Sunday, 8 December 2019

Travelogue: Kaklong & Kakchik's Northern's trip - Day 4 in Kampar and Ipoh



23 Julai 2019

Aku ambik bas Perak Transit ke Kampar pukul 8.00 pagi. Dalam 6.45 pagi macamtu, aku dan Kakchik dah checkout dari hotel dan bergerak menuju ke TBS. Awal pagi dan menghampiri masa peak hour orang nak turun kerja. Memang bersesaklah orang di KL Sentral. Dalam tren, hmmm macam ikan sardin dalam tin tu. Dengan bawak beg besar memasing, kitorang dua turut menyumbang ke arah kepadatan dalam tren. Nak buek acano. Itu pun terlepas satu tren sebab penuh sangat. Sampai-sampai je kat stesen TBS, macam orang nak join larian aku dan Kakchik berjalan dari platform tren ke bangunan terminal bas TBS. Pehh bukan main jauh. Actually, takdelah jauh sangat pun. Tapi sebab dah berebut, masa tu almost 7.45 pagi kot, jarak yang tak berapa jauh tu macam jauh sangat. Dengan heret beg besar memasing. Dengan nak menempuh aliran crowd yang sama-sama nak menuju ke bangunan TBS. Memang mencabar weh. Nasib baik platform bas kitorang memang betul-betul tak jauh dari pintu masuk ke bangunan TBS tu, apalagi, cepat-cepat keluarkan tiket bas pastu scan barcode dan turun menuju ke pintu platform. Bas dah sampai! Dan ramai penumpang dah masuk. Lelaju letak bag dekat tempat simpanan beg, then kitorang naik dan duduk kat seat yang dah dipilih sambil perlahan-lahan melepaskan lelah. Tak sampai 5 minit lepas kitorang naik, bas pun jalan. Kau rasa? Hahaha. Lambat sikit je kitorang tadi, memang goodbye to you lah jawabnya. Dah dapat normal breathing balik, aku keluarkan sandwich tuna yang sempat dibuat dekat hotel sebelum gerak tadi. Kira breakfast lah. Dah kenyang, dah puas menyembang, aku dan Kakchik dedua pun kroih kroih kroih.

Lama tak lama jugaklah kitorang dua tertidur. Bangun terperanjat (pehe dok?) sebab rasa bas berhenti pastu tengok penumpang-penumpang lain mula keluar bas. Memula ingatkan berhenti rehat kejap sebab masa tu almost sejam awal dari masa dijadualkan sampai. Dalam masih blur (sebab baru bangun kan, secara terperanjat pulak), usha lah keadaan sekeliling, sambil cuba cari apa-apa signboard. Jumpa signboard, hah tudiaa! Kitorang dah sampai Kampar rupanya. Toleh sekeliling lagi cari hentian bas, eh awat tak jumpa. Tapi, turun jugaklah dari bas, since semua orang pun turun dekat situ. Ambik beg, masih dengan rasa blur. Pemandu bas tu lepas kitorang keluarkan beg, terus gerak pergi. Terkontang-kanting lah kitorang dua ditinggalkan kat situ. Calm down kejap. Dah fully sedar, perlahan-lahan jalan menuju ke bangunan sebelah tempat kitorang diturunkan.

Kitorang masuk kawasan tu, and be like. Ooooooo, okay. Ini lah hentian bas Kampar. Pusing-pusing cari kaunter tiket, sebab nak beli tiket bas ke Ipoh. Tiket dari Kampar ke Ipoh berharga RM 6.00. Dari masa kitorang beli tiket bas ke masa untuk bas kitorang, ada dalam 3 jam lebih kurang. So, dengan 3 jam masa yang ada tu, kitorang ready untuk meneroka Kampar! (well of course heret beg sana sini hahak)


Kinta Tin Mining Museum (Muzium Perlombongan Bijih Timah Kinta), Kampar

Memula tu ingat nak pergi makan dekat satu tempat ni dulu. lama dah aim nak pergi sini. Pastu, google lah sebab nak tengok masa operasi dia kan. Kang terus direct pergi sana, sekali tutup pulak. Buat rugi tambang Grab/Mycar je. Sekali hah, memang betul pun restoren tu masih tutup. Jam 3 petang baru beroperasi. Masa tu kitorang dah on the way ke Ipoh dah, memang tak dan lah. So, tukar plan on the spot. Google lagi tempat menarik dekat Kampar ni, so terjumpa lah Kinta Tin Mining Museum ni. Tak fikir panjang sebab taknak bazirkan masa, terus book Grab, and less than 5 minutes, we are on the way to the museum.

Sampai je kat muzium, pergi beli tiket dekat pondok depan muzium tu. Pastu tanya pakcik dekat situ, boleh tak tinggalkan beg kitorang kejap dekat pondok tu. Pakcik tu cakap okay, boleh. Memang terus rasa free and easy lah bergerak bebas tanpa perlu harung sekali beg. Masa kitorang sampai tu, panaih litlit. Muka dah merah, baju dah mula rasa basah, tudung dah tak rupa tudung hahaha. Tapi apadehal semua tu. Mulakan misi menjelajah muzium lah. Memula jalan-jalan kat luar, snap gambar sana sikit, sini sikit. Ambik video suasana dekat situ. 















Pastu masuklah aku dengan Kakchik dalam muzium. Ya Tuhan, lega gila. Sebab dapat berlindung dari panas terik sang suria buat seketika. Takde aircond, Cuma ada kipas syiling. Tapi, cukuplah untuk menyejukkan diri. Lama jugak aku kat dalam. Baca satu per satu sejarah perlombongan bijih timah kat Malaysia. Peralatan yang digunakan. Cara perlombongan bijih timah tu beroperasi. Banyak info dapat, serius. Sebab lain, nak sejukkan badan hihi. 



Aku panggil ni kereta antik. Korang panggil apa?


Dalam 30-40 minit pastu, kitorang keluar dari muzium sebab nak bergambar pulak. Eh, tadi kan dah bergambar? Hmmmm tadi ambil gambar muzium dan peralatan yang digunakan untuk melombong bijih timah. Ni nak bergambar muka kitorang berdua ahahahah!






15-20 minutes burned for this purpose. Dah settle dah puas hati gambar lawa, gerak ke pintu depan muzium pulak. Eh tak sah lah ke muzium kalo tak ambik gambar pintu gerbang dia kan ;) Tapi sebelum tu, book Grab dulu. Sambil tunggu Grab datang, menyempatlah ambik gambar dulu. Tak lama pun bergambar, Grab datang, kitorang ambik beg dekat pondok dan off we go to the next venue.






Disney Avenue, Kampar

Yang ni aku masukkan dalam senarai tempat menarik di Kampar sebab suka tengok bangunan warna warni kat situ. Macam nama dialah, Disney! Hehe. Tak jauh pun dari muzium, tau-tau dah sampai dah. Tapiiii, masa kitorang sampai tu, sunyi dia ya ampunn. Takde orang. Kereta ada 1-2 je. Dan ada seekor anjing. Sempat jugaklah menyorok kejap dari anjing tu. Prevention is better than cure. Takut weh kalo tetiba anjing tu kejar ke apa ke. Dahlah memasing bawak muatan berat. Dah anjing tu hilang, maka kitorang teruskan misi untuk cari kawasan mana yang paling cantik untuk bergambar. Disebabkan takde orang kat situ, kau buatlah aksi apa pun, kau berlama lah berapa lama pun, takde orang kisah. Dan itulah yang aku dan Kakchik lakukan. 






Disney pun ada nasi lemak weyyy


Dalam 40 minit jugak kitorang dua spend masa dekat situ. Macam biasa, dah puas hati dengan gambar baru panggil Grab. Dan pemandu Grab yang datang tu, adalah pemandu Grab yang hantar kitorang ke situ mula-mula tadi. Gelak je abang tu tengok kitorang. Kalini kitorang terus menuju ke hentian bas Kampar. Sebab less than 30 minutes, bas kitorang untuk ke Ipoh akan sampai. Sampai kat hentian bas Kampar, update IG story sikit, dan bas pun sampai.

Say goodbye Kampar, hello Ipoh!


Ipoh

Dalam sejam camtu, kitorang pun sampai di Ipoh. Bangunan pertama aku nampak, ialah Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh. Teringat kat kawan baik aku. Sebab dia pernah duduk kat kuarters bomba ni sebab ayah dia ahli bomba dekat situ belasan tahun lepas. Terminal Bas Amanjaya tak jauh dari balai bomba tu. Sampai je dekat terminal bas, kitorang dua pun turun bas bergerak masuk ke dalam bangunan terminal. Benda pertama kitorang buat ialah beli tiket bas ke Taiping, untuk esoknya. Selesai pembelian tiket, kitorang dua berkira-kira sama ada nak naik Grab untuk ke hotel ataupun berjalan kaki je. Sebenarnya, hotel kitorang tersangatlah dekat dengan Terminal Bas Amanjaya ni. Cumanya, aku dan Kakchik rasa penat dan cuaca masa tu panas terik. Tengah hari kot. Last last, dua-dua setuju untuk naik Grab je. Abang Grab tu pun cakap, dekat je hotel korang ni. Depan tu je. Kitorang sengih je la. Memang sekejap sangat dah sampai hotel. Takpelah. Rezeki abang tu. Dan jimat tenaga kitorang untuk ke destinasi seterusnya petang nanti.

Selamat check in dekat Valya Hotel. Serius, aku suka amat hotel ni. Bersih. Bilik besar lah bagi aku untuk harga yang murah. Puas hati, serius. Tempat makan banyak sekitar hotel ni. Pasar raya Mydin sekangkang kera je dari hotel. Dah selesai segarkan diri, kitorang pun menuju ke Mydin untuk makan tengah hari. Punyaaalah banyak tempat makan menarik sekitar Ipoh, Mydin jugak kau pergi ye. Hehehe. Level energy kitorang dah di paras bahaya, takdan dah nak fikir ke google ke tempat makan lain. Yg kitorang tau, takleh bazirkan masa sebab nak ke destinasi seterusnya. Lepastu, nak cepat makan hihi. So, jejalan kat dalam Mydin, terjumpalah RJ Ayam Penyet. Dannnn, aku dan Kakchik memang peminat tegar nasi ayam penyet. Memang kena sangat dengan selera kitorang. On! Tak fikir banyak dah. Masuk restoran, order, makanan sampai dan senyap terus dedua sambil menikmati makanan.





Perut dah kenyang, kitorang balik ke hotel dan ambil pape barangan yang perlu dibawa. Sebab tadi masa nak pergi makan tu, just bawak purse. Book Grab, dan less than 5 minutes kitorang dah dalam perjalanan untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang.


Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Our last destination for today. Kitorang sampai masa hujan renyai-renyai. Tapi, tak kisah hujan renyai sebab rasa nak explore kawasan ni lagi tebal dan kuat. Settle beli tiket dan 2 paket makanan ikan dekat kaunter jualan, gerak menuju ke bot. Masa naik bot, hujan dah mula lebat. Tempat duduk belakang dan tengah dah ada orang, jadi aku dan Kakchik duduk seat paling depan sebab senang jugak nak ambik gambar dan video nanti. Senang memang senang, tapi bertemankan hujan lah. Habis basah aku dan Kakchik kat depan. Hahaha. 








Sampai di destinasi, hujan memang dah lebat sangat. Bot berhenti dalam 5 minit camtu nak turunkan penumpang (kitorang yang ada dalam bot lah tu), tapi 4 minit pertama takde siapa berganjak. Aku dan Kakchik tengah berbelah bahagi. Aku nak turun, Kakchik pulak tak nak turun. Acane tu? Garu kepala jap. Seminit terakhir, ada 3 orang turun redah hujan. Aku dan Kakchik tak sempat turun, sebab right after 3 orang tu turun, bot pun start gerak balik ke tempat memula tadi. Aku dah sullen sikit masa ni. lama jugak tak bercakap dengan Kakchik. Sampai kat depan balik, makanan ikan yang ada tu, kitorang bagi makan dekat depan tu je. Nasib baik ada jugak ikan-ikan kat situ. Besaq-besaq weh. Lepastu duduk kejap dekat kerusi di situ sambil tengok suasana, sebelum gerak pergi bilik solat untuk solat jamak. Lepas solat, hati dah sejuk sikit dan hujan pun dah berhenti. Suasana yang memula agak gelap dah cerah balik. Hati pun senang balik hehe. Alhamdulillah. Keluar dari bilik solat, kitorang mula jalan-jalan dekat kawasan sekitar. takdan dah nak naik bot semula, sebab mastu dah 5.45pm. Bot terakhir jam 6.00pm. Kalo naik pun bot pergi seberang, macam berebut je nak balik semula nanti. Jadi kitorang dua decide untuk jalan-jalan kat depan tu je. Cantik. Cukup cantik. Kalo dah kat depan tu cantik, agak-agak tempat yang kitorang tak dapat pergi tu macam mana agaknya. Ada rezeki lain nanti, memang nak pergi lagi. Serius! Aku dan Kakchik spend dalam lebih kurang 45 minit untuk ambik gambar, jalan-jalan, baca info pasal Gunung Lang ni sebelum book Grab dan gerak balik ke hotel.




Suka gila dengan background yang ni

Eh ada jugekk hehe

Ni punnnnn. Cantik sangat weh!







Sampai kat hotel, kitorang tak naik terus ke bilik. Perut lapar meh. Pusing area situ dulu nak cari makanan. Jumpa Domino’s, beli dulu. Dekat seberang jalan ada KFC, singgah kejap beli Cheezy Wedges. Nampak pulak ada Uncle Bob tak jauh dari KFC, singgah lagi beli. Sederet dengan stall Uncle Bob, ada stall jual takoyaki. Aku yang agak berminat ni, nak beli lah. Tapi bukan rezeki kami, sebab ada bahan dia yang habis so kena tunggu dalam 30 minit. Kitorang dua malas nak tunggu, so cukup lah dengan makanan yang ada; pizza, wedges dan ayam.

Cecepat naik ke bilik, on TV then onomnomnom. Hahahah. Macam biasa, sebelum tidur, solat jamak. Lepastu, kemas beg sesiap tinggalkan barang yang akan diguna untuk esok je dan iron baju. Then, buff tidur lah apa lagiii. Esok panjang lagi perjalanan kami hieee.



No comments:

Post a Comment