Tuesday 10 January 2017

Travelogue: Korea – Post travel (Day 5 – Seoul)


Sebab semalam dah jalan jauh ke Gapyeong, harini aku jalan-jalan dekat sekitar Bandar Seoul je. Gerak dari Itaewon Inn sekitar jam 9.00 pagi, destinasi pertama aku adalah Namsan Seoul Tower. Yessss, tower aka menara yang kerap muncul dalam drama-drama Korea tu.


To Namsan Seoul Tower

Itaewon Station (Line 6) --> Samgakji Station (Line 6 & 4, tukar tren kat sini) --> Myeongdong Station (Line 4) (KRW 1,250)

Exit Myeongdong Station (Exit 3), you’ll be able to locate 7-11 convenient store in front of you. Go straight into the street with 7-11 on the right and keep walking straight (going uphill at some part of the road) for about 5 minutes until a small junction where you need to slightly turn right (walk few steps) and turn left before continue going straight. Keep walking (the road getting more uphill) until you reach Namsan Cable Car Station located on your right.


Sila naik tangga ni untuk ke bangunan cable car

Bangunan cable car untuk ke Namsan Tower


Dah sampai kat Namsan Cable Car Station, pergi dekat kaunter tiket dan beli cable car round trip ticket dengan harga KRW 8,500. Masa aku pergi tu, ada sekumpulan kanak-kanak tadika diiringi oleh guru pengiring pun nak ke Namsan Tower tu. Comel okey adik-adik ni. Perjalanan ke Namsan Tower naik cable car ni tak lama, kejap je dalam lebih kurang 15 minit. Dan satu lagi, selalunya kalau kita naik cable car, ada bangku untuk duduk jadi kita duduklah kan. Tapi, cable car ni kita perlu berdiri di sepanjang perjalanan. Pastu ada seorang krew cable car yang akan berada dalam cable car setiap kali cable car beroperasi. Best jugaklah, lebih-lebih lagi kalau kau dapat berdiri dekat tepi cermin. Dapatlah tengok pemandangan Bandar Seoul dari atas udara.


Round trip ticket

Inilah cable car nak ke Namsan Tower tu


Aku tak naik pun Seoul tower, hanya berjalan-jalan di sekitar taman di situ. Duduk-duduk sambil tengok ragam orang, seronok jugak buat sekali-sekala. Tambah-tambah lagi kawasan situ cantik dan tenang, dengan sesetengah pokok dah pun berdaun merah. Bertambah cantik! Sesekali, aku menyibukkan diri di kalangan diorang yang tengah syok mengambil gambar di sekitar kawasan love-lock dan berselfie. Kehkeh. Banyak gila love-lock kat sini. Kau boleh pilih nak bergambar kat love-lock yang mana; love-lock berbentuk love, love-lock berbentuk pokok, dan love-lock dekat pagar-pagar. Aku? Semestinyalah bergambar dekat semua bentuk love-lock yang ada hahahahahaha.








Namsan Seoul Tower











Hampir sejam setengah di Namsan Seoul Tower, aku pun mula bergerak balik. Tak jauh dari kawasan cable car, aku ternampak beberapa orang berpakaian seragam seperti pengawal/pegawai istana zaman dulu-dulu. Rupanya, diorang ada pertunjukan masa tu. Tak ingat pulak pertunjukan apa. Ada jugak booth hanbok bagi mereka yang teringin nak cuba memakai hanbok (untuk perempuan) dan pakaian pengawal/pegawai istana (untuk lelaki). Disebabkan barisan di booth tu agak panjang, dan aku malas nak beratur sekali, aku pun gerak jelah terus ke cable car untuk kembali ke Myeongdong Station.





To Myeongdong; Busanjib Restaurant

Sampai di Myeongdong Station, aku mencari laluan untuk ke Exit 6. Exit 6 ni akan bawak kau ke kawasan membeli-belah Myeongdong yang famous tu. 






Tujuan aku ke sini harini bukanlah untuk shopping. Tapi, aku nak mencari kedai makan Asam Pedas yang sering disebut-sebut oleh rakyat Malaysia yang dah pernah ke Korea ni. Tapi, cari punya cari aku tak jumpa pulak kedai makan tu. Dan perut aku pulak dah lapar masa tu. Kebetulan, aku ternampak satu kedai ni yang ada tanda halal di pintu masuk kedai. Busanjib. Terus aku google pasal kedai makan tu. Alhamdulillah, memang kedai tu tersenarai dalam kedai makan halal di sekitar Seoul. Jadi, aku masuk kedai makan tu dan makan tengah hari di situ. Oh ya, kau tak payah nak order air pun. Once kau duduk, nanti ahjumma tu datang bawa sebotol air sejuk. Free je. Aku makan Hot Stone Pot Bibimbap yang berharga KRW 8,000. Ada few side dishes; ikan bilis, kimchi dan sayur. Kimchi dia sedap, serius. Bibimbap pun sedap, masuk dengan tekak aku.


First time rasa bibimbap. Sedapp! Kimchi dia terbaik!


Dah selesai makan, aku keluar jalan-jalan kejap dekat sekitar Myeongdong tu. Yelah, tengok banyak promotion gila-gila terutamanya dari kedai-kedai kecantikan; Nature Republic, Sea N Tree, Etude House, Skin Food, etc. Aku yang tak gila dengan barangan kecantikan ni pun boleh terpengaruh tau. Aku masuk jugak usha apa yang ada kat kedai-kedai ni, pastu ended up beli mask muka. Kehkeh. Aku beli 2 paket mask je dari kedai Sea N Tree harini, sebab masih nak pergi jalan-jalan kan. Malas nak bawak beg berat-berat. Setiap paket ada 10 pieces mask. 2 paket, jadi ada 20 pieces. KRW 6,500 je tau untuk kedua-dua paket tu. Sebenarnya, setiap satu paket tu KRW 6,500. Tapi sebab masa tu ada Korea Festa Sale, jadi ada promosi 2 paket (10+10 pieces) berharga KRW 6,500. Pastu singgah kat Nature Republic untuk beli Soothing AloeVera gel dengan harga KRW 4,400 setiap botol. Kulit aku mengalami tahap kekeringan yang agak teruk, jadi aku sangat memerlukan gel ni. Gel ni dijual dengan harga promosi masa ni. Harga asal tak pasti pulak berapa.

Takut terpengaruh dengan lebih dasyat, jadi aku segera beredar dari Myeongdong untuk ke KBS station yang terletak di National Assembly Station.


To Korean Broadcasting Station (KBS)

Myeongdong Station (Line 4) --> Dongjak Station (Line 4 & 9; tukar tren kat sini) --> National Assembly Station (Line 9) (KRW 1,250)

Exit National Assembly Station (Exit 4), you will see KBS signboard in front of you. Go straight for about 100m, then turn right at the junction. Walk straight until you see a KBS IBC building across the road. Cross the road into the entrance of KBS IBC, then turn left. Walk until the first junction (GS25 convenience store on your life), then turn right. Walk straight until you find the entrance to KBS Station. If you see yellow KBS mascot, then you are at the right place.


Cari bangunan ni kalau nak ke KBS Exhibition Hall

Kalau jumpa maskot kuning KBS ni, you are at the right place



Dekat sini kau boleh merasai sendiri pengalaman menjadi deejay radio dan penyampai TV. Aku sempat rasa menjadi deejay radio je sebab dekat tempat penyampai TV tu ada sekumpulan pelajar sekolah sedang membuat aktiviti sekolah. Malas nak tunggu, aku skip tempat pengacara TV tu. Ada jugak pameran peralatan broadcasting stesen KBS dari zaman datuk nenek dulu sampai lah yang terkini.

Ground floor – entrance masuk dan kaunter informasi. Terdapat pameran drama Descendants of the Sun dan tayangan tarian Park Bo Gum untuk cerita Moonlights in the Cloud. Oh ya, bagi peminat Song Joong Ki, ada life size cut actor tersebut tau. Bolehlah kalau nak bergambar dengan ‘Song Joong Ki’ di situ.


JoongKi oppa :)


First floor – segala yang berkaitan dengan TV broadcasting. Kat sinilah tempatnya kalau kau nak merasai pengalaman menjadi seorang penyampai TV. Ada peralatan TV kat situ.


Peralatan TV broadcasting


Second floor – segala yang berkaitan dengan radio broadcasting. Kat sinilah tempatnya kalau kau nak merasai pengalaman menjadi seorang deejay radio.


Acah-acah jadi Deejay kejap ;)


Dekat luar bangunan pulak, kau boleh tengok secara live deejay radio bertugas. Ada bangku yang disediakan so kau bolehlah duduk dan tengok. Ada juga disediakan TV dekat situ yang fokus dekat deejay radio dan tetamu mereka. Kalau-kalau ada artis yang korang minat tengah menjadi deejay atau jadi tetamu masa kau datang tu, bolehlah duduk dekat bangku tu dan tengok mereka.

Masa aku duduk kat bangku tu, kebetulan pulak sekumpulan pelajar yang dekat tempat penyampai TV tadi keluar. Mereka pun duduk memenuhi bangku di sebelah kiri dan kanan dan di hadapan aku (aku duduk di bangku belakang sekali). Sesetengah daripada budak-budak ni pergi dekat dinding kaca dekat dengan deejay bertugas. Nampak somebody ni, terus diorang menjerit-jerit. Aku tak pasti siapa yang diorang nampak masa tu. Tapi, diorang punya reaksi tu buat aku sedikit terkejut. Sebab aku dok syok online (ada free wifi kat situ), tetiba dengar orang menjerit-jerit. Kalau kau pun mesti terkejut kan? Hahaha. 

Dah hilang sikit penat di kaki, dah post gambar yang perlu (hahaha!) dan sebab makin ramai orang yang datang, aku pun segera beredar dari KBS building ni untuk jalan-jalan di taman pulak; Yeouido Park.


Kenderaan KBS


To Yeoiudo Park

Located just in front of the KBS Exhibition Hall.

Dekat traffic light di depan bangunan KBS Exhibition Hall, kau lintas je jalan tu. Make sure tuggu lampu hijau untuk berjalan dulu, tau. Yeouido Park ni memang betul-betul di depan KBS Exhibition Hall ni. Lepas lintas jalan, kau akan jumpa Exit 6 Yeoiudo Park. Kat sini kau boleh sewa basikal. KRW 5,000 untuk satu jam. Pemandangan di situ memang lawa. Masa aku pergi tu daun-daun dah banyak jugaklah yang bertukar kaler merah.












Kalau kau tak kejar masa, duduklah kat situ sambil menikmati pemandangan yang lawa dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Lagi best kalau kau sewa basikal dan pusing satu taman ni. Kalau nak jalan kaki, agak penatlah sebab taman ni besar gila.

Dah puas duduk lepak dan menghilangkan penat di kaki, aku pun bergerak dan berjalan kaki menuju ke Han River pulak.


To Han River

From Yeouido Park, find Exit 9 to go to Han River.

Yang bestnya di kawasan ni, semua attraction places (tempat wajib pergi untuk aku lah) terletak within walking distances je. Sangat memudahkan pelancong macam aku untuk pergi dari satu tempat ke satu tempat dengan hanya berjalan kaki. Keluar je dari Exit 9 Yeouido Park, kau akan terus jumpa Han River. Untuk ke sana, kau kena lintas jalan dulu lah, dan seperti biasa kena tunggu lampu hijau untuk berjalan dulu, okay? Jangan main redah je pulak.


Han River :)

Han River lagi ;)

Cantik gila pemandangan masa ni



Kawasan di sekitar Han River ni memang cantik. Petang-petang memang ramai orang yang beriadah dekat situ. Ada yang berjalan-jalan, ada yang jogging, ada yang berbasikal dan ada yang saja duduk kat bangku untuk menikmati pemandangan. Aku duduk di situ sampai sunset. Serius lawa sangat!

Aku strolling down the park dekat Han River, dan aku terjumpa stesen subway Yeouinaru Station, dan naiklah tren dekat situ untuk balik ke Itaewon Inn. 


No comments:

Post a Comment