Yay! Hari ni bangun awal. Sebab? I’m going to Nami Island!
Disebabkan perjalanan ke Nami Island mengambil masa hampir 2 jam, sebab aku
guna tren subway, jadi aku kena gerak awal. Awal tak awal, jam 7.45 pagi baru
aku gerak keluar. Oh ya, kalau korang nak jimat masa dan ada duit lebih,
semestinya teksi pilihan terbaik. Ataupun, korang boleh guna tren ITX. Tren ni
takde berhenti kat mana-mana stesen, direct je ke Gapyeong atau Cheongpyeong
Station, ikutlah stesen mana yang korang prefer nak berhenti. Kalau tren subway
yang aku naik tu, setiap stesen berhenti jadi makan masa kat situ lah. Tapi,
aku cuba nak jimat setiap won yang ada, lagipun aku gerak solo jadi tak terikat
dengan apa-apa komitmen atau jadual orang lain. Perjalanan dari Itaewon Station ke Gapyeong Station memakan masa hampir 2 jam.
To Gapyeong Station
Itaewon
Station (Line 6) --> Taereung Station (Line 6 & 7, tukar tren kat sini) --> Sangbong Station (Line 7 & Gyeongchun,
tukar tren kat sini) --> Gapyeong Station (Line Gyeongchun) (KRW 2,250)
Exit Gapyeong Station (Exit 1). Wait
for Gapyeong Tour Shuttle Bus at the bus stop.
Info Gapyeong Tour Shuttle Bus:
Shuttle bus ni akan bawa korang ke
tempat-tempat menarik di sekitar kawasan ni. Bayarannya adalah KRW 6,000 untuk
satu hari. Untuk satu hari ya. Masuknya, kalau korang naik shuttle bus ni di
Gapyeong Station, pastu korang turun dekat Nami Island. Bila dah selesai
melawat Nami Island, korang boleh naik balik shuttle bus ni. tak payah bayar
dah, hanya tunjuk salinan tiket shuttle bus yang korang dapat masa bayar tiket
bas awal-awal tadi.
Oh ya, kalau korang ada tiket Gapyeong
Tour shuttle bas yang korang boleh dapat free je dari KTO Malaysia, korang tak
payah bayar tiket bas dah. Hanya tunjukkan tiket shuttle bus dari KTO tu dekat ahjussi
driver dan korang boleh naik bas secara percuma. Jimat dah kat situ kan? Hehe.
Dan untuk naik bas ni, bas ni akan
datang pada masa-masa yang dah ditetapkan. Sila rujuk jadual di bawah, okay.
Aku terlepas dua bas pertama (tak sempat kejar masa bas pertama sampai dan masa
bas kedua sampai, barisan panjang pulak depan aku. Elok-elok je orang depan aku
naik, bas memang dah penuh gila so aku tak dapat nak naik), jadinya masa bas
ketiga sampai baru aku dapat naik. Perjalanan dari Gapyeong Station ke Nami
Island mengambil masa selama 15 minit.
![]() |
Gapyeong Station |
![]() |
Nanti naik Gapyeong Tour Shuttle Bus ni |
![]() |
Shuttle Bus's schedule |
Masa tengah beratur untuk naik bas, ada beberapa orang rakan
senegara tegur aku sebab tengok aku seorang diri. Semua macam ‘Wahhhh kau
datang seorang?’ Aku senyum je, dalam hati bermonolog sendiri. ‘Ramai je orang
travel solo sekarang. Takde apa yang nak dikagumkan pun’. Tak sempat naik bas
kedua, aku tunggu bas seterusnya datang. Waktu aku beratur tunggu, ada seorang
perempuan ni datang tegur aku. Fatimah, student Master dekat UKM. Dia datang
dengan geng dia dalam 7 orang semuanya. Kitorang borak-borak lah. Fatimah ni
friendly sangat, so aku jadi selesa nak borak panjang dengan dia. Even masa
naik bas pun, dia datang duduk sebelah aku sebab dia cakap nak borak-borak.
Sampai dekat entrance Nami Island, kitorang berpecah. Iyelah, dia datang dengan
geng dia kot. Lagipun, aku suka gerak seorang sebab boleh menikmati ‘me time’.
Nak lelama kat satu-satu tempat pun takpe.
To Nami Island
Harga normal untuk tiket pergi balik feri dan tiket masuk ke Nami
Island sebenarnya KRW 10,000. Semua pelawat/pelancong yang mempunyai passport
dapat diskaun tiket masuk ke Nami Island. Jadi, hanya perlu bayar KRW 8,000
sahaja. Ada dua cara nak ke Nami Island. Pertama, dengan menaiki feri seperti
yang aku bagitahu tadi. Kedua, naik Zipline. Zipline ni macam kau main flying
fox cenggitu la; dari tower Zipline tu turun ke Nami Island merentas sungai. 5
minit je dah sampai. Kalau naik feri, dalam 15 minit-20 minit jugaklah. Harga
untuk naik Zipline ni KRW 38,000/seorang. Hati aku meronta-ronta nak naik
Zipline, tapi mahalnya lah. Terpaksalah melupakan hasrat tu. Lain kali, in sha
Allah. Sesiapa yang nakkan adventure dan ada duit lebih boleh lah cuba Zipline
ni.
![]() |
Zipline; one day mesti try naik ni untuk ke Nami Island |
![]() |
Tunggu feri untuk ke Nami Island |
![]() |
Welcome! :) |
Nami Island cantik sangat, like seriously. No wonder la ramai
pelancong datang ke sana setiap hari, tak kira hari bekerja ataupun hujung
minggu. Ada komen dekat blog yang aku baca bagitahu cukuplah sekali datang ke
Nami Island. Tapi bagi aku, aku nak datang sana lagi kalau berkesempatan. Aku
habiskan masa dalam 5 jam di sana, termasuklah menjelajah hampir seluruh pulau,
makan tengah hari dan duduk relaks sambil minum kopi dan makan aiskrim.
Kalau dekat Nami Island ni, ada beberapa restoran yang menyajikan makanan halal yang kau
boleh pilih. Aku makan tengah hari dekat Drama Café. Drama Café ni tersorok
sikit, tapi sangat terkenal dengan nasi goncang di kalangan pelancong Malaysia
terutamanya. Aku baca komen orang, most of them cakap nasi goncang tu sedap.
Jadi, aku pun nak cuba jugaklah. Ada beberapa pilihan nasi goncang. Aku pilih
nasi goncang tuna (set nasi putih, kimchi, tuna dan telur mata). Set ni
berharga KRW 6,500. Serius sedap! Lepas tu aku minum hot Caramel Macchiato yang
aku beli dari BooXafe Coffee Shop berharga KRW 5,000. Minum hot Caramel
Macchiato masa cuaca sejuk, perghh salah satu nikmat dunia.
![]() |
Cozy and nice coffee shop :) |
![]() |
Buzzer ni selalu nampak dalam K-drama je |
![]() |
My fav Caramel Machiatto ;) |
![]() |
Lunch; Nasi Goncang and Caramel Machiatto |
![]() |
Nasi Goncang; sebelum digoncang |
![]() |
Nasi Goncang; selepas digoncang |
![]() |
Drama Cafe; kat sini la yang ada jual nasi goncang sedap tu :) |
Lepas selesai mengisi perut, aku pun jalan-jalan lagi di kawasan sekitar sambil mengambil gambar. Terjumpa pulak ramai berkerumun dekat satu stall ni, aku pergi dekat nak tengok. Rupanya, diorang tengah menunggu giliran nak beli aiskrim. Aku tergoda nak beli jugak. Kekeke. So, aku pun beraturlah sekali nak beli aiskrim. Ada macam-macam perisa, tapi aku pilih perisa vanilla. Aiskrim vanilla jenama Prefere ni berharga KRW 3,000 setiap satu. Sambil makan aiskrim, aku duduk dekat bangku bawah pokok yang rendang sambil melihat gelagat dan ragam pelancong di Nami.
![]() |
Vanilla Ice-cream yang sedap |
![]() |
View Nami Island dari dalam feri |
Dalam jam 4 lebih camtu, aku bergerak menuju ke feri untuk
kembali ke tempat menunggu Gapyeong Tour shuttle bus untuk ke Petite France
pulak. Dalam hati sebenarnya dah pasrah sebab tak sempat nak ke The Garden of
Morning Calm. Takpelah, in sha Allah lain kali ke sana pulak.
To Petite France
Naik shuttle bus tu dekat tempat yang kau turun memula tadi tau. Jangan
naik bas dekat bus stop bertentangan pulak, kang bas tu bawak kau balik ke
Gapyeong Station (unless memang kau nak balik ke Gapyeong Station). Naik bas,
kau jangan lupa tunjuk all day ticket kau kat ahjussi driver tu kalau tak
nanti, kena bayar another KRW 6,000. Perjalanan ke Petite France mengambil masa
selama 25 minit.
Sebenarnya, salah satu sebab aku nak ke Petite France adalah
kerana aku nak menjejak kawasan penggambaran variety show Running Man. Kalau
korang memang penonton setia Running Man, korang mesti tahu yang Petite France
adalah tempat penggambaran Running Man untuk episode ke 40. Guests Running Man
masa tu adalah Taecyeon dan Nickhun dari kumpulan 2PM. Tau kan? Kan? Heee ;)
![]() |
In front of Petite France |
Sampai je dekat Petite France dalam jam 4.50 petang, perkara
pertama sekali kena buat mestilah beli tiket masuk kan. Harga asal tiket adalah
KRW 8,000. Disebabkan aku ada kupon diskaun dari KTO Malaysia, aku hanya perlu
bayar KRW 6,000 sahaja.
Aku hanya spend masa kira-kira 50 minit di sini. Kenapa? Sebabnya,
aku nak kejar bas ketiga terakhir yang akan ke Cheongpyeong Station, yang
dijadualkan sampai jam 5.50 petang. Tapi, sayangnya tak sempat jadi aku tunggu
bas kedua terakhir yang dijadualkan sampai dalam jam 6.20 petang. Lagipun,
Petite France ni memang petite. Memang kecil je kawasannya. Kau pusing-pusing
macam mana pun, dekat situ jelah kawasannya. Jadi, tak perlu habiskan terlalu
banyak masa dekat sini. Dalam masa sejam je dah boleh cover semua tempat,
unless kau nak nak berhenti bergambar di setiap ceruk, rumah dan bangunan di
Petite France. Mungkin boleh mengambil masa kira-kira dua jam atau lebih.
![]() |
Penjara Running Man dalam episod 40. Remember? |
![]() |
Mini Eiffel Tower :) |
![]() |
Tangga yang Yoo Jae Suk dan gerombolannya jalan sambil main alat muzik tu. Accordance eh nama alat muzik tu? |
Dari Petite France ke Cheongpyeong Station mengambil masa lebih
kurang 25 minit. Sampai je di Cheongpyeong Station, aku terus naik subway untuk
balik ke Itaewon Inn. Perjalanannya lebih kurang sama je macam masa mula-mula
aku datang tadi, mengambil masa hampir dua jam untuk sampai ke destinasi. Aku
sampai di Itaewon Inn dalam jam 9.00 malam. Walaupun hanya sempat cover Nami
Island dan Petite France, dan tak sempat nak ke The Garden of Morning Calm
(sedih sikit sob sob), aku sangat puas hati dengan journey harini.
No comments:
Post a Comment