Friday, 17 January 2020

Travelogue: Kaklong & Kakchik's Northern's trip - Day 6 in Taiping and Penang


25 Julai 2019

Bukit Larut

Bangun awal hari ni because we are going to Bukit Larut! Masa buat research sikit pasal Bukit Larut ni, ada jumpa komen cakap kena datang awal untuk beli tiket jip. Kalo lambat, goodbye lah. Either kau balik je lah ataupun kau hiking sampai ke puncak Bukit Larut. The latter is not an option for us. Bagi aku dan Kakchik, either dapat tiket dan dapat naik sampai ke puncak or balik dengan hati kecewa je. Sebelum jam 7.00 pagi lagi kitorang dah keluar. Sebabnya, nak pergi cari cimb bank dulu untuk bank in duit ke dalam akaun bank untuk beli tiket tren online. Berjalan kaki je. Sebab tak jauh. Dah selesai masukkan duit, call Grab untuk ke Bukit Larut. Bukit Larut tu atas sikit je dari Taman Tasik Taiping, dalam satu kawasan. Dalam 7.30 pagi kitorang dah terpacak depan pejabat jualan tiket jip. Ada satu keluarga dah sampai dulu. Sama-samalah kitorang tunggu pejabat bukak. Kalau ikut operation hour pejabat tu, jam 8.00 pagi. Elok je pejabat bukak, Kakchik dengan pantasnya masuk ke dalam untuk beli tiket sementara aku pulak, berjuang di luar pejabat untuk beli tiken tren secara online. Eh beli tiket tren tu nak ke mana pulak? Kitorang nak ke Penang pulak lepas petang nanti. Negeri terakhir dalam trip kembara ke utara Malaysia kitorang kalini.


Bukit Larut :)



RM10/pax untuk naik jip. Ni harga return ticket tau.
First jip naik ke puncak jam 8.30 pagi. So, plan your time wisely :)
Oh ya, kalo boleh datang masa weekdays la.
Kalo p time weekend, semoga bertabah dan bertenang untuk berebut dapatkan tiket jip.


Tak sampai 10 minit, Kakchik keluar dengan wajah gembira membawa 2 keping tiket berharga. Aku masa tu pun dah selesai membeli tiket tren kitorang. Jadi, dengan masa yang ada sebelum kitorang dibawa naik ke puncak Bukit Larut, sempatlah berjalan-jalan di sekeliling kejap sambil usha jip-jip yang ada. Ada satu jip tu, open air. Open air yang aku maksudkan adalah pintu dan tingkap setengah je tertutup. Yang lain, normal macam pintu tingkap kereta-kereta lain. Aku cakap kat Kakchik, janganlah kita yang dapat jip tu. Cam scary je nak naik. Pastu, abang-abang driver panggil kitorang ke kawasan jip sebab dah tiba masa untuk naik. Elok je abang tu bagi orang lain naik ke jip yang bertutup tu dulu, sebab dia nak penuhkan jip ikut bilangan orang dalam satu-satu keluarga. Disebabkan aku dan Kakchik berdua je, maka abang tu dahulukan kumpulan yang yang ramai. Cet! Apa yang aku tak nak tu lah yang aku dapat. Rileks je muka abang tu suruh kitorang naik jip yang open air tu. Mentang-mentang kitorang berdua dalam satu kumpulan. Maka, naiklah kitorang jip tu mixed feeling. 


Jip yang akan bawak penumpang naik ke puncak.


Amboiiii happynya dia! ;)











Ni lah jip open air tu. Try naik jip ni lah korang. Thrill!


Excited ada, cuak pun ada. Sepatutnya, ada dua orang lelaki yang naik jip sama dengan kitorang. Tapi, diorang berdua pilih untuk hiking sampai ke puncak. Cuma balik nanti je naik jip. Bila dah mulakan perjalanan tu, perasaan cuak beransur-ansur hilang. Digantikan dengan rasa happy dan thrilling hahah! Bayangkan, selekoh punyalah banyak, dengan ada kawasan yang curam nya, dengan bumpy road nya lagi. Abang driver tu rileks je drive kemain laju dekat situ. Aku rasa macam tak cecah tempat duduk je sepanjang perjalanan. Kalo kaki tak tahan seat berdepan aku, rasanya dah terpelanting dari tempat duduk dah aku masa tu. Mencabar, tapi sangat seronok. Bila lagi weh nak rasa pengalaman camni?

30 minutes of journey, akhirnya kitorang sampai kat puncak Bukit Larut. Pening kejap masa nak turun dari jip. Dah keluar dari jip, pandang sekeliling, ma sha Allah! Subhanallah! Pemandangan yang sangat cantik terpapar depan mata aku. Cantik! Serius cantik! Hilang terus rasa pening yang baru nak mengada menapak. Every single corner and places yang aku nampak, semuanya sangat indah. Rasa nak rakam semuanya dalam memori biar aku sentiasa ingat kecantikan tempat ni. Tapi, human have their limitation. Aku rakam guna kamera je lah hahah. Kitorang ada masa dalam 2 jam untuk explore tempat ni sebab jip akan bergerak turun jam 11.00 pagi. Memang taklah nak buang masa kan, laju je kaki tarik Kakchik untuk jalan-jalan di situ. Kamera memang tak lepas dari tangan lah, of course. Baru jalan selangkah dua, dah berhenti ambil gambar. Worth all the pennies I spent before; grab, tiket jip, hotel, bas ke Taiping. Everything!



























Dah puas pusing kawasan sekitar, tengok jam masih ada dalam 30 minit sebelum jip bawak kitorang semua turun ke bawah. Aku dan Kakchik decide untuk minum dekat kafe dekat situ. Memula ingatkan nak makan sekali, tapi mengenangkan perjalanan mencabar yang akan dilalui sekali lagi, minum je lah. So, order lah air teh o panas secawan seorang. Dalam suhu sejuk camtu, layan air panas. Memang syok sangat. Duduk pulak berdepan pemandangan yang sangat cantik. Terbaik! Rileks santai minum sebab drop-off/pick-up point sekangkang kera je dari tempat kitorang duduk. So takyah nak risau bagai kalo tak perasan jip dah bersedia untuk angkut kitorang turun. 


Pekena ayaq panas sat.

View dari tempat duduk kami. Dekat je dari pick-up/drop-off point.


Budak lelaki berdua yang hiking tadi pun dah sampai elok-elok dalam 10 minit sebelum jip bergerak turun. Susunan macam tadi jugak, aku dan Kakchik dan dua orang budak lelaki tu naik satu jip. Dan ada dua orang penumpang lain, yang nak turun jugak lepas menginap dekat rumah di puncak Bukit Larut ni. Kalini ni naik jip bertutup. Okaylah kan, merasa naik dua jip berlainan dalam sehari.

Sampai kat kaki bukit, dan lepas selesai segala urusan, call Grab macam biasa untuk balik ke hotel. Sampai hotel, ambil beg dan check out. Then, sekali lagi call Grab untuk ke KTM Taiping. Dari Kuala Lumpur ke Kampar ke Ipoh dan lastly Taiping, kitorang naik bas. Kali ni tukar mod pengangkutan pulak, bawak Kakchik merasa naik tren untuk ke Pulau Pinang.

Kitorang sampai dalam 12.30 petang. Tren dalam 2.30 petang. Boleh tahan mereput jugaklah dekat situ tunggu tren sampai. Dalam jam 1.30 petang, kitorang menuju ke surau untuk solat. Lepas solat, keluar dari surau dapat pulak berita bagitahu tren delay. Like, omaigadddd. Sambunglah mereput sampai jam 4.00 lebih.





Tunggu punya tunggu, siap sempat ulang alik pergi beli makanan dan air lagi, akhirnya tren ke Butterworth pun sampai. Finally!

Penang, mu tunggu aku datang!


Butterworth

Perjalanan dari Taiping ke Butterworth tak lama. Dalam sejam camtu je. Okay lah kan lepas mereput almost 4 jam dekat stesen tadi. Huhu. Sampai je stesen Butterworth, cepat-cepat kaki ikut aliran orang lain keluar. Sebab macam, eh confirm lah diorang ni banyak menuju ke terminal feri. Naik feri untuk ke Georgetown ye anak-anak. Dan, betul tanggapan aku. Diorang ni semua termasuk aku dan Kakchik semua berpusu-pusu ke terminal feri. Sebelum naik feri, pergi kaunter beli tiket feri dulu. RM1.20 sahaja untuk dewasa dan RM0.60 untuk kanak-kanak. Disebabkan aku selalu naik feri di Kuching, perjalanan naik feri ke Georgetown ni biasa-biasa je bagi aku. Tapi excited sikit lah, sebab yay finally ‘Penang, I’m back!’. Hahaha. Penang is one of my favourite places to go, so tak hairan lah even berkali-kali pergi pun tetap excited.


Hello Butterworth!

Singgah beli tiket. Spot me!

Picture of other ferry from another ferry.


Dah sampai ke terminal feri Georgetown, aku dan Kakchik menuju ke stesen bas dan mencari bas yang bertulis CAT. Kenapa mesti cari bas CAT? Satu, bas ni boleh dinaiki secara percuma oleh orang awam. Dua, bas ni menuju ke KOMTAR, tempat yang aku dan Kakchik nak pergi. Sampai ke lane bas CAT, bas tak sampai lagi. So, tunggu kejap. Dalam 15 minit, bas sampai dan kitorang pun naik. Bas penuh, dan terus bergerak membawa penumpang-penumpang yang ada.


Kalo nak naik bas CAT ni, sila cari lane CAT ni tau.
Nak tengok laluan bas ni, boleh google. 


Sampai di KOMTAR (bas ni memang akan berhenti di KOMTAR so jangan risau), aku dan Kakchik mula mencari jalan unutuk ke Wassup Youth Hostel, tempat bermalam kitorang untuk 2 malam di Pulau Pinang ni. Alah, macam biasalah. Bukak je Google Map, confirm tak sesat. Hehe. Tak sampai 15 minit perjalanan, kitorang sampai di Wassup Youth Hostel. Lepas check-in dan segarkan diri sekejap, kitorang pun memulakan misi mengisi perut.


Padang Brown

Mulanya, nak berjalan-jalan dahulu. Tapi, tak bertenaga untuk teruskan perjalanan tanpa makan. So, kitorang decide untuk pergi dinner dahulu dan terus balik berehat untuk recharge energy untuk hari esoknya. Aku dah plan nak bawak Kakchik pergi Padang Brown. Teringat kawan aku pernah bawak pergi situ bulan 2 yang lepas (seeeee, aku datang Penang lagi lepas 5 bulan). Dengan misi untuk lebih menggunakan pengangkutan awam kononnya, aku dan Kakchik tekad untuk naik bas. Dah google sesiap nak naik bas mana, maka dengan yakinnya naik bas di KOMTAR. Tanya dengan abang driver, ‘Bas ni pergi ke Padang Brown ke?’ Abang tu jawab, ‘Ya’. Gembiralah hati. Takde tempat duduk, kena berdiri pun happy ni. Dalam 15 minit macam tu, bas berhenti. Aku dan Kakchik masih berborak sambil pandang ke luar tingkap. Tapi, pelik jugak masa tu sebab takde orang keluar dari bas pun. Dan takde jugak orang tekan loceng untuk bas berhenti. Sayup-sayup dengar abang driver tu tanya, ‘Padang Brown, Padang Brown. Mana orang yang nak ke Padang Brown tu tadi?’ Barulah aku perasan, lahhhh bas berhenti sebab kitorang ke? Aku pergi kat abang tu, ‘Berhenti kat sini ke?’ ‘Ya, nanti adik p seberang jalan tu, jalan straight lepas tu belok kanan. Nanti jumpa Padang Brown.’ Balas abang tu. Aku pulak, mati-mati ingatkan bas akan lalu dan berhenti betul-betul atau tak jauh dari Padang Brown. Hahahahah gelak dengan kesengalan sendiri. Lepas turun daripada bas, aku dan Kakchik bergerak ikut arah yang abang driver tu tunjuk. Tak sampai 10 minit berjalan, dah sampai di Padang Brown.

Di tekak dah terasa-rasa pasembur Ghani. Lepas pusing satu medan selera tu sebab temankan Kakchik tengok makanan yang ada di situ, aku suruh Kakchik pilih bahan pasembur kitorang. Lepastu, order pulak Char Kuey Tiaw Sani sepinggan seorang. Pasembur, rasa dia sama macam yang makan bulan 2 haritu. Masih sedap macam dulu. Puas hati makan. Char kuey tiaw, rasa dia out. Maaf cakap, tapi tak sedap. Tak tau lah kalau char kuey tiaw yang aku dan Kakchik punya je tak sedap ke cemana. Tapi kitorang gigih habiskan jugak sebab lapar. Dan jugak sebab dah bayar, so rasa tak nak membazir. Terkilan jugak, sebab takde kepuasan makan char kuey tiaw tu. Takpelah, bukan rezeki jumpa yang sedap. Dah selesai makan, hari pun dah gelap. Memang taklah aku dan Kakchik nak balik semula ke perhentian bas yang abang driver tadi tu drop off kitorang. Sunyi kot. Tadi berani lah sebab hari masih terang dan ramai orang dekat area situ main bola dan berniaga. Ni dah malam. Better safe than sorry. So, call Grab. Satu-satunya driver perempuan yang kitorang jumpa sepanjang trip.


Tak ramai lagi masa ni.

Pasembor Ghani. Kawan baik ceq lah recommend ni. 

Doesn't that looks so tempting? :)

Sani Char Kuey Tiaw.
Sadly, indah rupa dari rasa.



Sampai je bilik, memasing pergi bersihkan diri, solat dan lepas tu macam biasa tidur. Recharge energy kan. Hiee. Oh ya, untuk malam pertama di hostel ni, aku dan Kakchik ambil bilik dorm. Sebabnya, plan awal nak stay di Penang 2 hari 1 malam je. Malam kedua tu dah book sesiap standard room. Disebabkan last minute tukar plan untuk datang awal sehari ke Penang, bilik standard dah penuh dan tinggallah bilik dorm je yang available. Takde hal, janji boleh tidur. Memula aku dan Kakchik je dalam bilik dorm tu yang boleh memuatkan 4 orang tu. 11.30 malam macam tu, ada seorang roommate baru masuk. Bertigalah kitorang dalam bilik malam ni.



No comments:

Post a Comment