21 Julai 2019
Aku bangun seawal 6.00 pagi.
Kagum jap dengan diri sendiri. Kalau kat rumah ni, mahu masih lena. Mandi
siap-siap, solat Subuh, pastu get ready untuk keluar. Destinasi pertama,
memanjat Batu Caves! So, adik pun awal bangun, dia offer untuk hantar ke KTM
Batu Tiga. Jaraknya dari rumah adik memang dekat kalau berkereta. Kalau jalan
kaki, nangis jugaklah nak menapak. Elok je sampai kat KTM, topup kad touch and
go siap-siap, gerak ke Platform 2, tren komuter pun sampai. Alhamdulillah, tak
payah tunggu lama. Dari Batu Tiga, kitorang bergerak ke KL Sentral untuk tukar
tren menuju ke Batu Caves. 30 minit jugak tunggu tren, tapi sebab ni hari
pertama jelajah negeri kitorang bermula, jadi perasaan excited tu masih tebal.
Cam, takde hal lah tren lambat. Hahaha.
|
Lengang lagi masa ni. |
|
Kasi can lah. Lama tak naik tren weh hahaha |
|
Matchy-matchy with Kakchik :) |
Batu Caves
Tren ke Batu Caves sampai, maka
bergeraklah tren menuju ke Batu Caves. Sampai dalam jam 9 pagi, ramai jugak dah
orang yang menuju ke Batu Caves.
|
Cantik kan |
|
Kakchik |
Kitorang pun join the crowd, dan sampai je kat
depan Batu Caves, penuh gila manusia. Well, weekend kan. Ambil gambar kejap,
dan kitorang pun mulakan memanjat 272 anak tangga warna warni Batu Caves tu.
|
Menuju ke puncak Batu Caves |
|
Ehh nak jugak |
Dulu pernah lah sekali, masa wakil universiti untuk pertandingan dodgeball
antara universiti, ketua pasukan kitorang bawak panjat Batu Caves ni jugak as
part of the training. Nak kasi naikkan stamina lah. Tapi masa tu, tak tahu lah
berapa banyak kali berhenti, ambil masa lebih setengah jam baru sampai kat atas
tu. Dengan gayatnya, dengan asyik berhenti nya. Jadi kali ni aku expect lebih
kurang camtu jugak lah. Cakap siap-siap kat Kakchik, ambil masa untuk kita
sampai kat atas tu. Sekali kitorang panjat, eh less than 5 minutes dah sampai.
Apenii apenii? Kalori terbakar pun cuma 26 kcal je hahaha. Tapi, mengah
jugaklah sebab kitorang tak berhenti. Bila berhenti kejap kepala jadi pening
yang amat lagi-lagi bila pusing pandang belakang. Tinggi. Gayat ceq! Belum lagi
dengan keletah monyet-monyet yang berkeliaran dekat tangga tu. Ada yang tengah
makan epal, ada yang makan roti. Aku pesan siap-siap dah kat Kakchik, sorokkan
air 100 plus yang kitorang beli dekat stesen KTM tadi, sebab pernah jadi monyet
pergi kat kawan aku sebab dia nampak air Twister oren yang kawan aku tengah
pegang masa tu. Ingatkan selamatlah bila dah sorok air leklok dalam beg. Ada
jugak benda yang menarik perhatian dia kat Kakchik rupanya. Sanitizer warna
hijau yang tergantung dekat beg Kakchik! Hahaha! Kitorang tak perasan pun bila
monyet tu menghampir dan dah siap tarik sanitizer Kakchik. Orang lain lah yang
tegur tunjuk dekat beg tu. Kakchik muka dah cuak. Cepat-cepat kitorang cabut
sanitizer tu dan sorok dalam poket seluar.
Sampai atas, kitorang jalan-jalan
kejap, ambil gambar kejap. 30 minit lepastu, kitorang pun gerak turun ke bawah.
Nak turun ke bawah pun banyak cabarannya. Monyet sesuka hati dia je melintas
buat akrobatik kat depan kitorang. Dengan rasa gayatnya, dengan nak elak monyet
lagi, manusia lagi. That was challenging. Hahaha.
|
The colourful stairs |
|
Kakchik and friend. Eh? ;) |
|
Le sisters at le Batu Caves |
Selamat sampai kat anak tangga
terakhir, perut pun dah berkeroncong lapar, kitorang pun menuju ke destinasi
seterusnya, Ikea Cheras for their deli-yummy meatball!
IKEA Cheras
Kitorang naik MRT menuju ke
Kajang. Memula nak ke IKEA Damansara, sebab dah biasa ke sana. Tapi bila check
dan bandinkan transportation antara kedua-dua tempat, ke IKEA Cheras lagi
senang. Jadinya, kita ambil yang senang je lah. Jarak dari KL Sentral ke stesen
Cochrane cuma 5 stesen. Oh ya, kalau nak ke IKEA Cheras, sila turun di stesen
Cochrane okay. Dekat jugaklah, plus tak lama tunggu MRT ni.
|
Meatballlll, mu tunggu aku datang! |
Dah sampai, exit
station ikut Linkway ke Mytown, dan berjalanlah ke pintu masuk IKEA
Cheras-Cochrane. Masa kitorang sampai tu, waktu lunch hour. Dan hujung minggu.
Memang ramai gila manusia, termasuk kitorang dua yang sibuk menyesakkan diri
jugak hahaha. Matlamat kitorang satu je, nak makan meatball. So, memang direct
ke tempat makan dan berbaris. Berbaris pun ambil masa lebih 30 minit jugak.
Tapi takpe, demi meatball aku relakan ecece. Settle ambil makanan dan buat
pembayaran, sementara Kakchik cari utensils, aku gerak cari meja kosong.
Alhamdulillah, memang rezeki masa tu, ada satu pasangan ni dah selesai makan.
Aku cepat-cepatlah pergi ke meja kosong tu dan duduk sambil tunggu Kakchik.
Kakchik sampai je, ambil gambar (perkara biasaaa) dan apalagiii makanlah! Sebab
dua-dua kelaparan, kejap je makanan habis. Kitorang makan sikit je (kononnn)
sebab lepas ni nak pergi makan lagi. Kat mana? Teruskanlah baca :)
|
So much love for this meatball. And the garlic bread and mushroom soup. So sedap! |
Selesai makan, kitorang pusing-pusing
area MyTown kejap sebab Kakchik nak beli boba milktea dia tu. Daboba kot kalau
tak silap. Pastu aku pulak sibuk nak try brown sugar Family Mart. Settle kat
situ, kitorang gerak nak pergi ke Kamal Bookstore. Kakchik nak cari buku medic
untuk rujukan dia.
|
Le Daboba |
|
Semangat beratur sebab nak minum air Daboba ni. Aku? Tak kuasa nak berbaris sama. |
|
Seronok dia dapat air ni weh. |
|
Aku dapat bubble tea Family Mart ni pun dah okay. |
Kamal Bookstore
Alkisahnya, kitorang naik monorail ke
stesen Titiwangsa. Kakchik dah buat research sikit kat mana kedai buku ni,
based on satu blog ni, dia cakap stesen terdekat ke Kamal Bookstore ni adalah
stesen Titiwangsa, so kitorang turunlah kat sini. Pusing-pusing kat situ, tak
jumpa weh kedai buku tu. Google map yang diharap pun tak membantu. Pusing sana,
pusing sini. Still tak jumpa. Penat jangan cakap. Nasib baik hari tak panas
sangat, redup just nice je masa tu. Tapi, hati panas jugaklah. Sepanjang
berpusing tu, mulut pun tak berhenti bebel kat Kakchik. Hahaha kesian dia. Kena
bertabah dengan kakak dia ni. Lastly, sebab tak jumpa jugak lepas 30 minit
camtu berpusing, kitorang give up. Tak larat dah nak jalan tanpa arah tujuan
lagi. Habis terhadam dah semua meatball yang dimakan tadi huhu. Kitorang pun
ambil keputusan untuk ke KLCC terus. Hah! Apa cerita tetiba KLCC ni? Jeng jeng
jeng! Kitorang nak ber K-Fry pulak! Ihiks.
K-Fry KLCC
Kenapa pilih nak makan K-Fry kat sini?
Sebabnya, ni K-Fry terdekat dengan center kitorang, iaitu KL Sentral. Dan
paling senang nak pergi kot. Kot la. Hehe. Pastu, berangan jugak nak jejalan
area taman KLCC lepas siap makan apa semua.
Kitorang sampai KLCC, dan terus cari
restoren K-Fry. Sebab, ni kan hujung minggu. Confirm ramai orang. Dan memang
betul jangkaan aku. Penuh restoren tu. Tapi satu best dekat K-Fry KLCC ni, kau
ambil nombor dekat mesin dan pastu bolehlah merayau mana-mana jap sementara
tunggu giliran kau. Tapi janganlah kau pergi tengok movie pulak. Huuu. Macam
K-Fry OU yang aku pergi Disember lepas, kitorang beratur lama weh. Sejam! Yang
kat KLCC ni, rasanya dalam 30 minit jugaklah tunggu. Tapi tak terasa sangatlah
masa tunggu, sebab kitorang siap masuk ke dalam Cold Storage supermarket cari
air mineral.
Aku janji dengan Fida jumpa kat sini,
ber K-Fry sesame. Dia, Sam (suami) dan Ameena (anak) lambat sikit sampai sebab
pergi kenduri. Lepastu, faham-fahamlah jem dekat KL cemana. Makanya, aku dan
Kakchik order dulu siap-siap. Makanan dah sampai, pun diorang bertiga tak
sampai lagi. Kitorang mula makan. Sedar tak sedar, ayam kitorang yang boleh
tahan banyak tu dan nak habis dan rupanya dah sejam since kitorang mula makan.
Bebola nasi masih ada 2/3 kot. Kitorang dah mula kekenyangan yang amat masa tu,
tu yang berhenti makan kejap. Still, bayang diorang tak kelihatan. Order lagi
satu set ayam untuk diorang bertiga. Mula-mula plan nak makan satu set ayam
share kitorang berlima. Sebab masa makan dekat K-Fry OU dulu, aku dan Fida makan
set ayam yang sama, dan tak habis. Ada more than half ayam yang tak habis
dimakan masa tu. Jadi, aku assume satu set ayam tu cukuplah untuk kitorang
berlima. Sekaliiii, habis weh. Aku dan Kakchik berjaya habiskan satu set ayam
tu. Hahaha nampak tak yang kitorang ni kelaparan?
|
Ni chicken yang dah dibalut dengan mozarella cheese yumsss! |
|
K’RAZY SPICY CHEESY FRIED CHICKEN BUMBUK
Ni versi yang baru sampai ke meja. |
|
JU MEOK BAP: HAM AND CHEESE
Nanti adik K-Fry tu akan buat jadi bebola nasi. |
|
Ni dah jadi bebola nasi. Sedapp weh serius. Cuma a bit oily. Mungkit terlebih letak minyak bijan kot. |
Tak lama lepas set ayam kedua sampai,
Fida, Sam dan Ameena pun sampai. Bebola nasi pun ada banyak lagi. So, aku dan
Kakchik temankan diorang bertiga makan sambil sembang gossip. Biasalah, lama
tak jumpa. Ada je benda nak cerita. Hehe.
Lama weh aku dan Kakchik melepak kat
K-Fry. Adik-adik waiter/waitress tu pun pandang semacam bila kitorang berdua
tak angkat-angkat pun lagi. Siap tambah pesanan. Adik yang sorang tu, masa
hantar set ayam kedua, siap salah meja sebab dia tak sangka kitorang yang
order. Pastu cakaplah kat adik tu, kawan dah sampai. Tu yang tambah pesanan.
Heheh.
Lepas lebih 2 jam dekat K-Fry, barulah
kitorang berlima gerak keluar sebab nak solat Maghrib pulak. Disebabkan aku
boleh buat solat jamak dan kitorang pun nak gerak balik Shah Alam pulak,
kitorang berpisah dekat depan Guardian KLCC hahah. Kenapa kat situ? Sebab ada
nak beli barang sikit dekat Guardian tambah pulak dekat dengan Surau, makanya
dekat situlah. Tapi macam biasa, ambil gambar dulu seketul dua.
|
Boleh kot noh gambar ni? Hiee |
Dah selesai semua urusan dekat KLCC
termasuklah beli Roti Boy kegemaran, aku dan Kakchik pun geraklah ke dari
stesen KLCC ke stesen Subang Jaya. Dari Subang Jaya kitorang tukar naik tren
KTM ke stesen Batu Tiga. Kitorang sampai tu dah 9 lebih dekat nak 10 malam,
malas nak suruh adik ambik maka kitorang naik Grab je. Aku tak reti nak book
Grab ni, maka serahkan je pada yang pakar haha. Nasib baik ada Kakchik. Sampai
dekat rumah, tengok adik dengan isteri tengah relaks depan TV. Nasib baik tak
kacau masa rehat diorang dengan suruh ambik dekat stesen KTM. Dahlah esok
diorang kerja.
Macam biasa, dah sampai rumah, masuk
bilik rehat kejap sebelum bersihkan diri dan solat jamak. Pastu, bersedia untuk
tidur dan berehat untuk perjalanan esoknya pulak.
No comments:
Post a Comment