Thursday 9 April 2020

Travelogue: Melaka - Day 1


9 Ogos 2019

Lebih kurang 2 minggu lepas trip berdua dengan Kakchik, aku terbang lagi merentasi Laut China Selatan. Kali ni dengan tujuan untuk menyambut Hari Raya Korban dengan keluarga di Melaka, sekaligus untuk bercuti dan meluangkan masa bersama. Disebabkan semua ahli keluarga pergi, kami booked Grab untuk ke airport Kuching. Everything went well and smoothly, Alhamdulillah. Dari bergerak dari rumah sehinggalah sampai ke airport dan naik flight menuju ke Kuala Lumpur. Sampai di KLIA2, sekali lagi kami booked Grab untuk menuju ke Shah Alam, rumah adik. Eh, kenapa adik tak ambil di airport? Pertamanya, adik dan isteri masih bekerja masa tu memandangkan office hour belum tamat. Kedua, hari tu hari Jumaat. Hari yang kebanyakannya orang tahu jalan akan sesak yang amat berbanding hari-hari lain. Kalaupun adik datang ambil, pergi hadap jem, balik pun hadap jem. Huishh, penat! Kitorang yang menunggu di airport pun akan penat. Hahaha. Jalan selamat dan mudah, ambil Grab. Tak sampai 5 minit book Grab, pakcik Grab tu pun sampai. Then off we go!

Penat weh. Sebelum naik flight penat, duduk sepanjang flight penat, duduk dalam kereta sambil hadap jem pun penat. Perjalanan yang selalunya cuma ambil masa 30 minit, bertukar kepada hampir sejam. Sampai je kat rumah adik, rasa lega yang amat. Sebab tahu boleh berehat walaupun sekejap. 

Lepas Maghrib, kitorang sekeluarga pergi makan dekat kedai makan bawah apartment adik. Ambik dekat dan cepat sampai. Orang tak ramai masa tu, makanan agak cepat jugak sampai kecuali makanan ayah. Kitorang semua dah habis makan, tapi makanan ayah tak sampai-sampai. Tak tahulah diorang lupa order ke cemana. Banyak kali remind dekat pekerja kedai yang satu lagi makanan tak sampai, barulah finally makanan ayah sampai. 

Selesai makan, kitorang balik ke rumah adik. Bersihkan diri, solat, dan lepastu memasing rehatkan diri dan tidur untuk aktiviti esok pulak.



No comments:

Post a Comment