Monday, 20 January 2020

Travelogue: Kaklong & Kakchik's Northern's trip - Day 7 in Penang



26 Julai 2019

Harini aku dan Kakchik bangun awal. Pukul 6.00 pagi dah memasing bangun untuk mandi dan solat. Lepas tu pergi ke tingkat bawah untuk pinjam iron dan iron board. Tolak tambah masa untuk bersiap, dalam jam 7.15 pagi dah kitorang berdua heret beg memasing ke kaunter untuk check out. Dan tinggalkan beg di kaunter pendaftaran untuk check in balik ke bilik lain jam 2 petang nanti. Tapi disebabkan aku dan Kakchik mungkin masih belum balik ke hostel masa tu, pekerja di kaunter akan meletakkan beg kitorang ke dalam bilik yang baru nanti. Dan aku uruskan urusan check in pagi tu jugak. Selesai satu kerja. Tak payah nak ulang alik ke hostel untuk check in dan pindahkan beg, lepas tu keluar balik. Destinasi pertama pagi ini adalah tempat famous untuk breakfast di Penang ni. Roti Canai Transfer Road! Jaraknya adalah dalam walking distance, terletak lebih kurang 600 meter je dari Wassup Youth Hostel ni.


Roti Canai Transfer Road

Macam biasa, on google map. Kurang dari 10 minit perjalanan, kitorang dah sampai. Dan kerusi meja penuh luar dalam. Fuiyoo! Awal kitorang, awal lagi orang lain. Masa kitorang berdua sampai tu, ada sekumpulan 4 orang pun baru sampai. Pekerja tu tengok ada dua kumpulan baru sampai, yakni aku dan Kakchik dan kumpulan 4 orang tu, terus dia bukak meja baru dekat luar kedai tu. Bawah pokok dan di atas akar-akar pokok. Nak tergelak pun ada, tapi duduk je lah. Kalo tunggu meja lain, bila agaknya baru dapat duduk kan.



Penuh habaq hang. Tengok kiri, dekat bawah pokok-pokok tu la aku dan Kakchik duduk.


Aku yang tak faham cemana roti canai kat situ dijual, dengan yakinnya order roti canai dua. Sebabnya, biasa aku order roti canai, roti canai kosong lah yang sampai. Sebab tu aku tak bother untuk cakap roti canai telur ke, sardin ke. Oh, kitorang order roti goyang jugak. Tapi aku tak makan telur tu, sebab tak reti makan telur yang belum masak sepenuhnya. Kakchik habiskan bahagian telur.

Sekali bila roti kitorang sampai. Hah! Ambek kauuu. Roti telur sekali dengan ayam besar seketul. Terkedu kejap aku dan Kakchik. Meriah betul breakfast kitorang pagi tu. Memula ingatkan pekerja tu salah hantar. Usha sekeliling, semua orang dapat roti canai yang sama. Okayyy, jadi makan je lah. Nasib baik sedap. Aku tak puas hati, aku whatsapp kawan aku orang Penang. Aku cerita lah pasal roti canai yang aku order tu. Rupanya, memang macam tu weh roti canai yang diorang sediakan. So, silap aku sendiri lah sebenarnya sebab tak buat kajian habisan pasal roti canai yang dijual di sini. Tapi itulah, nasib baik sedap walaupun melayang jugak RM20+ untuk breakfast je. Hahah. Take note: Lain kali order satu je untuk makan dua orang, unless memang kau jenis makan banyak atau yang jenis makan berat terus masa breakfast atau yang memang plan nak skip lunch untuk terus dinner.


Roti telur goyang.

Inilah dia makanan special kat sini. Roti telur + ayam.



Dengan perut yang kekenyangan, aku dan Kakchik meneruskan perjalanan kitorang ke untuk explore Penang Street Art.


Penang Street Art

Sebelum trip kitorang ni, mak ayah dan adik bongsu aku terlebih dahulu pergi bercuti masa bulan 3 haritu. Ayah aku cikgu, adik aku pulak masih sekolah. Jadinya, masa cuti sekolah je lah baru dapat pergi jalan-jalan. Aku dan Kakchik tak dapat join sebab ada kelas. Sebab tu kitorang lambat sikit bercuti. Mak ayah aku pun pergi ke Penang jugak, dan pergi ke Penang Street Art ni. Masa aku dan Kakchik masih susun itinerary kitorang, mak aku cakap takyah lah pergi Penang Street Art. Takde apa kat sana. Bosan. Tapi, aku dan Kakchik tetap masukkan Penang Street Art dalam senarai destinasi kitorang. Satu, sebab aku nak berbasikal hahaha. Dua, sebab Kakchik tak pernah pergi ke situ. Aku agak, lah kan yang mak aku rasa bosan kat Penang Street Art ni sebab dia tak jumpa banyak mural art kat situ kot. Lepas tu kena jalan jauh pulak. Agaknya lah. Iyelah, selera mak ayah kita mana mungkin sebijik dengan kita kan. Rambut sama hitam, hati lain-lain. Eh, betol ke idok peribahasa tu dengan situasi ni. Hahahah! Tak boleh nak salahkan dia lah kalo dia cakap Penang Street Art tu membosankan.

Okay, sambung. Benda pertama aku dan Kakchik buat, cari kedai untuk sewa basikal. Random je kedai basikal yang kitorang pergi, nak cepat berbasikal hehe. Kakchik tak reti berbasikal. Memula, ingatkan nak naik basikal yang dua orang boleh kaayuh tu, alahh couple bicycle tu. Try test dulu, sekali terhuyung hayang basikal tu entah ke mana. Aku tak dapat nak kawal basikal bila ada orang naik sekali. Pakcik kedai basikal tu pulak yang cuak, terus dia tak bagi kitorang naik couple bicycle tu. Bahaya katanya. Dan aku setuju. Pakcik tu offer Kakchik naik basikal Jepun. Memula aku cam, basikal Jepun? Bila tengok basikal tu, ohhhh okay. Actually, basikal biasa cuma dekat belakang tu ada 3 roda. Macam basikal kanak-kanak tu. Ada extra dua roda kecik dekat tayar belakang. Dan kenapa basikal tu dipanggil basikal Jepun? Sebab basikal stail camtu (yang siap ada bakul kat depan) adalah jenis basikal yang paling banyak digunakan oleh wanita Jepun. Sebab tu lah. Itu pakcik tu lah yang cakap. Aku iyakan je. Aku pulak ambik basikal biasa, Cuma kena adjust betul-betul dekat tempat duduk supaya selesa dan kaki sampai dekat pedal. Masalah biasa orang yang comel ni uhuk.


Banyak berjasa dua basikal ni.
Yang ada bakul tu basikal Kakchik.

Happy nya dia.





Aku bayar RM16 je untuk dua basikal. Dan boleh guna whole day sampai lah kedai basikal tu tutup. Berbaloi weh. Lepas dapat basikal, aku dan Kakchik pusing di kawasan sekitar dulu, bagi biasa sikit. Aku pun dah lama jugak tak berbasikal. Dalam 10 minit jugak. Lepas tu baru start the real exploration. Yahoo! Lalu depan kedai basikal, pakcik tu siap cakap kat Kakchik, ‘Wah amoi sudah confident bawak basikal’. Aku gelak.

Maka, pusing-pusing lah kitorang di sekitar Penang Street Art untuk carik mural art yang ada. Tapi agak hampeh jugak sebab aku tak reti sangat baca map. Kakchik pun dua kali lima sepuluh je dengan aku. Makanya, lebih banyak sesat dari jumpa mural art. Jumpa few je. Tak jumpa art budak main buaian padahal mural art tu yang paling aku nak tunjuk kat Kakchik. Itupun setelah sesat banyak kali. Dan entah ke mana. Hahah. Sampai tengah hari berbasikal sekitar Penang Street Art. Baju dah lencun, muka dah merah terbakar. Jumpa kedai jual aiskrim, singgah jap makan. 


Ais krim Dragon Fruit. Harga dia tak salah ingat RM 9.00+


Lepas tu sambung lagi berkayuh. Jumpa taman, duduk kejap. Dan sambung lagi. Camtu lah sepanjang 3 jam lebih di Penang Street Art.























Sebelum pulangkan basikal, aku dan Kakchik menuju ke Tan Jetty dan Chew Jetty dulu. Usha review orang, mostly cakap view situ cantik untuk ambil gambar. Aku part bergambar dengan view cantik ni mana boleh lepaskan peluang. So, off we go!


Tan Jetty dan Chew Jetty

Dua jeti ni terletak bersebelahan je. Tapi, entrance antara dua ni kalo nak berjalan kaki di waktu tengah hari terik boleh berpeluh ketiak. Nasib ada basikal. Ada kisah kelakar. Konon ikut map nak ke jeti ni, aku dan Kakchik siap sesat menuju ke highway. Kalo teruskan mengayuh, sampai ke Bayan Lepas dah kitorang berdua. Nasib baik, instinct aku kuat cakap kitorang dah salah jalan, lalu berpatah baliklah kitorang. Nasib baik! Sebab memang salah jalan. Haih buat pasal betul budak berdua ni.

Slowly, kitorang kayuh basikal sambil nak elak kereta dan motosikal, dan sambil tu jugak nak cari entrance ke Tan Jetty. Allah hantar bantuan tak lama kemudian. Alhamdulillah. Ada sorang pakcik ni, mungkin tengok apesal lah bebudak ni cam sesat je, tegur dan tanya kitorang nak ke mana. So, cakaplah nak ke Tan Jetty. Pakcik tu pun tunjuk entrance nak ke situ. Masa dia tunjuk tu, serius lega. Sebab aku hampir give up cari Tan Jetty ni. laju je kitorang kayuh sampai kat kawasan redup sikit. Pakcik tu follow dari belakang, dan cakap tak boleh bawak basikal naik jeti. So, kitorang kunci basikal kat depan tu je sebelum meniti jeti untuk penghujung jeti. 


Entrance ke Tan Jetty


Kat hujung jeti tu ada sebuah rumah (ke?) warna merah. Kalo pandai ambik gambar, memang lawa sangat. Macam view dekat ada satu jeti dekat Perth. Kalo nak view cantik, masa sunrise atau sunset lah. Aku dan Kakchik pergi masa tengah hari terik, so gambar tak berapa cantik sangat. Tapi, takde hal lah. Janji ada bukti kitorang dah sampai sini.





Dah selesai dekat Tan Jetty, aku dan Kakchik ke Chew Jetty pulak. Keluar dari Tan Jetty, belok kiri. Slowly jalan sampai jumpa papan tanda Chew Jetty. Dekat Chew Jetty, lain sikit struktur jeti dia. Tapi, tetap cantik untuk ambil gambar. Snap sana, snap sini, ambil selfie satu dua. Okay, settle!









Masa untuk balik. Baju takyah cakap, lencun habis. Tudung dah tak rupa tudung. Muka dah macam udang terbakar. Lepas hantar basikal balik, aku dan Kakchik decide untuk makan cendol dekat Penang Road Famous Teochew Chendul. Untuk basahkan tekak. Dan dah alang-alang dekat dengan hostel.


Penang Road Famous Teochew Chendul

Sampai je dekat situ, tudiaaaa ramai gila orang. Apalagi, join the hype lah. Berbaris sama dengan manusia-manusia yang lain. Tak lama pun tunggu giliran. Dalam 10 minit, dah sampai giliran kitorang. Dapat cendul memasing, kitorang menapak pulak pergi ke Pasar Chowrasta. Nak cari fridge magnet, benda wajib kitorang beli tiap kali pergi tempat baru. Eh, baru ke? Hehe.







Pasar Chowrasta

Memang dekat sangat dengan Penang Road Famous Teochew Chendul tu. Tak ada lah nak beli apa sangat pun. Saja buat syarat bagi Kakchik jejakkan kaki ke sini. Hehe. Aku tak beli apa pun. Kakchik pulak sempat beli fridge magnet dan baju Penang sehelai. Depan Pasar Chowrasta, ada kedai Jeruk Madu Pak Ali. Kitorang tak pergi. Sebab, yang mak ayah aku beli masa pergi Penang haritu pun tak habis lagi. Dan adik beradik aku tak makan sangat jeruk. Mak ayah aku je yang suka makan. Tengok dari luar dah lah.




Badan dah rasa tak selesa. Penat satu hal. Kitorang decide untuk balik ke hostel dulu untuk berehat dan segarkan badan, dan solat jamak sekali. Sampai hostel, ambil kunci bilik dan terus menuju ke bilik. Beg? Beg kitorang dah dihantar ke bilik. Benda pertama aku buat, terus masuk dan segarkan diri. Lepas solat, aku pakai mask untuk sooth kulit aku. Terkejut memula tengok cermin. Merah gila muka aku. Padahal dah pakai sunblock bukan main tebal. Dan aftereffect muka terbakar, kulit aku rasa pedih sangat sangat. Pakai mask je solusi yang aku ada masa tu. Nasib baik Kakchik memang sejenis yang bawak mask ke mana saja. Dalam seronok pakai mask, tak sedar kitorang dedua tertidur. Penat sangat lah tu konon. 2 jam aku tidur, dua jam tu jugak lah mask dekat muka. Jangan tiru aksi ini.

Bangun-bangun, tengok jam dah almost 4.00 petang. Cepat je aku kejutkan Kakchik. Iyelah, masih ada tempat yang kitorang nak pergi petang tu. Agak jauh pulak tu. Haaaa nak ke mana pulak tu? Kakchik bangun je, dedua cepat-cepat bersiap dan dalam jam 4.30 petang, kitorang dah bergerak keluar untuk ke Batu Ferenggi.


Batu Ferenggi

Masih dalam misi mengutamakan penggunaan kenderaan awam, kitorang naik bas untuk ke Batu Ferenggi. Perjalanan memakan masa lebih 1 jam. Actually, could be shorter than that. Tapi, masa tu adalah masa untuk orang balik kerja, jadi tak dapat nak elak dari hadap jem. Pasrah sahaja.

Kitorang sampai ke stesen bas berhampiran Batu Ferenggi lepas pukul 6.00 petang. Berjalan sedikit untuk ke pantai, dan sampai di kawasan pantai dalam jam 6.20 petang. Masih ada yang melakukan water sport activities. Aku dan Kakchik jalan-jalan kejap di gigi pantai, dan duduk menikmati pemandangan petang sambil disapa lembut bayu eceh. 







Tak lama, dalam 6.45 petang, kitorang decide untuk balik. Sebab dedua orang kelaparan. Janji dah jejak Batu Fereggi, iye dak? Sementara tunggu bas datang ikut jadual, aku dan Kakchik ke McDonald kejap untuk beli aiskrim McFlurry. Kalau pasal makan, sempat je kan. Hehe.

Baru half aiskrim masuk perut, bas sampai. So, stop makan kejap. Perjalanan balik lancar sikit berbanding masa pergi tadi. Tapi, cair jugak aiskrim hmm. Kitorang turun di Little India, sebab kitorang terlepas stesen bas yang kitorang nak pergi. Dari Little India, ambik grab untuk ke restoran Ekonomi Tomyam. Restoran ni, kawan aku yang recommend. Aku whatsapp dia bagitahu teringin nak makan tomyam. Dia suggest lah makan kat sini. Selera aku dan kawan aku ni hampir sama. So, aku percaya bila dia cakap tomyam kat sini sedap. Dan hopefully sedap!


Restoran Ekonomi Tomyam

Dalam 10 minit perjalanan, kitorang sampai. Pelanggan tak ramai masa tu. Aku dan Kakchik ambik set untuk dua orang dan order sotong goreng as extra dish. Bila semua makanan dah sampai, kitorang start makan. Benda pertama try, kuah tomyam. Tu penentu makanan sedap ke tak. Slurp skali. Dua kali. Tiga kali. Sedap weh! Memang kena dengan tekak aku. Dan tekak Kakchik jugak. Apalagi, memang berselera sungguk dedua makan. Licin semua pinggan makanan hahahah. Untuk 2 orang, aku bayar RM27-28, sekali air. Bagi aku, memang berbaloi. Sedap dan boleh kata murah jugak. Korang yang baca ni, kalo ada trip pergi Penang nanti, cuba makan dekat restoran ni. Harapnya, korang pun rasa kesedapan makanan yang aku dan Kakchik rasa. Korang google je Ekonomi Tomyam, in sha Allah jumpa.


Give it a try!


Perut dah kenyang, badan dah letih, mata dah mengantuk. Call Grab, balik hostel, kemas apa yang patut dan dedua pun lena dibuai mimpi.



No comments:

Post a Comment