24 Julai 2019
Bangun dalam pukul 6 pagi, solat Subuh
dan sambung tidur. Tolong jangan ikut ni tau. Tak elok tidur lepas Subuh.
Ingatkan nak tidur kejap je sampai around 7 lebih sikit. Sekali bangun haaa
amek kauuu dah jam 8.30 pagi. Apalagi, terkocoh-kocoh lah kitorang berdua mandi
dan bersiap untuk ke Ipoh Mural Art. Dah sesiap mandi dan bersiap, tak sempat
breakfast kitorang terus gerak menuju ke Terminal Bas Amanjaya. Syukur gila
ambil hotel dekat dengan terminal bas. Jalan kaki je. Tapi, kitorang dah rasa
cam join acara briskwalking dah nak ke terminal bas ni. Sampai je, jenuh pulak
nak carik tempat pick-up/drop off passenger. Pusing-pusing dalam 10 minit,
sebelum pergi tanya kat information counter. Naik tingkat atas, rupanya
kitorang ada ke sini tadi. Tengok jadual bas, alahaii bas baru je berlepas
pergi. Terpaksalah tunggu next bas datang pulak. Almost 30 minit jugak.
Dalam hati dah berdebar-debar dah ni.
Sempat ke tak sempat ni. Yelah, kitorang kena check out jam 12.00. naik bas
awam, perjalanan 15 minit boleh jadi 30 minit sebab banyak berhenti kan.
Kitorang naik bas dalam jam 9.45 pagi. Sampai dekat stesen Medan Kidd (stesen
terakhir dalam route) selepas setengah jam. Nak ke Ipoh Mural Art tu kena naik
Grab dalam 5-7 minit. Sampai dekat area mural art tu, jam dah 10.30 pagi.
Bayangkan nak cari mural arts tu, nak ambik gambar lagi memang agak rushing
jugaklah. Cuma kitorang bernasib baik tak ramai orang masa ni. Ada less than 5
people included us. So, takyah lah beratur ke berebut ke nak ambik gambar.
Permulaan laluan ke Ipoh Mural Art. Pakcik Grab tu yang habaq. Kalo aku salah, maknanya pakcik tu yang bagi salah info haha. |
Eh ada penari tambahan pulak. |
Main dengan bebudak ni sat |
Apa eh nak game ni. Main kejar ayam ke? Lupa dah. Kecik-kecik dulu suka main ni. |
Cantik kan background ni. |
Kalo dah nampak mural ni, dah berakhir lah perjalanan mencari mural art korang tu. |
Kita lompat satu kali. |
Aku try ambik gambar semua mural art
yang ada kat situ. Takes time jugak, tapi kinda worth it la. Sedar tak sedar,
dah dekat sejam kitorang kat sini. Macam-macam aksi dah dibuat hihik. Tengok
jam, hampir 11.30 pagi. Cepat-cepat book Grab untuk ke Medan Kidd balik. Sampai
kat Medan Kidd, bas ke Terminal Amanjaya belum sampai. Hati dah cuak dah ni.
Acane ni? Aku dan Kakchik tengah consider nak naik Grab ke hotel, then bas pun
sampai. Naik bas, dan tak lama lepas tu bas pun berlepas pergi. Alhamdulillah.
Macam biasa, banyak stop. Sampai kat
Terminal Amanjaya, jam dah 12.10 tengah hari. Apalagi, sekali lagi aku dan
Kakchik jadi peserta briskwalking. Kalini disertakan acara larian sekali. 12.15
tengah hari sampai hotel, naik ke bilik ambil beg, dan terus keluar ke kaunter untuk
check-out. Jam 12.20 tengah hari, kitorang dua dah selamat dalam perjalanan
menuju ke Terminal Amanjaya. Pheww.
Sampai di Terminal Amanjaya, ada dalam
sejam camtu sebelum our departure time. So, sambil duduk tunggu bas, sempatlah
jugak beli 3 biji RotiBoy setiap sorang. Heheh. Lapar seyh. Sedar tak sedar
melahap dalam dua biji sorang. Sebiji je selamat naik bas bersama ke Taiping.
Tamakk. Sekali beli 3 biji sorang hahah. |
Kasi balance lah, makan buah-buahan jugak. |
Taiping
Taiping, finally after dua jam
perjalanan. Pernah sekali jejak Taiping masa zaman degree dulu sebab join kelab
Opkim. Masatu join program bersihkan Zoo Taiping. Taiping sangat dekat di hati
sebenarnya, sebab ex-crush aku orang Taiping. Hahah.
Sekali lagi, kitorang ditinggalkan di
tepi jalan. Kalini, berdepan dengan Hospital Taiping. Sekali lagi, kitorang
blur sebab eh apesal kena tinggal kat sini ni. Hahahaha. Okay, kalini tak gabra
sangat macam dekat Kampar semalam. Relaks. Bukak Google Map, tengok berapa
jarak ke hotel dari tempat kitorang berdiri tu. Okey, dekat je less than 5 km.
Book Grab, then less than 5 minutes Grab sampai picked up kitorang dua menuju
ke Louis Hotel. Masa book hotel ni dulu, taktau kata hotel ni betul-betul
berdepan dengan Pasar Basah B*bi omggg. Bertabahlah sebab laluan kitorang nak
ke mana-mana nak tak nak memang kena lalu pasar basah tu. Lepas check in dan
solat jamak, first thing yang kitorang buat adalah untuk pergi mendobi baju.
Sambil mendobi tu, sempatlah ke Menara Jam Taiping since it was just within
walking distance. Dekat sangat.
Menara Jam Taiping
Dekat je dengan hotel kitorang, within
walking distance. Dari tempat dobi tu dah boleh nampak Menara Jam Taiping tu.
Keluar dari kedai dobi layan diri, kitorang lintas jalan untuk menuju ke
bangunan di seberang jalan. Pastu, belok kiri dan jalanlah sampai lah tiba di
Menara Jam tu. Depan Menara Jam tu adalah laluan kereta ye, harap
berhati-hatilah. Jangan pulak syok bergambar tak tengok kiri kanan huhu. Tak
lama pun kitorang kat sini, dalam 15 minit je pastu kitorang patah balik ke
kedai dobi untuk settle kain baju kitorang pulak.
Menara Jam Taiping |
Bajet tourist betol bebudak ni. |
Dah settle urusan mendobi, baliklah
kami berdua ke hotel untuk hantar baju ke bilik sebelum pergi membasah tekak di
Ansari Famous Cendul.
Ansari Famous Cendul
Ini pun within walking distance tau.
Very the easy going there by foot. Takyah ngengada nak naik Grab heh.
Sampai kat Ansari ni, pehh ramai gila
manusia. We managed to squeeze in into the crowd because this one couple just
finished their food. Alhamdulillah, rezeki. Cepat-cepat duduk kat meja tu dan
order. 2 cendul biasa dan satu pasembor. Eh sikitnya? Ini untuk alas perut je
hiee. Kejap je dah dapat makanan yang kitorang pesan. Macam biasa, ambil gambar
seketui dua, pastu ngap lah apa lagi. Rasa cendul dia okay, not bad. Pasembor
pun not bad. Portion? Rasanya sesuai dengan harga. 2 cendul dan satu pasembor ni
cuma berharga RM 6.20. Haaa amacam? On tak on?
Penuh dari masa kitorang sampai, sampailah ke masa kitorang balik |
RM 6.20 je semua ni. |
Selesai makan, sementara aku bayar
makanan kitorang, Kakchik book Grab. Tu memang tugas dia, aku tak reti nak call
ke book ke Grab ni. Tugas aku bayar je haha. Grab sampai, kitorang pun bergerak
menuju ke taman cinta eh salah hahaha. Taman Tasik Taiping, lah!
Taman Tasik Taiping
One of the place dalam wishlist aku.
Sebab? Banyak review cakap taman ni sangat cantik. Dan selalu dimasukkan dalam
lokasi penggambaran drama. And kawan aku pun pernah cakap, this is a place to
retire. Haa cenggitu. Kira dia dah retire kerja nanti, dia nak mai sini hari-hari. Iyolah.
Kau duduk Taiping, boleh lah hari-hari datang. Heheh.
First impression aku, wow! Besaq gila
tempat ni. Cantik jugak. Sebelum jauh meneroka taman tasik ni, aku dan Kakchik
singgah gerai depan taman tasik ni untuk cari makanan untuk dibuat
kunyah-kunyah. Makan lagi phew. Kitorang tertarik dengan keropok lekor, jadi
belilah seplastik RM 5.00. Ada dalam 10 batang rasanya. Sambil jejalan tu,
sambil mulut mengunyah. Lepas tu cam eh, tak elok pulak rasanya makan sambil
berjalan. So, cari tempat duduk sat dan sambung makan. Lepas makan, still duduk
kejap dekat situ konon nak menikmati pemandangan tasik depan mata. Sambil-sambil
tu, mintak Kakchik tolong ambilkan gambar. Kekonon candid, lah! Hek eleh. Hahahaha.
Cantik kann |
Suka weh jalan-jalan sini |
Kekonon candid, padahal dok tahan gelak. |
Hari nampak mendung semacam. Aku dan
Kakchik plan nak teruskan je berjalan keliling tasik tu. Sebab masa cuaca
mendung tu lah yang syok berjalan. Tak panas. Tapi, dari kejauhan nampak
beberapa ekor kera/monyet berlumba-lumba sesame diorang dan bersaing siapa dulu
sampai dengan orang yang berjogging dan berbasikal di situ. Terbantut hasrat di
situ. Uhu. Tukar plan, kitorang bercadang nak main boat paddling. Dalam perjalanan
nak ke tempat bot tu, hujan mula turun renyai-renyai. Berteduh yang tak
berteduhlah di bawah pokok-pokon yang daunnya merimbun. Sebab daun pokok tu
tebal, so tak basah. Jalan dan jalan lagi ke depan, tetiba rasa pelik sebab
kitorang mula kebasahan dan daun-daun pokok mula bergoyang. Eh, dah hujan lebat
ke? Pandang sekeliling, hujan masih renyai. Pandang atas, hah tu dia! Beberapa ekor
kera dok ada kat atas pokok. Macam lipas kudung aku dan Kakchik lari pergi ke
jalan raya. Laju je langkah menuju ke kawasan bot hahah!
Singgah sat ambik gambar. Pokok cantik nak buat background tu. |
Haruslah nak jugak ehe |
Sampai kat kawasan bot tu, jam dah
dekat nak pukul 6.00 petang. Hujan pun dah dari renyai ke extra renyai. Faham tak
extra renyai tu cemana? Nak kata lebat, tak. Tapi dia bukan renyai. Eh, faham
sendiri lah eh. Hehe. Tengok kat kawasan bot tu, orang bot dah mula parkirkan
bot diorang dekat tepi jeti. Pergi kat kaunter tiket, tengok last operation jam
6.30 petang kot kalau tak silap. Kira sempat lagilah kalau aku dan Kakchik nak
ber boat paddling kejap. Tapi, hati aku reluctant pulak masa tu padahal Kakchik
nak naik. Salah satu sebab, sebab hujan lah. Satu lagi, sebab hari dah mulai
gelap. Lastly, kitorang decide tak naik. Kakchik agak sullen jugaklah, sebab tu
salah satu wishlist dia. Nak buek acano, takde rezeki.
Senyap kejap antara kitorang sebab
Kakchik masih sullen. Lepas dalam 15 minit, aku suruh Kakchik panggil Grab. Yelah,
duduk situ lelama pun nak buat apa kan. Baiklah pergi isi perut yang mula
bergendang kelaparan. Boleh jugak naikkan mood Kakchik. Kalini kitorang plan
nak makan yong tau foo dekat Kedai makan belakang balai bomba. Berdepan hotel
Novotel. Kejap je dah sampai. Abang Grab tu baik, siap nasihat kitorang supaya
lebih berhati-hati dalam trip sebab kitorang perempuan.
Sampai kat kedai makan tu, first thing
first. Order Yong tau foo. Seronok aku dan Kakchik pilih, macam nak makan tu
je. Padahal nak makan nasi jugak. Tapi takde hal, janji happy dan tak membazir.
Lepas pilih bahan Yong tau foo, duduklah aku dan Kakchik dekat meja di situ dan
order lagi nasi sepinggan seorang. Pehh heaven betul makanan banyak depan mata.
Tapi, habis weh! Even rasa nak meletup jugak perut masa tu. Hahaha. Nasi sedap,
yong tau foo sedap. Memang best lah! Mood Kakchik pun dah okey balik hahah. Memang perempuan kalau jumpa makanan, akan lupakan rajuk ke. Hihi. Kalau ada rezeki lain nak ke Taiping nanti,
memang aku akan pergi makan situ lagi.
Yong Tau Foo belakang bomba, berdepan Hotel Novotel. |
Nasi goreng USA dia sedapp, sampai sekarang dok teringat. Kakchik pulak makan nasi goreng kampung. |
No comments:
Post a Comment