22 Julai 2019
Selamat Hari Merdeka, Sarawak!
Happy Independence Day, Sarawak!
Hari ni aku bangun awal. Eh, awal tak
awal lah, pukul 6 pagi. Padahal set jam dari pukul 5 hahah. Bangun-bangun je,
terus mandi dan solat. Gilir ngan Kakchik lah. Kakchik mandi dulu, manakala aku
solat dan gosok baju. Pastu tukar pulak. Nasib baik barang dah siap packing
semalam so tak gelabah sangat pagi ni. Adik dan isteri kan nak turun kerja,
jadi kitorang kena gerak sekali lah keluar rumah. Oh, harini kitorang berdua
check out dari rumah adik, sebab nak duduk dekat area yang dekat dengan stesen
LRT. Senang sikit nak gerak tambahan pulak jimat masa. Dari rumah adik,
kitorang ambil Grab untuk ke stesen KTM Batu Tiga. Lepastu ambil pulak tren ke
KL Sentral.
Sampai KL Sentral, ambil LRT pulak ke
Masjid Jamek sebab kitorang nak check in di Adya Hotel KL. Dalam 400-500 meter
je dari stesen LRT Masjid Jamek. Sampai hotel dalam 7.50 pagi, masuk je terus
check in sebab nak drop luggage dalam bilik. Normal check in hour sepatutnya
lepas pukul 2 petang, tapi disebabkan kitorang nak check in awal, maka adalah
bayaran tambahan sebanyak RM 30.00. Yang ni dah bincang dengan adik semalam
masa survey bayaran tambahan, tolak atas tolak bawah akhirnya kitorang
sependapat untuk check in awal je. Sebabnya, kalau simpan beg dekat loker di KL
Sentral pun lebih kurang je harganya. Baiklah check in awal, dapat rest kejap
sebelum bergerak ke lokasi seterusnya.
Dalam pukul 8.30 pagi, kitorang pun
memulakan perjalanan untuk ke stesen Monorail Jalan Imbi untuk ke Berjaya Times
Square. Kenapa awal pagi dah ke sana? Sebabnya, kitorang punya rancangan harini
adalah untuk berjalan-jalan di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang. Semangat
dedua bawak topi ala-ala pelancong tu. Iyelah, nak pergi jejalan dekat tempat
yang cantik, haruslah pastikan prop untuk bergambar pun lengkap hihik.
Meredah pengangkutan awam pada waktu
puncak orang turun kerja, memanglah bukan satu benda yang mudah. Dah macam ikan
sardin terpadat dalam tin dah kitorang tumpang sekaki bersesak dalam lrt dan
monorail. Tapi tu tak melunturkan semangat juang dalam diri kitorang dua. Gigih
jugak bersesak berpadat dalam tu. Sampailah jugak akhirnya ke Berjaya Times
Square. Nak dijadikan cerita, kitorang salah exit. Pusing-pusing cari exit tak
jumpa pulak unless kitorang meredah jalan raya yang obviously tengah banyak
kereta masa tu. Tak tahu cemana lah boleh salah exit masa tu. Pusing-pusing tu,
nampak lah bas pertama yang nak ke Bukit Tinggi dah ready depan hotel. Tengok
jam, masa tu dah 9.25 pagi. Kitorang masih di seberang jalan nak ke tempat bas.
Aku memang dah pasrah tak sempat punya kejar bas tu.
Akhirnya, aku dan Kakchik
pun naik monorail berhenti dekat monorail Titiwangsa. Dah alang-alang tak
sempat naik bas pukul 9, dan ada masa lagi untuk bas yang seterusnya, aku buat
keputusan untuk cari balik Kamal Bookstore sebab Kakchik nak beli buku Medic
dia. Alhamdulillah, rezeki agaknya harini, mudah je pencarian kitorang. Sekejap
je dah sampai kat kedai buku tu. Kitorang spend dalam 30 minit jugak lah dan
Kakchik berjaya carik buku yang diidamkan. Lepas dah selesai semua, kitorang
keluar lah nak gerak ke monorail balik. Tak tau lah kenapa, apa yang difikirkan
masa tu, kitorang pakai jalan yang jauh gila siap meredah highway bagai sambil
jalan kaki untuk ke stesen monorail yang lain padahal, boleh je nak patah balik
ke stesen monorail Titiwangsa tadi. Dekat nak 30 minit jugak weh. Tak taulah
kegilaan apa yang melanda masa tu. Pelik je orang kiri kanan tengok kitorang.
Dengan panasnya lagi. Sampai-sampai je stesen monorail (tak ingat stesen apa),
terus naik monorail untuk balik ke Berjaya Times Square.
Sampai dekat Berjaya Times Square, terus
cepat-cepat gerak ke tingkat 15 Hotel Times Square untuk ke pejabat jualan
tiket ke Colmar Tropicale. Masa ni dah tahu kat mana pejabat ni, sebab kitorang
dah buat tinjauan lokasi semalam. Eceh. Sampai-sampai kat pejabat, akak yang
uruskan jualan tiket bas tu tanya berapa orang nak pergi dan bla-bla. Selesai
bayar tiket, dan oleh kerana bas kedua yang akan bergerak ke Colmar Tropicale
adalah jam 12.00 tengah hari, maka kitorang buat keputusan untuk makan tengah
hari siap-siap. Jam masa tu hampir pukul 11.00 pagi. Maka bergeraklah dua ketul
makhluk yang kelaparan ni ke medan selera Berjaya Times Square. Order Nasi Ayam
Penyet, dan sementara tunggu pesanan siap, aku menyempatkan diri beli air
Tealive. Kihkih. Dah namanya pun dedua penggemar Tealive, maka haruslah beli.
Nasib baaik orang masih belum ramai, pesanan kami cepat disiapkan.
Sedap jugaklah. |
Pengaruh Kakchik lah ni. Terjebak jugak suka bendalah ni. |
Tengah makan
dengan perasaan excited nak ke Bukit Tinggi kejap lagi, tetiba dapat panggilan
telefon. Aku tak jawab sebab nombor tu nombor yang tak dikenali. Dan memang dah
jadi kebiasaan aku untuk tak jawab sebarang nombor asing. Dua kali jugak nombor
tu telefon, still aku tak jawab. Tak lama kemudian, aku dapat satu whatsapp
yang bertanyakan tentang pembelian tiket bas ke Colmar Tropicale tadi. Rupanya,
akak yang jual tiket tu yang call dan whatsapp aku. Aku dah dapat bad hunch dah
masa ni. aku tanyalah akak tu, kenapa eh kak. Tiket bas dah penuh ke. Dan
yaaaa, sebenarnya tiket bas dah penuh sebab ada customers lain yang dah buat
tempahan terlebih dahulu melalui online reservation. Kecewa kot adik aku masa
ni. Adik aku memang teringin gila nak ke Bukit Tinggi, sebab tu dalam itinerary
kitorang terselit jugak satu hari di Bukit Tinggi. Aku pulak, sebab dah pernah
pergi dengan kawan-kawan few years back, tak berapa kisah sangat. Kira kalau
pergi okay je, kalau tak pergi pun tak apa. Lepas makan kitorang naik balik ke
pejabat jualan tiket bas tu untuk refund balik duit kitorang.
Selesai urusan refund, kitorang masuk
balik ke Berjaya Times Square untuk decide aktiviti seterusnya. Disebabkan dah
selalu jalan-jalan di KL, kitorang takde rasa nak pergi mana-mana dah. So,
kitorang jalan punya jalan dan terjumpalah GSC cinema. Usha jap movies yang
tengah ditayangkan dan untuk mengubat kekecewaan tak dapat pergi Bukit Tinggi,
kitorang decide untuk tengok movie The Lion King.
Pengubat hati yang kecewa |
Nasib baiklah cerita best,
terubatlah sikit rasa kecewa tu. Lepastu, sambung food hunting lah. Beli roti
Auntie Anne (sebab takde dekat Sarawak) dan The Alley (masa ni belum ada
cawangan di Kuching, sekarang dah ada). Kakchik lah, yang semangat try semua
minuman-minuman pearl ni. Aku tumpang minum je ahahah.
The Alley, Berjaya Times Square |
Macam biasa, harus ada gambar air ;) |
Bila Auntie Anne nak bukak dekat Kuching wey? |
Dah kenyang makan minum, jam pun baru
pukul 3 lebih, dan kitorang takde rasa nak pergi mana lagi dah, maka kitorang
buat keputusan untuk balik ke hotel dulu untuk berehat. Sebab petang karang nak
pergi jalan-jalan lepak dekat Pavilion. Alah, nak jugak fefeeling budak hipster
dekat sana. Join the hype kata orang hiee.
Dalam pukul 6.00 petang lepas siap
solat jamak, aku dan Kakchik bergerak menuju ke Pavilion. Nak ke Pavi, kitorang
naik LRT ke KL Sentral lepastu naik monorail ke Bukit Bintang. Sampai je Pavi,
ramai gila manusia. Pening pulak kepala tengok crowd masa tu. Tapi, nak sangat
joining the hype kan! Hamekk! Sebenarnya nak tunggu sunset dekat Pavi, sebab
pernahlah tengok ada manusia yang ambik gambar dekat Pavi berlatar belakangkan
langit merah. Lawa background dia, tu yang kekonon nak ambik gambar macam tu
jugak. Sekali, tunggu punya tunggu, tak ada weh, tak ada. Hahah! Ambik gambar
berlatarkan crowd je lah jawabnya. Lama jugak aku dan Kakchik buat sesi
photoshoot kat situ. Memula cam eh malu jugak, tapi kiri kanan depan belakang
orang dok bergambar, soooo. Dekat nak pukul 8 baru kitorang gerak dari situ
untuk ke destinasi seterusnya. Ke mana pulak tu?
Sekitar Pavilion |
Gambaq satuuuu |
Dia nak jugakkk |
Depan Pavilion |
Semestinya Kakchik ada jugakk hewhew |
Tadaaaa.! KLCC lah.
Sampai je kat KLCC, tempat pertama
kitorang berdua jejak adalah food court. Sebabnya, nak makan my fav Spaghetti
Milano dekat situ. Lamaaaa tak makan wei! Rasa maintain sama macam the last
time aku makan dulu, errr dalam 3-4 tahun lepas? Heh. Tak kisahlah bila last
makan, janji dapat hilangkan craving this time. aku ambil Spaghetti Bolognese, Kakchik
pulak try Spaghetti Carbonara.
Zaman belajar dulu paling selalu datang KLCC. Sebab nak makan nasi kandar dekat food court situ. Dan satu lagi sebab ni lah. Spaghetti Milano. Sedap terangkat baq hang! |
Rasa maintain sedap macam 8-9 tahun lepas. |
Lepas dah selesai makan, perut pun dah
kenyang, mehlah sambung berjalan. Makanya, kitorang dua berjalan ke luar sebab
nak ambil gambar KLCC waktu malam. Memula keluar dekat taman KLCC yang ada air
pancut tu, cam eh susah pulak nak ambik gambar full bangunan ni. so kitorang
pusinglah nak cari port cantik nak ambik gambar KLCC, sampailah jumpa satu
tempat ni, ramai betul orang dekat situ. Kitorang join sekalilah, tambahkan
lagi crowd dekat situ. View KLCC dari situ cantik. Dan kawasan tu pun cantik
sebab ada air pancut jugak. Tapi idokler dapat ambil gambar kitorang
berlatarbelakangkan bangunan KLCC dengan cantik. Sebab, kalau nak ambil full
view KLCC, nampak bahagian muka (betul-betul dari dagu ke atas) je. Kalau nak
at least nampak badan pulak, tak dapatlah full view KLCC. Lastly, dedua give
up. Ambil gambar view KLCC je. Nasib baik dapat shot lawa.
KLCC; view dari kawasan taman |
KLCC; ni view dari bahagian depan KLCC |
Nampak kepala ja. Pun jadiiiiilah. |
Meriah kawasan ni malam-malam. Penat selit sana selit sini nak bergambar. |
Actually, boleh je kalau nak ambik
gambar berlatarbelakangkan view KLCC dengan cantik dan perfect. Perfect di sini
maksudnya, gambar nampak badan dan at the same time dapat full view KLCC. Nah,
tips! Guna lensa yang fish eye tu. Ramai je orang yang jual lensa fish eye tu
kat situ. Tapi, faham-fahamlah, harga yang kita boleh dapat RM 5 je dekat kedai
boleh marked up lebih RM 15 dekat situ. Aku dengan Kakchik tak beli sebab tak
penting. Heheh. Jimat kekonon.
Rasanya dekat sejam jugak lepak dekat
situ. Tibalah masa untuk balik ke hotel. Badan dah penat even rest kejap petang
tadi. Esok nak kena gerak awal ke TBS sebab nak catch up bas untuk ke Kampar
pulak. Tiket bas dah beli online sesiap, biar tak berlengah. Sebab kalo belum
beli, nanti eh tak sempat lah naik bas sekian sekian. Kita naik bas next lah.
Last last nanti drag schedule yang lain. Takmo takmo. Tapi macam biasa, sebelum
balik tu sempatlah menyinggah dekat kedai RotiBoy. Hihik. Kakchik tak pernah
rasa RotiBoy yang sedap tuh. Kita bagilah dia rasa kan. Lagipun, aku sendiri
craving RotiBoy. Ehh kata tadi nak jimat. Hmmm kalo pasal makan, selagi ada
rezeki kita makan. Janji jangan membazir, okay?
Last but not least. Rotiboy satuuuu.! And truee, one is never enough ;) |
Macam biasalah, dah sampai hotel mandi
sesiap. Kemas beg sikit-sikit biar esok tak gelabah sangat kalo bangun lewat
sikit pun. Dah solat, selamat malam dunia lah jawabnya!
No comments:
Post a Comment