2 bulan dah berlalu since the trip. MashaAllah, kemalasan apakah ini untuk mengemaskini post dekat blog?
Kita update slowly, okay. Let's go!
... ... ...
20 Julai 2019
Jadi, harini bermulalah
perjalanan aku ke Kuala Lumpur untuk misi mengembara bersama Kakchik. Aku ambil
flight Malindo yang terakhir, penerbangan pada jam 9.20 malam. Kakchik pulak
dah terbang 3 hari lebih awal sebab dia nak melawat mak angkat dia masa belajar
asasi di UITM Dengkil dulu.
Bismillahirrahmanirrahim. |
Jumpa lagi Kuching Intl Airport in a week :) |
Seronok dapat seat tepi tingkap yay! |
Rancangan awal, aku akan
overnight di KLIA dan akan ke rumah kawan pada awal pagi esoknya untuk
gathering beramai-ramai dengan kawan seuniversiti yang lain. Yelah, dah
alang-alang ada free sehari, kita manfaatkanlah sepenuhnya kan. Tapi, adik yang
dah menetap di Shah Alam insisted untuk ambil di airport bawa ke rumah, so
terpaksalah cancel plan asal. Nasib jugak belum ajak yang lain-lain, baru
inform tuan rumah je.
Oh sebelum tu, plan kitorang
bertukar jugak. Memula ingatkan nak cover KL – Selangor – Pahang – Melaka –
Penang, tapi disebabkan ada rancangan keluarga untuk bercuti bersama di Melaka
dalam masa terdekat, maka kitorang berdua pun tukar plan untuk ke Perak. Dah
alang-alang di Perak, nak cover as many places as possible lah kan. Rombak
punya rombak, kitorang berjaya finalize kan itinerary kitorang menjadi KL –
Selangor – Pahang – Perak – Penang.
Selamat mendarat di KLIA around
11 malam, adik, isteri dia dan Kakchik dah tunggu dekat balai ketibaan. Hari
pun dah nak lewat malam, kitorang cepat-cepat bergerak dari KLIA ke area rumah
dia untuk dinner. Sempatlah melantak chicken chop malam tu haih hahaha.
Alhamdulillah, ada tempat untuk
bermalam dan perut pun kenyang. Lepas settle everything, ready untuk tidur
(around 2.30 pagi jugak) dan off we go to dreamland.
No comments:
Post a Comment