Harini takde plan nak jalan-jalan sangat. Cuma nak shopping
sedikit barang souvenier untuk keluarga dan kawan-kawan. Dan harini sengaja gerak
lewat sedikit daripada guesthouse, alang-alang nak check out sekali. Jam 11 am,
check out dan bergerak ke Seoul Station untuk simpan beg di dalam loker yang
ada di situ. Senang sikit nak bergerak lepas tu. Aku pilih loker yang sederhana
besar, dan sewa loker tu berharga KRW 3,000. Okay,lah tu.
Pastu, aku balik ke kawasan Itaewon sebab nak makan tengah
hari dekat restoran Eid Halal. Baca review daripada Malaysians yang dah pernah
pergi sini, semua cakap sedap. Aku mencari restoran tu di sepanjang jalan nak
ke Masjid Seoul tu, tapi tak jumpa. Baru nak teruskan langkah cari restoran tu
di jalan yang melepasi Masjid Seoul, aku encounter satu bad experience yang
membuatkan aku membatalkan hasrat untuk mencari restoran Eid Halal. Masa ni
rasa agak terkilan sebab aku dah save duit dalam KRW 30,000 kononnya nak makan
makanan Korea yang sedap sebelum balik ke Malaysia. Kempunan di situ.
![]() |
Walking Tour of Itaewon |
Aku segera berpatah balik untuk menuju ke stesen subway.
Dalam perjalanan, aku terjumpa restoran Mr. Kebab. Aku singgah untuk beli Jumbo
Chicken Kebab yang berharga KRW 6,500 sebelum terus bergerak ke stesen subway.
Sementara menunggu tren tiba, aku makan kebab tu sedikit demi sedikit. Kebab tu
tebal dan besar. Payah jugak nak menghabiskan dalam sekali duduk je.
![]() |
Jumbo Chicken Kebab yang besar dan tebal |
To Nandaemun Market
Itaewon Station (Line
6) --> Samgakji Station (Line 6 & 4, tukar tren kat sini) --> Hoehyeon Station (Line 4) (KRW 1,250)
Exit Hoehyeon Station
through Exit 5 to Nandaemun Market.
Destinasi aku yang seterusnya adalah Nandaemun Market. Masa
aku sampai kat Nandaemun Market tu, aku blur kejap. Sebab kawasan market tu
tersangat, sangatlah meriah dan penuh dengan pengunjung. Kes rambang mata
tengok barangan-barangan yang dijual di situ takyah cakaplah. Murah-murah je
barangan di situ. Kalau convert duit Malaysia pun masih dalam lingkungan harga
yang agak berpatutan. Aku sebenarnya takdelah nak shopping sangat pun. Cuma nak
belikan sedikit buah tangan untuk mak ayah, dan adik-adik sebagai tanda
kenangan. Rasa bersalah jugak pergi seorang diri. Huhuhu.
![]() |
Nandaemun Market |
![]() |
Meriah gila kat sini |
Memula, aku jalan-jalan je dulu. Survey dekat kedai-kedai
yang ada di situ harga untuk barangan yang aku dah aim nak beli. Semestinyalah,
T-shirt Korea, nail clippers, fridge magnets and keychains. Itu bahagian untuk
keluarga dan kawan-kawan. Aku pulak aim nak belikan diri sendiri spoon &
chopstick. Hahaha yes! Itu je yang aku belikan untuk diri aku. Memang dah aim
dari sebelum bertolak ke Korea haritu lagi.
Dah jumpa kedai yang menawarkan harga yang agak murah
berbanding dengan kedai-kedai yang lain, aku terus beli semua barangan yang aku
berkenan tadi (T-shirt Korea, nail clippers, fridge magnets and keychains). Selesai
shopping, rasa sayang pulak nak tinggalkan Nandaemun Market ni, so aku buat
satu lagi pusingan melawat setiap kedai yang ada dekat situ. Kehkeh.
![]() |
Antara kedai termurah yang jual souvenirs yang aku jumpa |
To Myeongdong
Hoehyeon Station (Line
4) --> Myeongdong Station (Line 4) (KRW 1,250)
Exit Myeongdong Station
through Exit 6 to Myeongdong shopping area.
Pastu, aku bergerak ke Myeongdong pulak sebab nak beli lagi
mask muka yang tengah ada promosi tu. Hahaha sejak bila aku minat mask muka ni?
Musykil kejap.. . . . . . . . . . . . . . . .
Dah selesai segala urusan membeli barangan untuk dibawa balik
ke Malaysia, aku tengok jam. Eh, ada masa lagi ni nak jalan-jalan. Jam baru
pukul 5 pm. Kebetulan street food stall dah bukak masa tu. So, aku pun usha lah
apa yang ada. Ada yang jual buah-buahan dengan air jus, ada yang jual nutella
banana crepe, ada yang jual fried shrimp and octopus, dan macam-macam lagi. Aku
try satu je, fried shrimp and octopus yang berharga KRW 5,000 untuk satu cup
sebab nampak menarik. Dan ternyata sedap. Tak sempat nak try nutella banana
crepe, sebab ramai orang yang tengah tunggu giliran diorang.
![]() |
Stall yang jual fried shrimp, fried octopus. |
![]() |
Ni lah friend shrimp and octopus yang aku beli. Sedap dan rangup. |
Aku makan fried shrimp sambil duduk tepi jalan depan kedai
ZARA (kot kalau tak silap) tengok orang lalu lalang. Jangan risau, bukan aku seorang je yang duduk
tepi jalan camtu, ramai je yang buat camtu. Memang meriah betul Myeongdong masa
ni. Sentiasa meriah sebenarnya tak kira pagi ke malam. Tapi, rasanya malam lagi
meriah kot sebab ada street food. Seronok untuk mereka yang tengah
food-hunting.
![]() |
Eh. Eh. Jumpa boyfriend pulak ;) Awak buat pe dekat dinding Skin79 tu awak? Hahahaha. |
Lepas dah makan semua, dah hilang sikit penat di kaki, aku
pun bergerak pergi ke Seoul Station balik untuk lepak kat sana pulak sambil
tunggu train Mugunghwa ke Busan sampai.
To Seoul Station
Myeongdong Station
(Line 4) --> Seoul Station (Line 4) (KRW
1,250)
Aku sampai stesen ni dalam jam 8 pm camtu, dan ada lebih
kurang 3 jam sebelum train Mugunghwa ke Busan sampai. Mereput 3 jam kat dalam
stesen tu hahahaha. Padahal banyak je tempat dalam Seoul Station dan kawasan
sekitarnya yang aku boleh jalan-jalan.
![]() |
Tunggu tren Mugunghwa sampai |
Dan bila train sampai, aku dan penumpang-penumpang lain dah
masuk ke dalam perut train, and off we go to Busan!
Nak tanya untuk simpan beg tu kat mana ye and berapa lama boleh simpan kat situ?
ReplyDeleteAda autopay locker tak jauh dari pintu masuk ke stesen KTX Seoul Station. Saya simpan luggage saya kat sini. Kalau locker di situ semua occupied, boleh pergi ke satu lagi tempat; pusat menyimpan beg khas (Premium Travel Center) untuk simpan luggage. Kedai ni terletak di B2 Seoul Station dan tutup pukul 8.30 pm. Untuk autopay locker tu, tak pasti pulak berapa lama boleh simpan luggage kat situ.
DeleteSalam, nak tanya dalam train Mugunghwa tu ada tempat simpan luggage tak? Sebab luggage kami besar, Terima Kasih :)
ReplyDeleteWasalam. Ada, dekat luggage compartment above the seat. Tengok Train to Busan tak? Tempat letak luggage lebih kurang macam yang dalam train tu :)
Delete