Saturday 31 December 2016

Travelogue: Korea – Post travel (Day 2 – Busan)


Aku bangun jam 4.30 pagi. Awal kan kan kan? Hahaha. Tapi still baring sambil jenguk jap instagram, facebook dan twitter. Nak bersiap pun, awal sangat lagipun roommate aku tengah tidur so taknaklah ganggu dia dengan berbuat bising. Dalam jam 6.30 pagi baru aku bangun, mandi, bersiap, packing barang semua. Dalam jam 7.30 pagi, aku dah bersiap nak check out. Turun tingkat bawah nak bagitahu dekat staff hostel ni aku nak check out dah, alih-alih kaunter tak bukak lagi. Aku pun hantar je email kat dorang cakap terima kasih dan bagitahu aku dah nak check out. Lagipun memang masa check in semalam dah bagitahu dorang aku check out awal harini.

So, aku pun bergeraklah ke Busan Station (KTX,ITX, Mugunghwa) dulu sebab nak simpan beg dalam loker kat situ. Gila hape nak heret beg berat tu ke sana sini huhuhu. Okay, bayaran loker tu ikut saiz loker yang kita pilih. Disebabkan beg aku ni muat untuk loker saiz medium, so aku kena bayar KRW 3,000. Tak payah pakai kunci weh, cukup dengan kau punya finger print je. Pastu, aku patah balik ke Busan subway station sebab nak beli one day pass.


One day pass Busan. Beli kat vending machine dekat subway station Busan, okay?


Info:
One day pass Busan ni berharga KRW 4,500. So, kau bolehlah naik tren subway ke mana-mana je dan berapa banyak kali pun asalkan dalam hari yang sama kau beli tiket tu. Sebenarnya aku tak pasti boleh guna untuk bas ke tak. Sebab aku cuba touch tiket tu waktu naik bas tak dapat pulak (ke aku yang tak reti guna?). Jadi bila naik bas, aku guna T-money.


Busan Station

Vending machine yang terdapat di setiap subway station. Coffee ice dia sedap tau, KRW 400 je.

Hot coffee; KRW 300


Destinasi pertama untuk hari kedua di Busan adalah Taejongdae Park.


To Taejongdae Park

Jungang Station --> Busan Station (KRW 1,200)
Busan Station bus stop --> Taejongdae Park --> Busan Station bus stop (KRW 2,400)

Exit Busan Station (the subway station, not the KTX station) (Exit 7), walk straight until you reach the 3rd bus station. You’ll pass by CU convenient store, Bonjuk 본죽 Porridge, BBQ Chicken Restaurant and a pharmacy called Mibo미보 before reaching the bus stop.

Take bus no. 88 or 101. It will take about 45 minutes to reach Taejongdae Cliff Bus stop (the last bus stop on the route). Other buses bound for Taejongdae: No. 8, 13, 30, 88, or 101.


Entrance Taeongdae Park. Cantik kan?


Dari pintu masuk je Taejongdae Beach, agak jauh jugak nak ke kaunter tiket / tempat permulaan untuk meneroka Taejongdae Park, mungkin dalam 10 minit berjalan bagi yang slow walker macam aku. Tambahan pulak, jalan tu agak berbukit. Tapi yang seronoknya, kawasan sekeliling sangat cantik jadi korang tak terasa penat sangat lah.  Dah sampai kat kaunter tiket, aku nampak ada seorang pelancong ni nak beli tiket Danubi Tram. Aku pun pergi lah dekat sikit nak tengok. Tapi sedikit kecewa, tram tak beroperasi pulak hari tu. Aku tak pasti sama ada tram tu memang tak beroperasi hari tu je ke ataupun sepanjang musim luruh. Aku mula dua tiga; sama ada nak berjalan kaki meneroka Taejongdae Park tu ataupun balik je. Dalam fikiran memula, asalkan dah jejakkan kaki ke sini dah lah. Pastu terfikir lagi, rugi lah kalau aku terus balik. Jauh kot perjalanan nak sampai sini. Lagipun,dah alang-alang sampai sini kan. Aku pun kumpulkan semua tenaga dan semangat untuk meneroka Taejongdae Park ni dengan berjalan kaki.






Danubi tram:

Danubi tram ni cam keretapi kecil yang comel yang akan bawa kita mengelilingi Taejongdae Park. Ada lima tempat menarik sepanjang mengelilingi Taejongdae Park ni. Jadi, apabila kita naik tram ni, kita boleh berhenti kat mana-mana tempat yang kita nak dan bila dah selesai berjalan-jalan di tempat tu, kita boleh naik tram ni balik untuk ke tempat menarik yang seterusnya.

Danubi Train Course:

Platform→ Taejongsa Temple → Yeongdo Lighthouse → Observatory → Gumyeongsa Temple → Taewon Jagal Madang → Platform


Map untuk Taejongdae Park


Kalau ikutkan papan tanda yang ada di sekitar tempat permulaan tu, jarak untuk ke Yeongdo Lighthouse hanyalah 1.9km. Yes, kalau berjalan sejauh 1.9km kat jalan rata pun mengambil masa yang agak lama mungkin sekitar 25-30 minit (slow walker plus menikmati pemandangan). Bayangkan pula kalau berjalan di kawasan yang berbukit sejauh itu? Separuh perjalanan, aku hampir mengalah. Tapi, apabila melihat ahjumma dan ahjussi yang sangat kuat dan relaks je berjalan (lagi laju dari aku hokay!), aku terus bersemangat kembali. Aku mengambil masa hampir satu jam setengah untuk ke lighthouse tu (termasuk masa berhenti rehat dan menikmati pemandangan serta mengambil gambar).

Oh yea. Antara kelima-lima tempat menarik ni, ada dua tempat yang sangat popular dan lebih diminati oleh pelancong. Observatory dan Yeongdo Lighthouse. Aku sebenarnya plan nak pergi ke kedua-dua tempat ni, tapi sayangnya masa aku pergi ni, Observatory ni dalam proses penambahbaikan. Jadi, aku hanya berpeluang ke Yeongdo Lighthouse.


View yang kau boleh tengok bila kau dalam perjalanan ke Lighthouse.

Observatory deck; tengah dalam renovation masa ni


Salah satu sebab utama aku nakkkkk sangat pergi ke Yeongdo Lighthouse ni adalah untuk pergi sendiri ke Sinseon Rock. Sinseon Rock ni adalah salah satu tempat yang sangat cantik untuk mengambil gambar dengan pemandangan laut yang menghijau.






Sila jangan nangis tengok tangga ni hahaha

Famous spot untuk bergambar!

Yeoiudo Lighthouse



Tapi, sekali lagi aku kecewa. Sebabnya, jalan untuk ke Sinseon Rock masa tu ditutup. Aku tak pasti kenapa, berkemungkinan kerana angin yang agak kuat serta hujan renyai-renyai. Bahaya mungkin, takut jalan licin. Yelah, jalan nak ke Sinseon Rock kalau cuaca elok dan panas pun agak berisiko, apatah lagi kalau tengah hujan renyai-renyai pakej dengan angin yang tidak sepoi-sepoi bahasa.


Sinseon Rock

Jalan ke Sinseon Rock ditutup masa ni


Jadinya, aku duduk lepak dekat bawah lighthouse je. Lama jugaklah aku duduk di situ sebelum hujan menjadi agak lebat. Sayang nak tinggalkan lighthouse tu sebab pemandangannya Ya Allah, sangat cantik!

Breathtaking view!

Keluar dari kawasan lighthouse, aku pun teruskan perjalanan untuk kembali ke platform permulaan. Jaraknya dalam 1.5km, rasanyalah. Tak sampai sejam, aku dah sampai ke platform. Dalam perjalanan, aku jumpa lagi ramai ahjussi dan ahjumma yang dalam perjalanan meneroka Taejongdae Park ni. Serius kagum gila dengan semangat dan stamina dorang. Ada seorang ahjussi ni siap berlari dan berjoging lagi kot. Kalah betul la aku yang muda ni.

Dah puas meneroka di sekitar Taejongdae Park ni, aku pun melangkah berjalan ke bus stop bertentangan dengan bus stop masa aku mula-mula sampai. Bus stop ni terletak betul-betul bersebelahan dengan tempat bas-bas berkumpul dan berhenti rehat. Naik bas bernombor 88 atau 101 untuk kembali ke Busan Station bus stop.

Destinasi aku yang seterusnya adalah Oryukdo Skywalk.


Busan Station bus stop --> Taejongdae Park --> Busan Station bus stop (KRW 2,400)

Take bus No. 27 near Exit 10. Get off at Oryukdo SK View Humun (Backgate) bus stop (total 25 stops). Walk ahead about 275 meters to reach Oryukdo Skywalk.

Info: Takyah risau kalau-kalau terlepas stesen ke apa. Sebabnya, selain announcement dalam bahasa Korea, ada jugak announcement dalam English. Dan ada tunjuk kat signboard dalam bas tu kita berada di stesen mana masa tu. Lagipun, stesen bas untuk ke Uryokdo Skywalk ni adalah yang terakhir dalam course bas tu. Perjalanan mengambil masa dalam 35 minit – 45 minit ikut keadaan traffic pada masa tu.

Sampai-sampai kat area Oryukdo Skywalk tu, hujan renyai-renyai. Aku takde payung, apatah lagi baju hujan. Memang redah je lah. Nak naik ke kawasan Oryukdo Skywalk tu, kena naik bukit yang tak berapa tinggi tapi tetap buatkan aku terasa sedikit mengah. Hahahaha. Dah sampai kat atas tu, view sekeliling memang cantik. Dikelilingi oleh laut kot. Memang terus hilang rasa penat bila tengok pemandangan kat atas tu. Ambil gambar kejap sebelum cari kawasan berkaca skywalk tu. Tapi sayangnya, kawasan tu ditutup. Mungkin sebab hujan agaknya. Sedikit kecewa, aku hanya dapat mengambil gambar kawasan berkaca skywalk je. Lepak-lepak kejap kat area situ sambil menikmati pemandangan indah depan mata dalam 30 minit. Lagipun, kawasannya kecil je. 15 minit – 30 jam dah memadai. Tapi, kalau kau jenis yang sangat sukakan pemandangan tepi laut, kau boleh lepak lebih dari satu jam kat situ.


Naik ke kawasan berbukit ni untuk ke Oryukdo Skywalk



Skywalk ni ditutup masa ni, maybe sebab hujan kot



Sebenarnya berdepan dengan Skywalk Oryukdo ni ada Igadae Park. Tapi disebabkan hujan, aku terasa malas nak menapak ke situ. Lagi-lagi bila tengok ada bukit yang sangat-sangat tinggi kat situ. Memang terus tak bersemangat. Hehehe. Jadi, aku terus menuju ke stesen bas yang bertentangan dengan stesen bas yang aku turun memula tadi. Tak jauh, dekat je. Lagi dekat dari stesen yang aku turun memula tadi.


Tunggu bas kat sini untuk balik ke Busan Station balik


Sampai kat stesen bas Busan Station, aku terus menuju ke Busan subway station untuk naik tren ke Heundae Beach. Kau dah sampai Busan, kalau tak jejakkan kaki ke Heaundae Beach, umpama kau tak ke Busan. Gituuu. Hahaha.


To Heundae Beach

Busan Station (Line 1) --> Seomyeon Station (Line 1 & Line 2, tukar train kat sini) --> Heundae Station (Line 2) [Jangsan Line] (KRW 1,400, tapi aku guna one day pass)

From Heundae Station (Exit 3), walk straight for about 500 meters until you see the beach. Kau keluar je dari Exit 3, jalan terus sampai kau nampak pantai.

Dua hari sebelum aku nak ke Busan, berlaku Typhoon Chaba yang melintasi South Korea. Tempat yang paling teruk kena adalah Ulsan dan Busan. Memula aku tak tahu pun pasal ni. Mak aku la yang terbaca pasal ni dekat Facebook, jadi dia bagitahu aku. Risau jugak, yelah dorang cakap dah macam kena landa tsunami dah dekat Busan terutamanya dekat Heundae Beach. Air naik tinggi dan deras melimpahi kawasan sekitar. Siap ada kejadian yang mengakibatkan kehilangan nyawa, kecederaan fizikal dan kerosakan harta benda yang teruk. Aku risau dah. Lagi dua hari flight aku. Aku pun sentiasa cari update terbaru berkaitan Typhoon Chaba ni. Aku emel jugak dekat staff Mr Egg Original Hostel Nampo, hostel yang aku dah tempah untuk penginapan di Busan untuk bertanyakan status terkini keadaan di Busan. Dorang balas emel, mengatakan Typhoon Chaba dah dalam perjalanan menuju ke tempat lain, dan kawasan di Busan kebanyakannya tak terjejas kecuali di Heundae Beach. Aku rasa lega. Pastu, check pula update rakyat Malaysia yang tengah berada di Busan dekat group Facebook. Dorang pun cakap kejadian yang umpama tsunami tu dah reda, dan kawasan Heundae Beach pun dah elok seperti biasa.

Jadinya, aku pun meneruskan niat di hati untuk ke Heundae Beach. Sampai je kat stesen Heundae Beach, tengah hujan renyai. Aku malas nak beli payung ataupun baju hujan, biarpun banyak je kedai yang jual payung dan baju hujan di sepanjang perjalanan ke Heundae Beach, sebab rasa renyah nak bawak payung ke hulu ke hilir. So, aku pasrah bermandikan hujan. Alah, sekali sekali tak apa. Hehe. Sampai je kat Heundae Beach, aku nampak ramai orang kat situ dan sudah semestinya mereka berpayung. Rasanya aku seorang yang tabah tak berpayung kat situ, dengan baju yang dah mula basah.


Map Heundae Beach

Heundae Beach

Sekitar Heundae Beach





Keadaan sekeliling nampak okay. Adalah sedikit kesan dari air yang naik tu, tapi tetap nampak okay. Pantai cantik beb! Ramai yang buat aktiviti pantai masa tu, terutamanya mereka yang bermain jet ski. Kalau hari tu tak hujan, rasanya lagi lama aku kat situ. Tapi, hujan mula turun dengan agak lebat membuatkan aku terpaksa mencari tempat berlindung. Tapi, sempatlah jugak aku menghabiskan masa dalam 30 minit di situ.

Dah alang-alang mencari tempat berlindung, aku pun terus je bergerak ke subway station untuk ke destinasi terakhir di Busan iaitu Gwanggali Beach, sebelum bergerak ke Seoul malam tu.


To Gwanggali Beach

Heundae Station (Line 2) --> Gwangan Station (Line 2) [Yangsan Line] (KRW 1,200, tapi aku guna one day pass)

Exit Gwangan Station (Exit 5). Anda akan nampak satu lorong kecil di tepi kedai makan. Ikut lorong tersebut dan jalan terus sampai anda nampak satu bangunan/kedai/bank yang berwarna merah di sebalah kanan anda. Lintas jalan di hadapan anda dan anda akan melihat kawasan apartment bernama The Ocean. Belok kiri dan teruskan berjalan sehingga ke hujung jalan. Kemudian, belok kanan dan teruskan berjalan sehingga anda sampai ke Gwanggali Beach. Anda akan nampak Gwangan Bridge sekiranya anda sudah sampai di Gwanggali Bridge.

Gwanggali Beach ni pun salah satu tarikan utama di Busan ni. Pemandangan Gwangan Bridge pada waktu malam sangat cantik. Sambil tengok pemandangan Gwangan Bridge, dengar pulak bunyi ombak menyapa pantai, dengan lampu bergemelapan dari bangunan di sekeliling, how great is that? Tak puas rasanya ambil gambar kat situ. Sebab ambil gambar dari mana-mana angle pun tetap cantik.


Gwanggali Bridge masa hari tengah terang


Masa memula aku sampai, hari masih terang jadi Gwangan Bridge tu nampak biasa-biasa je. Jadi, aku tunggu sehingga hari sudah malam dan langit betul-betul gelap. Masa tu baru nampak betapa cantiknya Gwangan Bridge tu disinari cahaya lampu berwarna-warni. Aku siap duduk lepak di bangku berhadapan dengan Gwangan Bridge tu sambil minum banana uyu dan makan biskut coklat Tiger. Syok gila. Wifi pun available, so aku siap Whatsapp call mak ayah dan adik-adik aku lagi sambil menikmati pemandangan yang indah itu. Ececeh.


Sekitar Gwanggali Beach

Gwanggali Bridge waktu malam

Cantik kannn?


Dalam jam 8 malam camtu, aku pun bergerak untuk ke Busan Station semula. Sebabnya? Aku akan menaiki Mugunghwa train untuk ke Seoul jam 11 malam. Mugunghwa train dah ada di platform jam 10.36 malam. Memula aku blur jugak nak cari cabin dan tempat duduk semua. Lama jugak tenung tiket train baru aku faham aku duduk di cabin mana dan seat nombor berapa. Kehkeh. Train bertolak tepat-tepat jam 11.10 malam, and finally off we go!


Departure's schedule untuk KTX, ITX dan Mugunghwa train

Dekat platform 1, untuk Mugunghwa train

Mugunghwa train dah tiba, apalagi jom masuk!



Another adventure awaiting!


6 comments:

  1. Hai. You beli ticket train to Seoul tu online or kat Busan station?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai awak. Sy beli tiket tu dekat Busan Station, sebab masa tu bukan peak time/holiday dekat Korea. Kalau masa tu peak time, better awak beli online. Takut habis pulak.

      Delete
  2. Hai, boleh share iti x ke Busan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, actually semua jadual perjalanan, sy dah share dalam blog ni. Tapi, kalo awk nak yg dlm bentuk pdf, boleh bagi emel awk, nt sy share :)

      Delete
  3. Haii..nak tanye...train mughunghwa tu kalau beli online dia receive debit card tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, emmm tak pasti pulak yg ni sbb sy haritu beli direct kat kaunter. Boleh try dulu proceed buat payment guna debit card. Kalo tak boleh, means kena guna credit card kot :)

      Delete