib diisi dan diserahkan kepada pihak imigresen

Declaration form untuk kaunter kastam


Oh ya. Kalau korang mengalami nasib macam aku, terlupa nak ambil arrival card and traveler’s declaration form semasa dalam kapal terbang, jangan risau okay. Dekat balai ketibaan nanti ada satu meja, kat situ ada banyak arrival card yang boleh korang isi. As for traveler’s declaration form, pergi je dekat mana-mana pegawai kastam kat situ cakap korang takde form tu. Nanti dia akan bagi.

Okay. Dah keluar dari arrival hall, aku pun terus cari kedai 7E untuk tambah nilai kad T-Money dan beli the famous banana uyu (susu pisang). T-money tu, kalau korang takde kena lah beli sebab lagi senang bayar subway/bas guna T-money daripada bayar tunai, plus dapat diskaun 100 won lagi bagi setiap penggunaan T-money setaip kali naik subway. T-money tu fungsinya sama seperti kad Touch&Go.


Banana uyu yang sedap 


Eh eh. Bong ni kan first time pergi Korea. Macam mana pulak dia ada kad T-money tu?”

Okay, sabar semua. Aku akan terangkan tentang macam mana nak dapat kad T-Money ni secara percuma dalam entri-entri akan datang.

Percuma?? Ya, kawan-kawan. Secara percuma. 

So now, kita sambung cerita okay?

Dah lepas tambah nilai kad T-money, dah minum banana uyu, dah call parents bagitahu dah selamat sampai di Busan, aku pun teruskan langkah untuk ke Busan Station terlebih dahulu untuk beli tiket tren ke Seoul malam esoknya. Aku call guna whatsapp call (airport ada signal wifi yang kuat & free), sebab aku tak beli simcard Korea. Takyah beli simcard pun takpe unless kalau korang wajib 24 jam ada internet.


To Busan Station

Gimhae International Airport --> Busan Station (KRW 1,900)

Gimhae International Airport (Busan Gimhae Light Rail Station) --> Sasang Station (BGLRS & Line 2 / interchange station) --> Seomyeon Station (Line 2 & Line 1 / interchange station) --> Busan Station (Line 1) [Sinpyeong Line]

Dah sampai kat Busan Station, korang kena keluar dari subway station tu. Sebabnya, bangunan untuk KTX, ITX dan Mugunghwa train terletak kira-kira 3 minit berjalan kaki dari Busan subway station.

Sampai je kat Busan Station, aku terus menuju ke kaunter tiket untuk beli Mugunghwa train. Jangan risau, pekerja di kauter tiket boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Kenapa aku ambil Mugunghwa train dan bukannya train laju KTX tu? Eh, eh. Aku kan budget traveler, so kenalah sedar diri budget tak berapa banyak. Hehe. KTX memang laju, tapi agak mahal bagi budget traveler seperti aku. Jadi, pilihan terbaik yang aku ada adalah untuk menaiki Mugunghwa train untuk ke Seoul. Next time ke Korea aku mesti rasa naik KTX pulak!

Selesai urusan pembelian tiket, aku bergerak menuju ke hostel yang telah aku tempah siap-siap semasa di Malaysia; Mr Egg Original Hostel Nampo. Tak jauh pun, hanya berjarak satu station dari Busan station.


To Mr Egg Original Hostel

Busan Station --> Jungang Station (KRW 1,200)

From Jungang Station (Line 1) Exit 5, about 3-5 minutes’ walk to the hostel.

Waktu check in adalah jam 3.00 petang, dan aku sampai di hostel dalam jam 11.00 pagi. Nasib baiklah staff hostel tu peramah dan sangat membantu. Dia benarkan aku check in awal, dan semestinya aku berasa lega. Almost 2 hours flight from Kuching to KL, another 6 hours plus from KL to Busan, and almost an hour from airport to the hostel really makes you feel tired and all worn up. Selepas membersihkan diri, I’m all ready to start my little journey in Busan. The first place in my long lists was Gamcheon Culture Village.







To Gamcheon Culture Village

Jungang Station --> Toseong Station (KRW 1,200)
Return bus to and from Gamcheon Culture Village (KRW 1,800)

From Toseong Station (Line 1) Exit 6, walk straight until you reach a junction, then turn right and walk until you found Busan National University Cancer Centre. In front of the hospital, there is a bus stop. Take mini bus Seogu No. 2 or 2-2. Signboard for Gamcheon Culture Village is on the left.

Masa aku sampai kat bus stop tu, ada bas nombor 2-2 tu. Aku macam confuse kejap, macam eh betul ke ni bas yang aku kena naik? Tetiba pakcik dalam bas tu panggil aku, cakap ‘Gamcheon. Gamcheon’. Then aku tanya, ‘Gamcheon Village?’ Dia angguk, so aku pun konfiden nak naik bas tu.


Bas untuk ke Gamcheon Cultural Village

Tunggu bas kat bus stop depan hospital ni


Perjalanan dalam 15-20 minit. Nanti bas akan turunkan korang kat bus stop tak jauh dari entrance to the Gamcheon Culture Village tu. Nak balik dari Gamcheon Culture Village, tunggu bas yang sama dekat bus stop bertentangan dengan bus stop yang korang turun tadi tau.

Bagi aku, Gamcheon Culture Village is one of the must visit places in Busan. Cantik betul pemandangan dekat situ. Dah macam kotak-kotak yang bewarna-warni. Tapi! Untuk melawat semua tempat menarik yang ada dekat sini, korang harus mempunyai stamina yang sangat tinggi. Kawasannya agak berbukit dan kelihatan seperti maze. Aku ada tersalah masuk jalan, kononnya nak pakai jalan pintas ke entrance village ni sebab kaki dah sakit-sakit time ni. Bukannya jalan pintas yang aku dapat, rupanya aku dah sesat kat entah ceruk mana kat village tu. Sana sini jalan mati. Lastly, aku patah balik jalan yang aku mula-mula masuk tadi dan bermulalah kembali sesi memanjat bukit. Penat. Serius penat tapi rasa berbaloi. By the way, aku tak habiskan pun route tu. Tak larat.






Nampak tak bangunan kat sebelah yang warna-warni ni, kat situlah nanti korang boleh collect postcard cantik secara percuma

Cam kotak-kotak warna warni kan?


Tips: Korang boleh beli map Gamcheon Cultural Village yang berharga KRW 2,000 dari kaunter information tak jauh dari entrance. Kalau korang penuhkan semua stamp yang diperlukan, korang boleh dapat satu poskad percuma. Cantik tau!

Trick: Kalau korang mampu berjalan jauh dan dapatkan semua stamp yang diperlukan, syabas!! Tapi, kalau rasa-rasa tak mampu berjalan (macam aku la) tapi nak jugak dapat poskad tu, just pergi dapatkan stamp di attraction No.16. Dan ahjumma di situ akan kasi satu poskad percuma buat korang. Aku pun secara tak sengaja discover pasal benda ni sebab mula-mula ingatkan nak singgah di situ untuk duduk berehat kejap. Sekali, ahjumma tu cakap, stamp dulu kat attraction No. 16, pastu dia akan bagi poskad. Aku pun on je lah. Hehe.


Ni lah postcard yang aku dapat


Dah pusing-pusing, dah puas ambil gambar, dah pergi dekat tempat penggambaran Running Man, it’s time to go to other places. To Jagalchi Market and BIFF Square we go!


Lokasi penggambaran Running Man


To Jagalchi Market and BIFF Square

Toseong Station --> Jagalchi Station (KRW 300)

Exit Jagalchi Station (Line 1) Exit 10, walk straight until simpang 4 yang kedua. At the second junction, you can see Pintu Gerbang Busan International Film Festival on the left. From that second junction, turn right and walk for about 300 meters until you reached Jagalchi Market.

Sebenarnya niat untuk Jagalchi Market ni sebab nak makan seafood fresh, sebab banyak review yang aku baca cakap seafood kat sini sedap. Banyak yang amat kedai-kedai seafood sepanjang jalan menuju ke Jagalchi Market tu. Belum lagi masuk ke bangunan Jagalchi Market. Perut yang lapar memang membuatkan aku makin rambang mata. Ada jugak pakcik makcik yang panggil aku pergi kedai dorang.







“Malaysia. Malaysia.” Sambil tunjuk menu seafood kat aku. Aku mula-mula tergoda lah jugak. Tapi tetiba timbul rasa was-was dengan tahap kehalalan makanan yang dihidangkan. Makanya, aku pun dengan rasa sedikit kecewa sebab tak dapat makan seafood fresh pun melangkah pergi dari Jagalchi Market untuk ke BIFF Square.









Dekat BIFF Square, tengah aku berjalan-jalan di sekitar dataran tu, tetiba aku nampak ramai gila orang berkumpul depan aku. Siap ada skrin besar lagi. Aku pun tetiba mengaktifkan mode busybody, dan terus bergerak menuju ke arah orang ramai untuk tahu apa yang terjadi. Aku pandang ke arah skrin besar depan aku, dan nampak muka yang agak dikenali. Rupa-rupanya, ada perjumpaan actor-aktor Korea bersama peminat di Busan. Aku baru teringat yang Busan International Film Festival 2016 akan berlangsung pada bulan Oktober ni. So, no wonder la kalau jumpa ramai artis Korea masa ni.


Junu and Junseo's appa


Oh ya, dalam beberapa orang artis yang hadir masa tu, aku kenal seorang je. Junu and Junseo’s appa! Kalau korang peminat rancangan ‘The Return of Superman’ dari episod awal-awal lagi, korang mesti kenal dengan aktor ni.  Aku sempatlah jugak tangkap beberapa keping gambar dia sebelum majlis tu bersurai. Takdelah clear sangat, dan takdelah tak clear sangat. Just nice lah orang cakap, sebab ramai kot fans dia dan aku pun sibuk menyelit di antara mereka-mereka itu.


To Busan Tower / Yongdusan Park

Exit Nampo Station (Exit 7), turn left onto Gwangbok-ro Street then go straight for 350m towards Yongdusan Park (escalator on the right).

Pastu, aku meneruskan perjalanan menuju ke Busan Tower dan Yongdusan Park. Masa ni hujan turun renyai-renyai. Aku pulak takde payung dan takde baju hujan. Tapi sebab nak pergi jugak ke Busan Tower tu, aku redah je lah. Hujan renyai renyai tak mampu patahkan semangat aku. Ecece haha!

Nak dijadikan cerita, aku tak tahu jalan. Sebenarnya, aku ada je map beserta direction untuk ke Busan Tower tu yang aku dah cari siap-siap masa kat Malaysia. Tapi! Kena ikut Exit subway lah. Mula-mula ingatkan malas nak patah ke subway dan keluar ikut exit yang betul, sebab ada blog yang aku baca tu cakap Busan Tower tak jauh dari Jagalchi Market dengan BIFF Square. Aku pun jalan je kononnya nanti jumpa jugak tempat yang dicari. Lebih dari setengah jam berjalan tanpa arah, akhirnya aku give up. Okay, aku patah balik ke subway dan cari exit yang betul untuk ke Busan Tower tu. Dan less than 10 minutes, aku dah sampai depan escalator tinggiiiii yang amat untuk bawak aku ke Busan Tower. Ada 4 tingkat escalator okay! Nasib baik ada escalator ni, kalau tak menangis lah naik tangga kat situ. Peringatan untuk semua: Hanya ada escalator untuk naik sahaja. Untuk turun, sila gunakan tangga huhuhu.


Naik escalator ni untuk ke Busan Tower


Aku lepak hampir sejam dekat Yongdusan Park. Tenang je rasa duduk kat situ. Masa aku sampai tu, ramai jugak pakcik makcik tengah bersenam. Kagum betul aku tengok. Lain benar dengan suasana di Malaysia. Oh ya, aku tak naik ke observatory Busan Tower tau. Aku just tengok dari bawah je.


Busan Tower




Sepatutnya dalam itinerary aku ada satu lagi tempat yang aku perlu pergi. 40-Step Culture & Tourism Theme Street. Alaa.! Tempat penggambaran Running Man tu. Tak ingat pulak episod berapa. Tempat tu sebenarnya tak jauh dari hostel aku. Tapi, disebabkan kaki ni dah sakit sangat, maybe sebab terkejut tetiba banyak berjalan (hahaha nampak sangat rendah stamina), aku pun terus je balik ke hostel untuk berehat.

Malam tu terus demam haa amek kau!

Untuk sesiapa yang nak pergi 40-step stairs tu.


To 40-Step Culture & Tourism Theme Street

Nampo Station --> Jungang Station (KRW 1,200)


Exit Jungang Station (Exit 13). Walk in the direction of the Gwangsan Hospital (about 5 minutes). Follow signboard ’40 stairs culture’ kaler coklat.